CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7410|Reply: 0

[Kedah] Salam Aidilfitri ala Timur Tengah ceriakan Aman Central

[Copy link]
Post time 31-3-2024 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Salam Aidilfitri ala Timur Tengah ceriakan Aman Central

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

31 Mac 2024 07:20am








Kempen sambutan Salam Aidilfitri diharapkan akan membawa sensasi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada mereka yang mengunjungi pusat membeli-belah itu sehingga 21 April depan.




ALOR SETAR - Sambutan Aidilfitri di pusat beli-belah Aman Central tahun ini ceria dengan hiasan dan sentuhan serta dekorasi bertemakan Timur Tengah.

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran Aman Central, Ken Chin berkata, kempen sambutan Salam Aidilfitri diharap membawa sensasi dan pengalaman tidak dapat dilupakan kepada pengunjung pusat beli-belah itu sehingga 21 April ini.



Menurutnya, mereka yang hadir boleh menikmati keindahan dekorasi struktur hiasan gerbang bulan sabit dihiasi hiasan dinding bersulamkan elemen cahaya.

“Hiasan gergasi ini harus diberi perhatian dan penghargaan sewajarnya oleh mereka yang datang ke Aman Central.



"Hiasan Arab klasik ini sinonim dengan musim perayaan Aidilfitri yang mengalu-alukan kehadiran anda di pintu masuk utama pusat beli-belah ini,” katanya.


Mohd Salleh (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Perasmian Dekorasi Salam Aidilfitri Aman Central pada Jumaat. Turut kelihatan Ken Chin (dua kiri).




Majlis Perasmian Dekorasi Salam Aidilfitri dirasmikan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin pada Jumaat.




Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Mohamad Amri Wahab; Penolong Pengurus Besar Belleview Group, Brian Ho; Pengurus Operasi Aman Central, Gan Poh Hin dan Penolong Pengurus Sumber Manusia Aman Central, Puan Pheng.

Sementara itu, Mohd Salleh berkata, pihaknya menghargai usaha pengurusan Aman Central membuat tema dekorasi Timur Tengah bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051106 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list