CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11455|Reply: 0

[Tempatan] Mungkir janji pajak, SSI Kedah disaman RM310 juta

[Copy link]
Post time 1-4-2024 05:39 AM | Show all posts |Read mode
Mungkir janji pajak, SSI Kedah disaman RM310 juta

https://www.freemalaysiatoday.co ... disaman-rm310-juta/

Bernama
31 Mar 2024, 09:44 PM


Writ saman menamakan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Kedah, pengurus besar SSI Kedah, dan setiausaha kerajaan negeri Kedah sebagai defendan. (Gambar Facebook)

Kumpulan Aras Niaga mendakwa diberi hak pajakan 45 tahun di tapak tanah mempunyai potensi lombong bijih besi.

ALOR SETAR: Kumpulan Aras Niaga Berhad telah memfailkan saman RM310 juta terhadap Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Kedah yang didakwa melanggar perjanjian pajakan tanah ditandatangani pada 2020.

Peguam Firhat Muhammad Fikri, yang mewakili Kumpulan Aras Niaga Berhad, berkata writ saman difailkan pada 25 Mac lepas itu menamakan SSI Kedah, pengurus besar SSI Kedah, dan setiausaha kerajaan negeri Kedah sebagai defendan.

Beliau berkata, saman itu difailkan selepas Kumpulan Aras Niaga Berhad diarah menyerahkan kembali tanah seluas 255 hektar di Mukim Semeling, Kuala Muda yang dipajak secara sah sebelum ini kepada SSI.

“Plaintif menuntut ganti rugi akibat mungkir janji terhadap perjanjian tambahan sebanyak RM300 juta dan ganti rugi atas kerja dibuat plaintif dalam melaksanakan projek di tapak berkenaan sebanyak RM10 juta,” katanya pada sidang media.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Aras Niaga Berhad Muhamad Annas Mohamad Anuar, pula berkata pihaknya mempunyai perancangan kerjasama dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) bagi membangunkan lombong bijih besi di tapak berkenaan.

Beliau berkata, syarikat telah mengeluarkan sejumlah modal bagi mengawal tapak tersebut termasuk melakukan kerja kajian di kawasan itu sebelum membentangkan potensi kegiatan perlombongan bijih besi yang mampu menjana pendapatan kepada negeri.

“Apa yang dikesalkan selepas pembentangan pada Mac 2021, SSI Kedah tidak lagi melayan permohonan kami untuk mendapatkan lesen melombong dan membiarkan status projek ini tergantung malah dalam pertemuan bersama pengurus besar SSI Kedah, kami diminta menyerahkan kembali tanah,” katanya.

Annas berkata, mengikut perjanjian, syarikat itu mendapat hak pajakan selama 45 tahun di tapak berkenaan dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan bagi memulakan pembangunan lombong bijih besi sehingga peringkat perjanjian tambahan.

“Namun, akhirnya kami tidak diberikan lesen melombong dan ia jelas merugikan pihak syarikat,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065683 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list