CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7701|Reply: 0

[Tempatan] Sekolah padat: KPM sedia kabin dulu, bina sekolah intervensi jangka panjang

[Copy link]
Post time 1-4-2024 07:51 AM | Show all posts |Read mode
Sekolah padat: KPM sedia kabin dulu, bina sekolah intervensi jangka panjang

https://www.freemalaysiatoday.co ... nsi-jangka-panjang/

Bernama
31 Mar 2024, 10:21 PM

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, pendekatan jangka pendek guna kabin akan dilaksana selain memastikan selepas itu penempatan pelajar mesti dalam bangunan lebih kondusif. (Gambar Bernama)

Pembinaan kabin di sekolah padat adalah jangka pendek selain KPM akan menyuraikan pelajar ke sekolah berdekatan.

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata intervensi jangka pendek melibatkan pembinaan dan penggunaan kabin di sekolah selain menyuraikan pelajar ke sekolah berdekatan supaya bilangan pelajar dapat dikawal dalam suasana kondusif untuk belajar.

“Bagi penggunaan kabin pula, ada beberapa sekolah kita dah kenal pasti dari segi kapasiti tapi ia hanya pendekatan jangka masa pendek dan bagi tempoh jangka masa panjang mereka harus bersekolah di bangunan sekolah yang kondusif untuk pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jaulah Ramadan KPM 2024 Peringatkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh, yang turut dihadiri Timbalannya Wong Kah Wong.

Fadhlina berkata, KPM akan terus memfokuskan penyelesaian isu tersebut dalam usaha memberikan keselesaan dan suasana kondusif kepada pelajar.

Menurutnya, ketika ini Selangor dan Kuala Lumpur antara negeri yang mempunyai isu kepadatan pelajar di sekolah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075220 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list