CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5637|Reply: 48

[Tempatan] PMX Anwar Ibrahim: Harga barang keperluan jauh lebih rendah berbanding dulu

[Copy link]
Post time 1-4-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode
PM: Harga barang keperluan jauh lebih rendah berbanding dulu

https://www.malaysiakini.com/news/701301

Diterbitkan:  Apr 1, 2024 11:25 AM
Dikemaskini: 11:34 AM



Harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah dan stabil jika dibandingkan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata masih ada sesetengah pihak yang menyelar Kerajaan Madani seolah-olah tidak melakukan apa-apa bagi menangani soal kos sara hidup rakyat.



“Jangan lupa sekitar 2021, 2022 harga ayam adalah RM13 (sekilogram) (kg), sekarang jauh lebih rendah ada yang RM9/kg, RM9.50/kg.

“Dia (pembangkang) ingat kita lupa, masa dia jaga (mentadbir kerajaan) (harga) minyak masak lima kg cecah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Telur ayam - sampai tiada telur (dalam pasaran). Sekarang Alhamdullillah stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini yang dihadiri lebih 500 penjawat awam.



Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar dalam pada itu berkata kegiatan sindiket penyeludupan yang membabitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia amat menyedihkan, lebih-lebih lagi jabatan itu terletak di bawah Kementerian Kewangan.

“Orang yang meremehkan isu rasuah, lupa bahawa dalam satu jabatan kecil dari pasukan keluarga kastam itu, masih boleh sebabkan kerugian hampir RM2 bilion kepada negara.

“Bayangkan kalau ini berlaku dengan ketirisan minyak diesel, minyak masak yang diambil oleh kalangan tertentu …kalau kita boleh kumpulkan semua, kita boleh selamatkan puluhan bilion ringgit,” katanya.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Mac lepas mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan itu mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata setakat ini 34 anggota penguat kuasa dan 27 individu serta pemilik syarikat ditahan menerusi Ops Samba 2.0 kerana melindungi dan memudahkan aktiviti penyeludupan sindiket itu.

Ops Samba 2.0 merupakan operasi diketuai SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memerangi aktiviti rasuah pegawai agensi penguatkuasaan yang melindungi aktiviti penyeludupan sejak 2017 hingga kini.



Anwar seterusnya menekankan aspek penguatkuasaan bagi membendung ketirisan kerajaan, dan menurutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, semua pihak perlu memikirkan kaedah terbaik dalam memastikan bantuan dan subsidi disalurkan kepada golongan sasar seperti yang dilakukan menerusi penyasaran semula subsidi elektrik.

Mengenai Sumbangan Asas Rahmah (Sara) pula, beliau berkata peruntukannya meningkat lima kali ganda iaitu daripada RM130 juta pada 2023 kepada RM700 juta pada tahun ini dengan kadar SARA dinaikkan RM1,200 tahun ini berbanding RM600 tahun sebelumhya.

Malah kumpulan penerima sumbangan berkenaan juga ditambah dan diperluas kepada 700,000 penerima dalam kategori miskin tegar dan miskin pada tahun ini, berbanding hanya 210,000 merangkumi golongan miskin tegar pada 2023.

- Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlaa... Aku terkesan dgn ekonomi skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:55 PM | Show all posts
iols nak ckp *u*nD*k.. rasa nak nyumpah2 je.. hangin je baca

katup forum<**>
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:58 PM | Show all posts
dari segi makan mmg la xde masalah masih mewah,
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:06 PM | Show all posts
diarang yg buat statement ni pernah pergi pasar beli barang ke?....nyirap betul la ngan statement mcm ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Adekah disebabkan pak non terlampau lama duk dlm penjara dia berani bg statement mcm ni...brg skrg ni harga mmg mampu tgk... Minyak pek kat tempat iolss hilang dr pandangan... Beras pulak yg import je ade...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:34 PM | Show all posts
non..pasaipa hg tak sebut beras
minyak tu sekejap je yg naik rege tu pastu turun dah skrg takde la sampai rm45..muhung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by msdummy.2018 at 1-4-2024 04:01 PM
tripleid replied at 1-4-2024 02:38 PM


Wokeh, nk beli mana ek minyak saji 17rm dlm gmbr dia atas, dgn kg yg sama tuh? Aku dah rantau bnyk tmpt, paling murah aku dpt rm27.. kalo btil ada rm17, next election aku tukar undi, undi ph plak..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 1-4-2024 04:00 PM
Wokeh, nk beli mana ek minyak saji 17rm dlm gmbr dia atas, dgn kg yg sama tuh? Aku dah rantau bnyk ...

iols baru topup minyak 5kg cap aliff tadi beli kat sri ternak psr borong sri kembangan RM24.99 yg belas2 hengget ni ada tp botol yg kecik sikit tu 2kg/3kg entah.
ni kedai paling murah i pernah jmp kalau kat speedmart mydin range hrga 26/27 camtu rasanya. tatau la kot ada murah lagi sbb i beli minyak pun 6bulan skali
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 1-4-2024 04:10 PM
msdummy.2018 replied at 1-4-2024 04:00 PM
Wokeh, nk beli mana ek minyak saji 17rm dlm gmbr dia atas, dgn kg yg sama tuh? Aku dah rantau bnyk ...


Tgk date..Rm17 tu harga zaman PH1.0 ...skrg rm27...murahla jugak kalo nk compere dgn zaman gomen tebok atap 2 thn lepas rm33..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 1-4-2024 04:07 PM
Rm17 tu harga zaman PH1.0 ...skrg rm27...murahla jugak kalo nk compere dgn zaman gomen tebok atap  ...

Baik lah compare dgn zaman bey end trus ...ha gituhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 1-4-2024 04:05 PM
iols baru topup minyak 5kg cap aliff tadi beli kat sri ternak psr borong sri kembangan RM24.99 yg  ...

Tuhlah pasal..rata2 jual 27 dah...dekat rm30...alang2 nk compared baik ko compared dgn hrga 10thn lepas zaman bey end.hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
MemBongak je keje PMX
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dia buat lawak ke ni???
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 04:46 PM | Show all posts
masa covid kan semua barang mahai...tp skrg lagi pening kepala...huhuhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 1-4-2024 03:18 PM
Adekah disebabkan pak non terlampau lama duk dlm penjara dia berani bg statement mcm ni...brg skrg n ...

Masih jetlag lagi kot.

Teringat pulak kangkung turun harga.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-4-2024 05:07 PM
Masih jetlag lagi kot.

Teringat pulak kangkung turun harga.

Lama nau jetlag nye... Pak non mcm tersekat rege brg zmn atok...ke mmg pak non tersekat dlm timeline atok..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nak nafikan memang harga barang dah naik..kalau takkan rakyat banyak mengeluh pasal harga barang skrg
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Comparison harga barang zaman pandemik dengan zaman  tiada pandemik  menunjukkan IQ beliau  rendah tahap tak pegi sekolah. Dalam kata lain, bodoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.087842 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list