CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5450|Reply: 34

[Tempatan] Pendaftaran PADU mungkin dibuka semula sekiranya perlu, kata Rafizi Ramli

  [Copy link]
Post time 1-4-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Pendaftaran Padu mungkin dibuka semula sekiranya perlu, kata Rafizi

https://www.freemalaysiatoday.co ... -perlu-kata-rafizi/

FMT Reporters
01 Apr 2024, 03:32 PM


Rafizi Ramli berkata 17.65 juta orang atau 58.7% warganegara telah mendaftar Pangkalan Data Utama.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan membuka semula pendaftaran Padu untuk tempoh singkat jika terdapat keperluan.

PETALING JAYA: Kementerian Ekonomi tidak menolak akan buka semula pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu) untuk suatu tempoh singkat sekiranya ada keperluan, selepas kerajaan memutuskan mekanisme subsidi bersasar.

Menteri Rafizi Ramli berkata kementeriannya akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada Jemaah Menteri bulan ini juga selepas proses pendaftaran Padu tamat semalam.

“Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Tempoh pendaftaran Padu yang dibuka selama tiga bulan, Rafizi melaporkan sejumlah 17.65 juta orang atau 58.7% warganegara ini telah mendaftar.

“Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas 18 tahun berjaya mendaftar dan mengemaskini profil diri di sistem Padu, menjadikan 17.65 juta (58.7%) keseluruhan profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, berjaya dikemaskini di sistem Padu,” katanya.

Perlis merekodkan pendaftaran tertinggi dengan 66.9%, diikuti Kelantan (65.2%); Terengganu (62.7%), dan Perak (60.3%); manakala negeri terendah mendaftarkan Padu adalah Selangor (44.5%).

Padu yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas berperanan untuk memastikan mereka yang layak menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada inisiatif kerajaan.

Ia akan jadi sumber rujukan utama semua agensi kerajaan dalam membuat keputusan, untuk menambah baik kecekapan penyampaian dan perbelanjaan.

Rafizi berkata kerajaan akan menggunakan data sedia ada untuk menentukan kelayakan individu yang tidak mendaftar Padu, bagi tujuan penyasaran subsidi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 06:20 PM | Show all posts
cakap je lah memang nak extend kan pon khuenz
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak puas hati sebab taknramai sangat kan
Kalau di luar Bandar ramai je acik2 yang isi PADU Ni..
Jabatan perangkaan siap buat booth
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh boleh extend rupernya..padu tak laku ker tue..acik bare tanya jer..sebab acik pon daftar sekerat jalan..tak kuasa nak mengisi sebab seroper soalan kbat..dah tua2 malas nak mening mikir..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:54 PM | Show all posts
punyala ugut rakyat
tercicir bantuan la konon
hujung2 mekanisme subsidi bersasar pun masih tak finalize
sembang dulu baru buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 08:02 PM | Show all posts
Cara pun tak da lagi kalut suruh buat mcm2. Kau test run la dulu. Dah smooth kang org daftar. Kalut mak enon sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau utk rakyat, napa xopen to public utk isi bila deyols dpt? Pelik betul kene ada expiry date. Iols lps fadhilah tak bagi isi utk rakyat swk aritu trus tak update data dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif kena isi padu pun x sejelas2nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh kata automatic register lps 31.3. karapuleyyy punya pijiii boyot
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 12:55 AM | Show all posts
jap jap jap

memang masih ada yang percaya cakap dorang ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan beksin jer boleh extend...padu pun samo rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 05:43 AM | Show all posts
Edited by Radzor at 2-4-2024 06:00 AM

logik la. Takkan bukak dan tutup sekali je. At least setahun sekali kena bukak pendaftaran and kemas kini. Tu yang tak heran sangat nak isi padu 1.0 ni. Wait and see dulu.

Klu betul2 ikhlas nak tolong rakyat takyah menakut2kan dengan tarikh tutup. Cakap je pandaftaran padu akan dibuka setiap tahun jan-mac utk bantuan tahun berikut nya. Benda2 tak telus ni yang buat org curiga . Tambah2 perangai tatakelola ada ciri munafik
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ludah jilat balik ke apa? Mmg bapak segala munafik lapiji ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 06:29 AM | Show all posts
munafik much semoga ada neraka khas buat org camni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke aritu ada ckp 30j dh daftar? Klau ulang balik ceramah dia kutuk umngok nak tarik subsidi pastu suh cari dia balik klau x undi ph agak2 blh percaya ke makhluk mcm nih?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:11 AM | Show all posts
macam ni la piji, ko suh pencacai ko semua isi dulu, kalau diorg semua isi, maybe terbuka hati org lain nak isi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 10:13 AM | Show all posts
KAKI KENCING...DULU DAN SELAMANYA.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:14 AM | Show all posts
iols baru dpt esemeses PADU verikasi berjaya. patutnya biarlah tkpayah daftar. bole plak potong line terus berjaya. nmpk benor sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 2-4-2024 06:30 AM
Bukan ke aritu ada ckp 30j dh daftar? Klau ulang balik ceramah dia kutuk umngok nak tarik subsidi pa ...

Yg sukarela daftar 10juta..yg automatic daftar 20 juta..kalo 20juta x pangkah ke deme... agak2 berani ke nak ugut x nak bg bantuan ke b40.. idak nye la deme tu tkt sgt x dpt bantuan..cukup meroyan la netizen kat fb...kutuk2...Skrg ni bc pun duk puji2 zmn bosku Najib gan Yidin... Kata zmn bosku br1m bujang pun dpt 600.. Yidin gan GKP 3k one off la, bantuan cpt msk la..x mcm skrg ni...kwn iolss kata rahmah ke 2 thn lps dpt rm200 je.. dia ckp bgs sgt la pak non ni..dgn brg naik rege nye... Jgn nanti alih2 register sukarela atau automatic dpt je bantuan segala bagai.deme kan tkt hilang kuasa,hilang jawatan...yg b40 dah terbiasa dpt bantuan peduli pe...cukup ms meroyan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tak hengen aku isi walaupun extend 40kali
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.411743 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list