CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3896|Reply: 0

[Kedah] Adik sanggup berhenti kerja jaga kakak terlantar

[Copy link]
Post time 1-4-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Adik sanggup berhenti kerja jaga kakak terlantar

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

01 April 2024 04:25pm




Muhammad Mazwan menerima sumbangan dari Madad Care ketika melakukan kunjungan ke rumah mereka.




SUNGAI PETANI - Akibat hilang punca pendapatan, seorang wanita dari Taman Seraya, Pinang Tunggal, di sini tidak dapat menjalani rawatan dialisis yang dijadualkan pihak hospital.

Adiknya, Muhammad Mazwan Mohamad Nasir, 25, berkata, sebelum ini, dia bekerja sebagai pembantu kantin, manakala kakaknya, Maisarah, 29, berniaga kecil-kecilan.



Bagaimanapun, kedua-duanya hilang punca pendapatan sejak kesihatan Maisarah semakin teruk.

Menurutnya, walaupun kaki kiri Maisarah telah dipotong akibat kencing manis lima tahun lalu, namun dia masih boleh bekerja, namun selepas terjatuh kerusi dua bulan lalu menyebabkannya terlantar.




Kedua-duanya hilang punca pendapatan setelah keadaan kesihatan Maisarah semakin teruk.




"Maisarah telah dimasukkan ke hospital dan ditahan wad lebih sebulan, namun dia meminta untuk pulang kerana sudah tidak tahan lagi.

"Bila balik rumah, agak sukar nak ke hospital semula untuk buat dialisis sebab memerlukan ambulan memandangkan dia tidak boleh diusung menggunakan kenderaan biasa," katanya yang sudah berhenti kerja bagi menjaga kakaknya.

Selain masalah buah pinggang dan kencing manis, Maisarah turut disahkan menghidap sakit darah tinggi serta jangkitan kuman yang dibimbangkan merebak ke bahagian hujung jari kaki kanan dan jari tangan kanan.


Kedua-dua anak yatim piatu itu kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450.

Keperitan hidup yang dilalui kedua-duanya mendapat perhatian Murtadha Dakwah Centre (Madad) Care yang melakukan kunjungan ke rumah mereka.

Ketua Operasi Ambulan Madad, Muhammad Ridzuan Osman berkata, pihaknya bersedia menyediakan perkhidmatan pengangkutan sekiranya diperlukan untuk menghantar Maisarah menjalani rawatan dialisis di hospital.

"Kami akan berhubung dengan Muhammad Mazwan jika mahu ke hospital memandangkan keadaan Maisarah yang terlantar memerlukan bantuan dari segi penghantaran ke hospital," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Muhammad Mazwan bernombor 0211-9411-0003-7592.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.442028 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list