CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9752|Reply: 73

[Tempatan] Ada Alphard ada gaya:Lelaki nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta Alphard tertunggak selama 6 bulan.

[Copy link]
Post time 3-4-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JANGAN SAMPAI MERANA UNTUK BERGAYA...


Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent sangat katanya. Sampai di KL jumpa saya, belanja saya berbuka. Lepas solat magrib menangis depan saya merayu sangat nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta tertunggak selama 6 bulan.

Saya terkejut beruk. barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut. RM8500 tu. Lagi terkejut baru 2 hari ini tengok kes kereta H nak kena tarik sebab tak bayar tunggakan.

Saya kata. Merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri Rm8500. Rm8500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang. Nak taknak kau kena cairkan aset yang kau ada jika nak selamatkan kereta,atau berbincang dengan pihak bank,bukan sorok kereta begitu.

kau boros sangat,iphone tu aku tengok setiap tahun tukar,jam tu,brand tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat banyak kali jangan beli Alphard walaupun gaji 5-6k sebulan. Bila aku halang kau beli,kau cakap aku tak beri semangat.

Inilah masalah orang kita,beli kereta ni bukan perlu beri semangat macam nak lumba lari dalam guni. Alphard bukan keperluan kau. Aku dah pesan pakai myvi je dulu. Aku 3 tahun pakai myvi baru beli kereta lain,itu pun sebab ada keperluan dan mampu. Lagi pun kau tinggal di KL,LRT kelana jaya depan mata dah.

Kita ni nak pakai apa apa buat kira kira terlebih dahulu,sesuai tak dengan pendapatan dan keperluan kita. Ini tidak,tengok orang pakai alphard kita pun nak pakai,orang pakai iphone kita pun nak pakai,sanggup berhutang dengan telco janji dapat pakai iphone. jika bank susah nak lulus kenderaan kita sehingga terpaksa guna penjamin,itu bermakna kita tak layak memiliki kereta.

Sebenarnya beli kerata ini satu beban jika kita tak manfaat kereta itu untuk dapatkan pendapatan lain. Kita akan terbeban dengan kos kos terutama minyak petrol,service,tayar dan kos lain yang kita tak nampak. Lagi sakit jika kereta yang kita beli itu CC tinggi.

Tapi itulah orang kita. Sesetengahnya sanggup ‘ikat perut’ demi nak pakai kereta yang nampak mewah. tujuannya satu,nanti balik kampung nampak gah,nak rasa lebih berbanding adik beradik lain,nak orang respect terutama kawan kawan sekolah dulu. sedangkan benda itu sekejap dan itulah tanda riak yang merosakkan hati kita. Akhirnya terasa bahang bebanan kita itu adalah anak isteri.

Mula jadi panas baran,marah marah anak isteri,mula abaikan nafkah anak isteri. Dan paling sedih isteri juga akhirnya terpaksa gadai segala barang kemas demi nak selamatkan kereta yang tertunggak.

Sebab itulah saya menghasut anak anak muda supaya jangan buat apa apa loan selagi tiada keperluan. Selagi boleh pakai motor,pergi kerja naik bas,naik LRT redah jelah. Janji ada buat simpanan,beli aset terutama rumah. Jika teringin sangat nak pakai kereta mulakan dengan kereta murah. Dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta.

Betullah peribahasa melayu mengatakan;

‘Ukur baju di badan sendiri’

Dari kisah ini,ambillah pengajaran supaya kita tidak lagi buat sesuatu untuk nampak kaya,tapi hakikatnya hutang keliling pinggang dan bagi nasihat kepada adik adik kita yang baru nak ‘up’ tu. Jangan kerana mahukan pujian dimedia sosial yang hanya beberapa minit kita sanggup merana 9 tahun.

#muhasabahdiri

Sumber dari FB Ejad Movi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Murah nya installment alphard 1.4k je sebulan? Ye dokkk… ke alphard lamaaa?

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji 5-6 ribu pakai myvi/saga dan seangkatan dengannya cukup la. Budget bawah 100k, insyaallah mampu bayar tiap2 bulan. Aku pon selalu kena perli dengan member2 sebab pakai kereta biasa2 je, dorang pakai vw/Peugeot busuk2 pon civic ketam. Baru ni aku tukar kereta sebab kereta lama dah tersadai 3-4 kali setahun, aku masih beli kereta tempatan. Terus kena chop kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 08:41 AM | Show all posts
Hasanah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:29 AM | Show all posts
ni setiap tahun ulang cete yg sama...cete dah basi
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 3-4-2024 08:41 AM
Gaji 5-6 ribu pakai myvi/saga dan seangkatan dengannya cukup la. Budget bawah 100k, insyaallah mampu ...

Toksiknya orang yang suka pressure orang lain beli barang mahal. And for what?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyampah jumpa alphard kalau kat highway. Suka nawww menyondol2 org depan dgn highbeam. Keta tu mmg x reti slow agaknya. Ke sakit perut nak terberak. Dah laa bila sampai area cornering tu mcm nak terbalik, lg nak bawak laju2 …ni antara keta yg SG nyampah kalau jumpa kat highway, selepas hilux
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 3-4-2024 09:42 AM

Saya terkejut beruk. barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut.

aku baca tajuk, pastu baca takat situ je. ater malas teman nk membaca ceceh panjang benoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
yang gaji 3k pon pakat buat loan H, gaji 5k of course la lagi up kan tapi yang H tu aku tengok kat parking je tak gerak2..gasak korang
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 3-4-2024 08:41 AM
Gaji 5-6 ribu pakai myvi/saga dan seangkatan dengannya cukup la. Budget bawah 100k, insyaallah mampu ...

iols habis bayar kereta, ada la mulut2 suruh tukar..iols kata bukan keperluan sebab g kerja naik mrt..setakat drive pergi balik station nak buat apa pakai kereta baru..yang sedia ada ni pun jenuh tunggu nak servis sebab jalan sikit, pakai je la selagi elok
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:52 AM | Show all posts
h jugak ni.. hasanah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:53 AM | Show all posts
ukur baju badan sendiri......

tp alphad murah benor 8500 tuk 6 bulan...
sebulan RM1417 jek..?? betul kah..???

oh...maybe dia bayr downpayment tinggi...huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 3-4-2024 09:49 AM
iols habis bayar kereta, ada la mulut2 suruh tukar..iols kata bukan keperluan sebab g kerja naik m ...

Kereta parking MRT ni seswai kereta biasa2 je takat wat lenjan...  

I pun lenjan yaris je hari2 utk ke MRT or gym or groceries... dah 5 tahun lenjan axia, ni baru tukar yang elok sikit tp still below 100k rega nya....  tp axia tu sayang nya lah haiii... very good & nippy car
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 3-4-2024 09:49 AM
iols habis bayar kereta, ada la mulut2 suruh tukar..iols kata bukan keperluan sebab g kerja naik m ...

I kalau ada pilihan pon nak naik public transport je. Tapi apakan daya office jat celah2 pokok. Dari ofis nak ke bus stop terdekat pon lebih 15km. Dari stesen bas terdekat nak ke ofis iouls pon kena charge rm80 (rate teksi 10 tahun lepas), sekarang ni xtahu la berapa. Pernah la try naik motor tapi x sesuai sebab keadaan jalan + untuk keselamatan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 3-4-2024 10:01 AM
Kereta parking MRT ni seswai kereta biasa2 je takat wat lenjan...  

I pun lenjan yaris je hari2 u ...

tu la, takat nak parking kat mrt malas la nak buat loan baru..tak berbaloi

yaris comel, sesuai untuk perempuan tapi kalau lelaki bawak nampak pelik sikit mungkin sebab kereta tu kecik
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:08 AM | Show all posts
kalau x mampu, kena buat cara x mampu. buat apa la nak banding2 kan dgn org lain yg have2. semua tu sementara je. mati nnt semua tu tinggal, bkn leh bwk pun and bkn boleh tlg pun masa kena soal masa lam kubur nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 10:11 AM | Show all posts
sme mcm aku la..beli kete 2nd.. ade plak yg bunyi2...suruh beli baru, sesekali kete aku problem wear n tear.. biase la kete seken.. die berbunyi...tu laa org suruh beli kete baru... kau ingt kete baru tu selamanya baru ke tk rosak2...at least aku dh 0 hutang, sbb beli cash
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 3-4-2024 10:06 AM
tu la, takat nak parking kat mrt malas la nak buat loan baru..tak berbaloi

yaris comel, sesuai un ...

Ai suka naik MRT.. setiap hari buleh bergolek tido sampai ke opis... hahaahahahahaha....

Heaven gila lah....  tak risau terlajak tido sbb husband ada tolong gerak.. kalo sama2 terlajak tido, i boleh tuduh dia tak alert
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 3-4-2024 10:03 AM
I kalau ada pilihan pon nak naik public transport je. Tapi apakan daya office jat celah2 pokok. Da ...

drive je la kalau jauh sangat uols..jadi tak selamat pulak kalau naik public transport..iols ni sebab rumah dengan ofis dekat dengan mrt/lrt so senang sikit..nak drive g ofis pon tak la jauh sangat tapi parking, tol, minyak pulak jadi mahal
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 3-4-2024 10:11 AM
Ai suka naik MRT.. setiap hari buleh bergolek tido sampai ke opis... hahaahahahahaha....

Heaven  ...

uols dapat seat ke pagi2..iols haramm, berdiri je la sampai ofis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.545132 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list