CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11150|Reply: 31

[Tempatan] Ramai Yang Keliru, Mufti Jelaskan Siapa Boleh Salam Masa Hari Raya!

  [Copy link]
Post time 4-4-2024 05:03 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Hari Raya Aidilfitri bakal berkunjung tiba, maka kita pun sudah tidak sabar untuk berjumpa sanak saudara. Semasa menziarah, sudah semestinya kita bakal bersalaman dengan ahli keluarga kita.

Sungguhpun begitu, ada segelintir ahli keluarga yang dikategorikan sebagai golongan bukan mahram. Ada juga golongan yang boleh bersalaman, sungguhpun tidak tergolong sebagai golongan mahram disebabkan faktor penyusuan atau persemendaan.

Dengan ini, ramai yang keliru berkenaan dengan siapa yang boleh bersalaman sewaktu Hari Raya Aidilfitri.

Oleh sebab itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menggariskan golongan yang dibenarkan untuk bersalaman, walaupun jantina berbeza. Ikuti perkongsian di bawah.

Soalan:
Assalamu’alaikum Tuan Mufti, ketika berhari raya kebiasaannya sanak saudara akan berkumpul secara beramai-ramai di kampung contohnya. Bolehkah terangkan berkenaan dengan batasan aurat, pergaulan, dan hukum bersalaman sesama sanak saudara ?

Jawapan:

Wa’alaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Dari sudut bahasa, terdapat beberapa pengertian bagi perkataan mahram. Antaranya kami ringkaskan dalam beberapa noktah berikut:
- Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.
- Sesuatu yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Manakala dari sudut istilah para fuqaha’ mahram bermaksud:

    ‘’Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang’’.

Rujuk Kaasyifah al-Saja, Nawawi bin ‘Umar (Hlm. 114).

Dalam menghuraikan makna-makna ayat dalam pendefinisian di atas, kami perincikan ia seperti berikut:

Pada perkataan ‘’dalam bentuk al-ta’bid’’ membawa maksud:

Ia tidak termasuk adik beradik perempuan kepada isteri. Begitu juga ibu saudara isteri dari sebelah ayah dan juga ibu saudara isteri dari sebelah ibu.

Ini kerana pengharaman mereka itu dari sudut apabila dihimpunkan bersama sahaja (iaitu berkahwin dalam masa yang sama antara isteri dan ibu-ibu saudara mereka atau adik beradik perempuan mereka).

Manakala perkataan ‘’bukan kerana kemuliaannya’’ merujuk kepada isteri-isteri Nabi S.A.W. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan kemuliaan mereka. Mereka diharamkan kepada keseluruhan umat dan juga ke atas para Nabi juga.

Dan perkataan ‘’bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang’’ adalah seperti wanita majusi, ataupun wanita yang murtad.
Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan penghalang yang boleh hilang. Maka boleh menjadi halal pada waktu yang lain (seperti apabila mereka memeluk Islam).
Penjelasan berkenaan dengan golongan yang dianggap sebagai mahram ini ada dinyatakan dalam firman Allah S.W.T:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah Al-Nisa’ (23)

Dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji (2/21) ada disebutkan berkenaan dengan sebab-sebab pengharaman yang selamanya.

Iaitu tiga perkara berikut:

1.  Kerabat (hubungan kekeluargaan).

2. Musaharah (perkahwinan).

3. Susuan.

Berdasarkan noktah di atas, kami kongsikan beberapa mahram bagi seorang lelaki yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mahram dari sudut kerabat, musaharah, dan juga susuan.

Pertama: Mahram Dari Sudut Kerabat

1. Ibu kandung.

2. Nenek (ibu kepada ibu).

3. Nenek (ibu kepada bapa).

4. Anak perempuan.

5. Cucu perempuan (dari anak lelaki).

6. Cucu perempuan (dari anak perempuan).

7. Adik beradik perempuan seibu sebapa.

8. Adik beradik perempuan seibu.

9. Adik beradik perempuan sebapa.

10. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).

11. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.

12. Iaitu anak-anak saudara perempuan @ anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.

Kedua: Mahram Dari Sudut Musaharah

1. Isteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.

2. Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.

3. Ibu kepada isteri (ibu mertua).

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya: Dan ibu kepada isteri-isteri kamu.

Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

Ketiga: Mahram Disebabkan Susuan

1. Ibu susuan.

2. Adik beradik perempuan susuan.

3. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.

4. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.

5. Anak susuan perempuan.

6. Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.

Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu susuan kamu serta adik-beradik perempuan susuan kamu.

Surah Al-Nisa’ (23)

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksudnya: Diharamkan dari susuan apa yang diharamkan dari nasab.

Riwayat Ibn Majah (1937)

Manakala mahram bagi orang perempuan pula adalah seperti berikut:

1. Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.

2. Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.

3. Adik beradik lelaki.

4. Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.

5. Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara

6. Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.

7. Bapa susuan.

8. Adik beradik susuan yang lelaki.

9. Bapa mertua.

10. Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).

Implikasi mahram ini ada beberapa perkara iaitu:

1. Haram berkahwin dengannya.

2. Boleh bersalaman dengannya.

3. Boleh bersendirian bersamanya.

Berikut pula kami senaraikan beberapa individu yang bukan mahram bagi seorang lelaki:

1. Isteri kepada bapa saudara.

2. Sepupu perempuan.

3. Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).

4. Adik ipar (perempuan).

5. Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.

Manakala bagi seorang perempuan pula, yang bukan mahram mereka adalah seperti berikut:

1. Suami kepada ibu saudara.

2. Sepupu lelaki.

3. Abang ipar (suami kepada kakak kandung).

4. Adik ipar (lelaki).

5. Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.

Implikasi bagi ketiadaan mahram (bukan mahram) ini pula adalah seperti berikut:

1. Tidak boleh bersalaman dengannya.

2. Boleh berkahwin dengannya.

3. Tidak boleh berkhalwat dengannya.

Manakala implikasi mahram dari sudut batasan aurat pula, kami nyatakan bahawa pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib seperti mana disepakati ulama’ berdasarkan firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka (adik beradik lelaki), atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Surah al-Nur (31)

Kata penulis kitab Asna al-Mathalib dalam feqh al-Syafi’eyyah:

وَعَوْرَةُ الْحُرَّةِ فِي الصَّلَاةِ وَعِنْدَ الْأَجْنَبِيِّ) وَلَوْ خَارِجَهَا (جَمِيعُ بَدَنِهَا إلَّا الْوَجْهَ، وَالْكَفَّيْنِ) ظَهْرًا وَبَطْنًا

Maksudnya: Aurat wanita yang merdeka di dalam solat dan juga di hadapan ajnabi (lelaki yang bukan mahram) demikian juga (aurat mereka) di luar solat adalah keseluruhan badan mereka melainkan muka dan dua tapak tangan zahir dan batin.

Rujuk Asna al-Mathalib (1/176)

Ini bererti wajib seorang perempuan itu menutup keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki lelaki bukan mahram dan tidak diwajibkan hal tersebut di hadapan mahram.

Manakala bagi lelaki pula, auratnya dengan perempuan bukan mahram adalah antara pusat hingga lutut.

Tidak boleh untuk seorang perempuan itu melihat kepada aurat orang lelaki antara dua kawasan tersebut serta tidak boleh juga melihat kepada selain aurat lelaki tanpa sebarang sebab berdasarkan nas yang menyuruh supaya menundukkan pandangan kepada orang perempuan dan demikian juga orang lelaki.

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami berpesan kepada semua agar kita dapat menyambut hari raya Aidilfitri dengan penuh ketaatan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T dalam erti kata kita menjauhkan diri dari perkara-perkara yang Allah haramkan dan juga mengerjakan segala perintah Allah dalam kehidupan.

Perlu kami tekankan bahawa tidak bersalaman dengan bukan mahram dari kalangan sanak saudara bukanlah bermakna tidak ada keharmonian dan kerenggangan hubungan sesama keluarga.

Bahkan keharmonian itu terbina dengan saling membantu, beramah mesra dan bertanya khabar di dalam musim-musim perayaan, bertukar juadah, di samping menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama menerusi pencerahan ini. Ameen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot Neelofa
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu tugas mufti. Mengajar ummah siapa boleh siapa tak boleh bersalam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu tanda ada sesetengah bingai..benda simple cmni pun perlu pencerahan dari mufti..nampak  ramai sgt belajar agama kt sekolah tak abis..pstu bila mufti beri pencerahan, sket, org yg bingai ni jadi kaki sentap plak. cmtula manusia bodoh sombong.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 10:13 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-4-2024 07:14 AM
Salah satu tugas mufti. Mengajar ummah siapa boleh siapa tak boleh bersalam.

ya walau karihal kaafiruun wal munaafiquun ....  ya walapun dibenci org kafir dan orang munafik
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot lobenak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
best raya covid. orang tak datang rumah, plus takde salam salam peluk cium


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Masok komen sebab nak kata, rengsa yakmatttttttti tengok gambor hiasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
TT mmg suka cikpah ka? Beriya pi skodeng insta dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 11:34 AM | Show all posts
Terima kasih ke atas penjelasan yang diberikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
boikot salam
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 02:58 PM | Show all posts
Dah jadi kebiasaaan tiap tahun...asal nak puasa je mula la keluar soalan yg sama, boleh korek idung tak? Boleh cucuk insulin tak? Gastrik boleh bukak puasa tak? bla bla bla..

Nak dekat raya soalan isu salam bersalam, boleh tak pose sunat ngan qado disatukan..bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tido ramai2 bergelimpangan jantina tak pe tiber tang salam keliru pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 4-4-2024 07:59 AM
Salah satu tanda ada sesetengah bingai..benda simple cmni pun perlu pencerahan dari mufti..nampak  r ...

dia memang camtu sejak lahir lg....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 4-4-2024 03:00 PM
Tido ramai2 bergelimpangan jantina tak pe tiber tang salam keliru pulak

bkn xpe..sapa jer la nk tido kt serambi,toilet bwh umh,bumbung,dapur.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 4-4-2024 07:59 AM
Salah satu tanda ada sesetengah bingai..benda simple cmni pun perlu pencerahan dari mufti..nampak  r ...

Xperlahhhhhh, bila x faham kena bertanya lagi dan lagi sampai faham… berbanding yg xfaham, buat2 faham plus xboleh ditegur diperbetulkan. Ni lagi naya… kita raikan lah org yg kurang faham ni. At least kita pon boleh buat revision kefahaman kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 4-4-2024 03:00 PM
Tido ramai2 bergelimpangan jantina tak pe tiber tang salam keliru pulak

Rasanya skrg org dah ramai faham dan concern mengenai aurat sesama saudara. Dulu2 pon SG ingat boleh salam kazen lelaki dan suami mak sedara sendiri. Zaman skrg ni bagusnya media menyampai tu luas jadi kita pon belajar juga melalui medsos mcm utube dll, bkn setakat belajar tradisional di sekolah sahaja.

Family SG sekarang kalau ada tido bergelimpangan hanya lelaki shj. Anak2 buah yg Pempuan akan tido dlm bilik khas …
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 4-4-2024 04:59 PM
bkn xpe..sapa jer la nk tido kt serambi,toilet bwh umh,bumbung,dapur.....

Ni rumah mak kami. Kami membesar dulu pun tido atas pangkin, toilet, jamban, atap, siling..ok je. Tiba2 iparduai tak boleh adapt, mengada la.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadangkan makpak iols paksa kami adik beradik salam makpak sedara bukan mahram.Iols dlm pala otak pikir "kalau tak nak salam kecik pulak hati depa".Dah la dtng dari jauh,jadi terpaksa la.tpi klau tk di paksa mmng tk nak la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot salam raya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.073807 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list