CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8289|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin di Pulau Sebatik diminta terus hantar air minuman

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 05:24 AM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Abdul Muis (dua kiri) ketika menyampaikan sumbangan wang tunai kepada asnaf dan balu.

TAWAU: Pemimpin di Pulau Sebatik perlu terus menghantar air minuman untuk kegunaan harian penduduk yang masih mengalami krisis bekalan air bersih di pulau berkenaan.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Batu Datuk Abdul Muis Picho berkata, sehingga kini loji takungan air di pulau berkenaan masih pada tahap kritikal.

Katanya, untuk tindakan jangka masa pendek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik dan Ahli Parlimen Kalabakan harus menghantar air minuman sehingga keadaan pulih seperti biasa.

“Loji takungan air Wallace Bay ketika ini masih belum cukup untuk menyediakan bekalan air bersih kepada semua kawasan di pulau berkenaan.

“Keadaan itu menjadi beban kepada penduduk kerana terpaksa membeli air minuman sendiri dan ia sudah pasti mengeluarkan banyak kos,” katanya.

Beliau yang juga mantan ADUN Sebatik berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada 52 orang asnaf dan balu di Kampung Pasir Putih Baru, di sini semalam.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri sudah mengambil langkah sewajaranya termasuklah menjalankan proses pembenihan awan untuk menghasilkan hujan.
“Saya percaya kerajaan negeri akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini terutamanya penyelesaian jangka masa panjang.

“Saya mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan telaga tiub berskala besar sehingga mencecah 1,000 kaki supaya dapat membantu penduduk mendapatkan air bersih,” katanya.

Mengulas mengenai program berkenaan, Abdul Muis berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kerana menyalurkan bantuan ini.

Katanya, bantuan seperti ini perlu dilaksanakan lebih kerap terutamanya pada musim perayaan supaya mereka juga dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti orang lain.

“Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di negeri ini juga diminta supaya terus turun padang menyalurkan bantuan menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) mereka.

“Saya berharap dengan bantuan wang tunai yang diberikan itu dapat meringankan beban golongan asnaf dan balu di kawasan ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047940 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list