CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11129|Reply: 0

[Sarawak] Empat lelaki, seorang wanita ditangkap disyaki edar dadah di Bintulu

[Copy link]
Post time 5-4-2024 06:01 AM | Show all posts |Read mode


Dadah dan barang-barang yang dirampas daripada suspek.

BINTULU: Empat lelaki dan seorang wanita warga tempatan diberkas pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dalam Op Tapis disyaki terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah di kawasan Kampung Baru di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitenden Nixon Joshua Ali berkata, turut dirampas daripada kelima-lima suspek yang berumur 21 hingga 58 tahun itu ialah dadah jenis ganja yang dianggar seberat 136 gram.

Katanya, hasil ujian air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan suspek lain negatif dadah.

"Dadah yang dirampas itu dipercayai untuk diedarkan di kawasan sekitar Bintulu yang mampu diguna 136 penagih," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

"Sekiranya sabit kesalahan boleh di penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali di bawah Seksyen 39A (2) dan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun di bawah Seksyen 15(1)(a)," katanya.

Katanya, tangkapan ini merupakan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah serta mencegah aktiviti jenayah di daerah Bintulu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini boleh memaklumkan kepada Bilik Gerakan PDRM IPD Bintulu di talian 086-318304 atau BSJN IPD Bintulu," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053143 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list