CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11142|Reply: 1

[Tempatan] Ahli parlimen PKR, Hassan Karim, tawar diri jadi peguam Akmal. #2, Pertahan kebebasan bersuara, Ahli PKR tawar khidmat guaman wakili Akmal

[Copy link]
Post time 6-4-2024 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 6-4-2024 10:11 AM

Hassan Karim tawar diri jadi peguam Akmal

https://www.malaysiakini.com/news/701910

Diterbitkan:  Apr 6, 2024 5:06 PM⋅
Dikemaskini: 5:24 PM



Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menawarkan dirinya menjadi peguam bela kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh jika dia diheret ke mahkamah atas pertuduhan bawah akta hasutan.

"Oleh kerana saya...secara peribadi telah pernah disiasat, dituduh dan dibicarakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan mengetahui betapa zalimnya Akta Hasutan tersebut maka sebagai seorang peguam dan ahli parlimen Malaysia yang mahu melihat Akta Hasutan 1948 dimansuhkan di Malaysia merdeka ini, maka saya dengan suci hati dan ikhlas menawarkan diri jika Dr Muhamad Akmal, Ketua Pemuda Umno sudi dan bersetuju untuk menerima tawaran ikhlas saya sebagai salah seorang peguambela dalam pasukan guaman Dr Akmal.

“(Ini) jika sekiranya beliau pada akhirnya tetap akan dituduh di bawah Akta Hasutan 1948," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Hassan berkata Akmal tidak sepatutnya disiasat di bawah Seksyen4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Razarudin Husain kerana “kedua-dua akta tersebut bersifat kuku besi dan zalim.”



Ahli parlimen PKR itu juga membangkitkan manifesto pilihan raya PH yang berjanji memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Ketua Pemuda Umno itu sewajarnya disiasat di bawah Section 298A Kanun Keseksaan yang lebih adil dan berpatutan. Yang berkait dengan kesalahan kerana mungkin menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan dalam masyarakat, menimbulkan kebencian atau membangkitkan sebab kepada orang lain melakukan keganasan.

"Kita mungkin tidak setuju atau tidak sependapat dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Dr Muhamad Akmal Saleh tetapi hak beliau untuk bersuara dan menyatakan pendiriannya dalam soal stokin yang dikaitkan dengan kalimah Allah adalah dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara," kata Hassan lagi.

Semalam, Akmal memberi keterangan kira-kira dua jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah sebelum dibebaskan.



Media melaporkan polis merakam kenyataannya susulan ucapannya dalam ceramah di Kelantan pada Sabtu lalu.

Akmal yang disiasat bawah Akta Hasutan 1948 berkata, dia dimaklumkan untuk sesi rakaman percakapan itu melalui panggilan telefon sejurus sampai ke Sabah pagi semalam.

"Saya ada tanya sekiranya boleh tunggu namun keterangan itu perlu diambil secepat mungkin,” katanya.

Berkaitan ucapan itu, dia mempertahankan ucapannya sebagai tiada unsur hasutan.



Akmal adalah pemimpin politik paling lantang dalam isu jualan stoking bertulis kalimah Allah di KK Mart di Petaling Jaya, sehingga mengundang bantahan di tengah-tengah ketegangan isu itu.

Kelmarin, aktivis politik Sarawak dan Sabah mendakwa Akmal dan empat orang lagi sebagai dalang yang meningkat ketegangan kaum dan menuntut mereka disekat masuk ke kedua-dua negeri itu.

Polis mendedahkan terdapt dua laporan polis dibuat terhadapnya dalam isu berkenaan dan Kes disiasat bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (komunikasi jelik).

Setakat ini tiga kedai KK Mart, masing-masing di Perak, Pahang dan Sarawak, menjadi sasaran keganasan melalui serangan bom botol.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2024 06:10 PM | Show all posts
Pertahan kebebasan bersuara, Ahli PKR tawar khidmat guaman wakili Akmal

https://www.freemalaysiatoday.co ... uaman-wakili-akmal/

FMT Reporters
06 Apr 2024, 05:45 PM


Ahli Parlimen Pasir Gudang Hasan Karim, berkata Dr Akmal Saleh tidak patut disiasat bawah Akta Hasutan.

Hassan Karim berkata kebebasan bersuara dijamin Perlembagaan dan bantah jika ketua Pemuda Umno didakwa bawah Akta Hasutan.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim tawar diri menjadi sebahagian pasukan peguambela, jika Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dituduh di bawah Akta Hasutan.

Hasan berkata, tawaran itu dibuat memandangkan beliau sendiri berpengalaman dituduh, disiasat, dan dibicarakan mengikut akta itu.

“Maka, saya dengan suci hati dan ikhlas menawarkan diri jika Akmal, ketua Pemuda Umno sudi dan bersetuju untuk menerima tawaran ikhlas saya sebagai salah seorang peguambela dalam pasukan guaman jika sekiranya beliau pada akhirnya tetap akan dituduh di bawah Akta Hasutan 1948,” katanya dalam kenyataan.

Hassan berkata, walaupun ada pihak tidak bersetuju cara Akmal berhubung isu stoking tertera kalimah Allah dan gesaan boikot KK Mart, hak Akmal bersuara dijamin Perlembagaan.

“Kita mungkin tidak setuju atau tidak sependapat dengan pandangan-pandangan dikemukakan Akmal, tetapi hak beliau bersuara dan menyatakan pendiriannya dalam soal stokin yang dikaitkan dengan kalimah Allah dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata Akmal ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Akmal yang juga exco kerajaan Melaka itu ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Sabah semalam, susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Hassan sebaliknya berkata, Akmal boleh disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang menurutnya lebih adil dan berpatutan.

Sebelum ini, Akmal mengecam tindakan membaling bom petrol ke atas cawangan KK Mart, Kuantan, pada 30 Mac – insiden kedua selepas insiden pertama di kedai serbaneka itu di Bidor, Perak, 25 Mac. Insiden ketiga pula berlaku di KK Mart, Kuching, bertempat di Jalan Satok, pada 31 Mac.

Akmal berharap mana-mana pihak menyertai kempen boikot KK Mart agar melakukannya secara matang tanpa sebarang keganasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054546 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list