CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13123|Reply: 2

[Tempatan] Sebar video lelaki 'sotong', buat malu orang Islam

[Copy link]
Post time 6-4-2024 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Sebar video lelaki 'sotong', buat malu orang Islam


Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


VIDEO lelaki ‘sotong’ di media sosial sangat memalukan umat Islam.
Kuala Lumpur: Tindakan segelintir umat Islam yang mempertontonkan akhlak tidak baik sehingga memperlihatkan kerendahan agama menjadi pendorong untuk pihak lain menghina Islam khususnya pada bulan Ramadan ini.

Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Mahmud Jumaat berkata, penghinaan yang dihadapi oleh agama Islam pada ketika ini adalah berpunca daripada segelintir umat Islam yang memperlihatkan akhlak tidak selari dengan agama suci ini.


"Kita yang mempertontonkan bahawa selepas kita melakukan kesalahan dengan membuat rakaman video raya yang mempertontonkan video lelaki lembut boleh sahaja dengan membuat permohonan maaf, orang ramai sudah pasti akan menerima dan menyokong kita balik seperti biasa.

"Salah kita kerana kita yang mempertontonkan kepada mereka agama dan bangsa kita yang lembik serta lembut, kita yang mempertontonkan kepada mereka bahawa bulan ini seolah-olah tidak suci dan tidak perlu dihormati," katanya.


Mahmud berkata, keadaan itu perlu diubah daripada umat Islam sendiri dengan mempamerkan akhlak terpuji seperti yang sudah digariskan dalam Islam.

Beliau berkata, tindakan seperti menyiarkan video muzik hari raya dengan penampilan 'lelaki lembut' dengan pakaian yang tidak selari dengan budaya orang Melayu memberi cerminan negatif kepada agama Islam.


"Itu antara contoh yang dapat dilihat baru-baru ini apabila ada individu dengan sengaja menyiarkan video muzik berkenaan yang jelas tidak padan dengan adat resam Melayu serta Islam.

"Sudah sampai masanya, umat Islam itu sendiri perlu memperlihatkan akhlak yang baik supaya agama suci ini tidak dihina sewenangnya kelak," katanya.

Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 3:47pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2024 08:49 PM | Show all posts
Cuba fikirkan betul betul ada ke selama ini agama Islam dihina dimalukan kerana lelaki lembut?

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi dekat berita lebih banyak jantan hina yg tak lembut rogol anak sendiri. tu tak memalukan pulak kan? asal jantan tu lenbut je, cop hina agama. sundel punya statement!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.054491 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list