CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17101|Reply: 25

[Tempatan] Lelaki Kiciwa Duit jual laksa 'lebur', mak buat beli seluar kesihatan MLM RM800

  [Copy link]
Post time 7-4-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-4-2024 12:08 AM

Seorang anak kecewa apabila mendakwa ibunya menjadi mangsa penipuan apabila membeli seluar ‘kesihatan’ yang berharga RM800 daripada rakannya.



Selain didakwa mudah terpedaya dengan rakan, warga emas terbabit juga sering kali menjadi sasaran sindiket penipuan MLM mahupun pelaburan atas angin.

Menurutnya, ibunya membeli seluar berkenaan menerusi pemasaran pelbagai  aras (MLM) selepas dimaklumkan mengenai kebaikannya.

Perkara itu dikongsikan, Musytaq Ashari menerusi hantaran di X sehingga ia tular baru-baru ini.

“Rasa nak marah bila dengar mak beli seluar ‘kesihatan’ berharga RM800 sehelai. Kawan dia promosikan suruh beli dan sertai kumpulan kemudian kena cari tiga orang lagi untuk masuk.

“Setahu saya, ini MLM dan maklumkan yang ia tak munasabah. Saya macam bingung kejap apabila diberitahu seluar untuk kesihatan. Benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke?

“Hasil duit mak ini meniaga laksa tepi jalan, bukan senang nak dapat RM800 dan bagi saya teramat mahal untuk sehelai seluar yang saya tengok macam seluar ‘tight’ sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Musytaq berkata, walaupun sudah dimaklumkan bahawa ia adalah sistem MLM, namun ibunya tetap bertegas tentang manfaat produk berkenaan.

“Ibu cuma balas, kita boleh cari duit poket dengan ini.

“Orang-orang tua mereka boleh la mahu tipu,” ujarnya.

Hantaran lelaki itu telah meraih perhatian netizen dan ramai sangat memahami akan situasi dia kerana ibu bapa mereka juga terjebak dengan perkara itu.

Lebih teruk lagi, mereka juga tidak mahu mendengar nasihat malahan kekal membeli produk kesihatan yang dijual oleh rakan-rakannya.

SUMBER

Sinar Harianwww.sinarharian.com.my/article/657476/berita/semasa/duit-jual-laksa-lebur-mak-buat-beli-seluar-kesihatan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
I pun rasa marah. MiL I antara yang mudah terpengaruh dengan benda benda macam ni. Masa arwah FiL I masih ada, duit hasil kelapa sawit habis dibeli produk kesihatan lah, kopi sacha inchi untuk kawal darah lah, bila I balik kampung, I membebel dekat spouse I sebab produk produk tu tak ada approval by KKM langsung. Apatah lagi label. Yang tertulis cuma bahan je, packaging terpaling basic. Payah cakap dengan orang tua taknak dengar nasihat anak anak ni. Yang menjual tu jiran jiran. Sama sama nak melingkupkan kawan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:18 AM | Show all posts
Seluar Aulora kah?
Yang konon ade infra red tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiyok kah?


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiyok ka..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Seluar tu aku tau.. aulora kodenshi...

da kawan aku suruh aku beli utk MIL aku... tp aku tak beli pun... baik aku kasi duit je kat MIL sukati dia la nak beli pape.. tp kadang2 dia bgtau nak handbag je utk besday..

Mula kasi LV sling... longchamp sling... this year aku kasi handbag longchamp 2 ketul... satu dia buat isi kain telekung utk travel set dia.. satu lg utk dia pergi physio session.... lagi satu buat isi quran utk dia gi aktiviti masjid..

Simple je mak mertua aku ni ha.. takde nak dior ke apa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Org2 tua ni mmg suka beli brg2 gini bila kawan2 promote
Kalau depa guna duit sendiri tu biaq pi la
Tapi nak betul2 buat biz tu rajin sgt ke
Lain kali bwk prgi jumpa doctor biaq doc nasihat supplmen yg sesuai
Stokin2 ni semua pun ada yg brand hospital lagi murah
Mak i pun duk beli2 jugak bila ada duit tapi nak buat biz tak rajin pun
Ubat hospital masih kena makan gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mil iols antara yg membeli seluar ni lama dah dlm 2/3 thn lepas. iols tak nmpk apa benefit nya still jugak gitu.
mslhnya bkn seluar ni je, mcm2 lagi segala benda dia beli pastu claimed bagus itu ini. produk kopi, koko, pil2 4life, usama ke apa nama entah pastu suh anak2 cucu makan.
mentang la pencen arwah fil berkoyan, duit mengajar ngaji dia berlambak anak2 (hsbd iols la terutamanya) marah takde dia pedulik. tgk2 ada je brg baru kat kabinet dapur tu ha
nak mrh over nau pun bkn mak iols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenek aku pun kena. Bantal tido harga 1k. Mmg dorang aim warga emas..

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..
Mak iols tak de terpengaruh Benda Gini
Tapi dia terpengaruh dgn bedak rukyah amende letak dalam botol tu harga rm80
Pastu soh beli listen rukyah...harga rm100
Hahhaha...
Iols cakap tak boleh baca sundiri ke...
Dia.kata Ni ustazah bacakan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
I baru kemarin ada ejen dia pomot natang ni...kes I cakap kaki I lenguh je...dgn laju nya sheols masuk jarum...tp I ckp direct je I X interested..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn2 ni kdg2 mmg sengaja amik kesempatan.haritu laki aku kena slip disc dh buat laser kat private hospital.balik tu ada kwn nk dtg tgk..i kata husband dh tido mlm2 buta promote baju n seluor hai o tu dh tukar nama x igt dah aku..promote mcm aku ni bodoh! Tudung labuh x selamat la ko. Aku kesian amik jgk mtk bayo bln2 ..seratus sbln mampos la ko tunggu sampai hbs bayo..x berkesan pon utk laki aku..g fisio tiap2 minggu je lg baik!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ahlam_nabiha at 7-4-2024 06:29 PM

Mak i pon beli, tapi tak pakai sgt. Biarlah duit dia nak beli apa pon.. Bukan ada org promote depan2 tapi tgk video kat tik tok huhu terpengaruh lepas tu i la kena tolong order.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai makcik..  Celah kangkang pon dah kering nak berseluar ketat bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku pun suka buat perangai lagha gini. Suma la barang2 kawan2 toksik dia tu soh beli, dia pi beli. Tak reti lansung kata idok ka nehi nehi jah ka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 02:08 AM | Show all posts
untung la dapat seluar 800 hengget. Dah la beli seluar mahal, kena ajak 3 orang lagi join.

Berjemaah kena tipu kekdahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak i dulu senyap² beli mattress protector haiyok dr ex student dia. Nyesal ajar transfer duit online.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tu kalo mak ada join group ngaji ke kuliah agama ke.. tetiba ada demo..
balik je mesti bwk itu ini.. mmg depa tuju org yg berpencen ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak² ni klu nk berbelanja guna duit sendiri tak de sapa marah.....
Klu tak de income tu, sila sedar diri....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul seluar tu ada infra red, mana light source dia? Infra red kan light wave, kena la ada emitter. Merapik aje.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.240646 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list