CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12241|Reply: 3

[Dunia] Rekod dunia 'Raja Pecut' lebur selepas 22 tahun

  [Copy link]
Post time 7-4-2024 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-4-2024 09:26 AM

ST GEORGE'S, Grenada: Seorang pelari sensasi Jamaica berusia 16 tahun memecahkan rekod acara 400 meter Usain Bolt bagi Bawah 17 Tahun (B-17) pada temasya Sukan Carifta ke-51.

Nickecoy Bramwell mencuri tumpuan ramai apabila melakukan larian luar biasa untuk memadamkan rekod berusia 22 tahun milik juara Olimpik lapan kali Bolt.

Pemegang tiga rekod dunia itu mencatat 47.33 saat pada 2002 ketika edisi ke-31 temasya itu.

Bagaimanapun, catatan itu diatasi oleh Bramwell di Stadium Olahraga Kirani James di Grenada, ketika dia mengejutkan peminat dengan mencatat masa 47.26s.

Satu perasaan yang menyeronokkan untuk memecah rekod itu," kata Bramwell.

"Sejak musim panas lalu, saya sudah menyasarkan rekod itu, jadi ia satu perasaan yang hebat saya boleh tampil di sini dan melakukannya.

"Saya hanya mengalihkan fikiran saya dan fokus terhadap rekod itu."

Bukan setakat Bramwell memecahkan rekod Bolt tetapi dia meninggalkan jauh pencabarnya.

Bramwell menang perlumbaan 400m itu dengan perbezaan 0.7s, manakala turut mengatasi pelari di tangga ketiga dengan 0.9s.

Pelari berusia 16 tahun itu hadir pada temasya itu dengan masalah kecergasan tetapi melupakan segala-galanya dengan persembahan bertenaga dan memukau. – AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2024 09:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 03:34 PM | Show all posts
Apa orang Jamaica ni makan eh ramai giler kot sprinter dari sana to be a coincidence.

btw, budak ni tak nak ka masuk UM... tanya jer.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting! Xsabar nk tgk 100m dia kemudian hari. Berjaya xpecshkn rekod bolt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.064788 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list