CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5397|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Bonceng tak pakai topi di taman perumahan pun bahaya'

[Copy link]
Post time 9-4-2024 08:26 AM | Show all posts |Read mode

MASALAH pematuhan undang-undang pemakaian topi keledar membabitkan kanak-kanak kini berada di tahap kritikal terutama di luar bandar dan kawasan taman perumahan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Masalah pematuhan undang-undang pemakaian topi keledar membabitkan kanak-kanak kini berada di tahap kritikal terutama di luar bandar dan kawasan taman perumahan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, ada segelintir ibu bapa yang beranggapan kemalangan hanya berlaku di jalan-jalan besar atau laluan utama sahaja.

Menurutnya, mereka menganggap pemakaian topi keledar untuk kanak-kanak satu perkara melecehkan lebih-lebih lagi jika jarak perjalanannya berdekatan seperti di sekitar kawasan perumahan.

"Ibu bapa memandang ringan kepentingan topi keledar kanak-kanak walaupun ia adalah alat perlindungan yang wajib dipakai oleh penunggang dan pembonceng motosikal.


"Perbuatan ini amat berisiko kepada penunggang dan anak-anak mereka sehingga boleh membawa kepada kehilangan nyawa jika berlaku kemalangan," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, baru-baru ini.

Mohd Azman berkata, ramai ibu bapa dikesan membenarkan anak-anak mereka membonceng tanpa topi keledar terutama ketika pergi dan pulang dari sekolah sedangkan mereka sendiri memakai topi keledar.

Katanya, ada juga ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal milik mereka untuk bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan.

"Nasihat saya kepada ibu bapa, kemalangan boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa, jadi tolong titikberatkan pemakaian topi keledar walaupun di dalam kawasan taman.

"Pemakaian topi keledar bukan sahaja untuk undang-undang tetapi sebagai langkah bijak demi melindungi nyawa di jalan raya," katanya.

Menurutnya, JSPT mengambil tindakan penguatkuasaan berterusan bagi membendung permasalahan ini daripada terus berleluasa melalui program Op Didik di kawasan-kawasan sekolah.

Katanya, kesalahan menunggang atau membonceng motosikal tanpa topi keledar merupakan satu kesalahan mengikut Kaedah 4, Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM300 dan pada ibu bapa yang cuai dalam menjaga anak-anak sehingga menyebabkan kehilangan nyawa boleh didenda tidak lebih RM20,000.

"Ibu, bapa terbabit juga boleh dipenjara untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erumahan-pun-bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.085790 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list