CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29010|Reply: 9

[Tempatan] Kuala Lumpur melonjak 16 anak tangga ke kedudukan ke-73 bandar raya paling pintar di dunia

[Copy link]
Post time 12-4-2024 04:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-4-2024 12:43 PM

Kuala Lumpur melonjak 16 anak tangga ke kedudukan ke-73 bandar raya paling pintar di dunia




KL melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 senarai bandar raya terpintar di dunia. FOTO NSTP



Kuala Lumpur: Kuala Lumpur (KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar raya, demikian menurut Indeks Bandar Pintar (SCI) 2024 yang dikeluarkan oleh Institute for Management Development (IMD) baru-baru ini.

Tahun lalu, KL berada di kedudukan ke-89.
Laporan itu mengetengahkan beberapa prestasi KL yang membanggakan, termasuk kemudahan pembelian tiket dalam talian dan kebolehcapaian penyenaraian pekerjaan dalam talian yang memudahkan untuk mencari kerja.

Laporan itu turut memuji struktur kesihatan dan keselamatan di ibu kota, seperti "mengatur temu janji perubatan dalam talian yang menambah baik akses," dan struktur mobiliti seperti "penjadualan dalam talian dan jualan tiket telah menjadikan pengangkutan awam lebih mudah untuk digunakan."

Bagaimanapun, laporan itu mendapati kesesakan lalu lintas, rasuah, pencemaran udara dan rumah mampu milik adalah antara isu paling membimbangkan di KL.

Presiden Smart City Observatory Bruno Lanvin berkata, sesebuah bandar raya perlu merangka dan mengguna pakai strategi untuk bertahan dengan ujian ketidaktentuan pada masa depan.

Beliau juga berkata, kepercayaan dan tadbir urus yang baik menjadi semakin penting, dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam reka bentuk dan pengurusan bandar dijangka meningkat.

"Walaupun ia mungkin kedengaran tidak intuitif, AI boleh membantu menginsankan bandar menjadi lebih mementingkan manusia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web IMD.

Zurich mengekalkan kedudukan teratasnya bagi edisi kelima berturut-turut laporan SCI pada 2024, diikuti Oslo, Canberra, Geneva dan Singapura.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1079217/kuala-lumpur-melonjak-16-anak-tangga-ke-kedudukan-ke-73-bandar-raya-paling
Disiarkan pada: April 11, 2024 @ 2:





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Key El saja pintar. Negeri yang menyusukan Key El dari kecik sampai besar air pun tiada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2024 05:52 PM | Show all posts
Saya tengok latest YouTube nampak kl berjerebu,
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats KL..

dan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 12-4-2024 08:40 PM
Congrats KL..

dan Malaysia

Pantai Timur pun Malaysia juga, bukan Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau periksa dapat no 73 kira pintar juga ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat pasaraya di zurich yg ada mesin utk kenalpasti avokado dah masak ke blom.. iols tgk kat tiktok mcm best jahh walopon iols tak mkn avokado
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2024 08:27 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 12-4-2024 04:20 PM
Kat pasaraya di zurich yg ada mesin utk kenalpasti avokado dah masak ke blom.. iols tgk kat tiktok m ...

Avokado sedap dimakan yang baru dikeluarkan dari freezer, di  penyek kemidian campur madu lebah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 13-4-2024 08:27 AM
Avokado sedap dimakan yang baru dikeluarkan dari freezer, di  penyek kemidian campur madu lebah.

Iols tak minat avokado
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 10:21 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 13-4-2024 01:49 PM

Seharusnya dan sepatutnya  KL itu sudah menjadi No. 1   bahkan sejak masa empayar melaka ,,,,,


Bukankah itu yang didongengkan dan dipropagandakan selama ini ...terkait betapa haibat dan perkasanya serta tingginya tamadun bangsa melayu mahawangsa .....penguasa dan pengasas Alam Semesta Melayu ......Hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.379227 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list