CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23379|Reply: 7

[Politik] Pengkhianat yang dikhianati…

[Copy link]
Post time 12-4-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 12-4-2024 10:53 PM

Dulu masa gian tebuk atap kemain gumbira, sekarang kena khianat terus menggelupor!!




Keahlian enam ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu  yang berpaling tadah dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tergugur secara automatik, kata ketua penerangan parti,  Razali Idris.

Justeru, katanya, mereka perlu mengosongkan kerusi kawasan masing-masing dan tidak menunggu surat pemecatan.

Jelasnya, keahlian mereka tergugur selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan perlembagaan parti itu pada 2 April lalu.

"arti hanya akan menghantar surat pemakluman berserta notis kelulusan pindaan perlembagaan parti seperti diluluskan ROS.

"Enam ahli Parlimen dan Adun digesa tidak menunggu surat daripada Bersatu, sebaliknya jika anak jantan (gentleman), lepaskan jawatan dan umum kosongkan kerusi," katanya seperti yang dipetik oleh Berita Harian, hari ini.

Pada 2 Mac lalu, Bersatu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi melucutkan keahlian parti bagi wakil rakyat yang menyokong mana-mana pihak bertentangan dengan parti.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) dengan perwakilan parti sebulat suara menyokong usul untuk meminda Perkara 10 perlembagaan Bersatu.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Manakala Adun yang terbabit pula ialah Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

Mengulas lanjut, Razali yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Bersatu berkata, semua mereka wajar menumumkan kekosongan kerusi bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

"Jangan jadikan alasan menunggu notis daripada Bersatu untuk membuat keputusan," katanya lagi.

*Malaysiakini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts

Dah lama main kayu tiga baru nak gugur talak. Bersatu ni memang parti lawak. Parti yang tertubuh akibat tidak puas hati para pemimpin bekas UMNO. Perjuangannya hanyalah peribadi.Melayu memang senang ditipu. PAS pun join sebab sama2 nak menunggang isu kaum dan ugama.…

(Cut & pasta)



Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasakan!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pecat je lah...kalu berani
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:45 PM | Show all posts
kenapa muka2 mereka sgt busuk?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:57 PM | Show all posts
sedagha sedagha..
ini semua...politaikkk sedagha...saya ulangggggggggggggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada muka cam Jawa, Mamak dan Peranakan @kemaruk
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mata duitan nak peruntukan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.092175 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list