View: 10904|Reply: 22
|
[Jenayah]
Nampak Kain Warna Oren, Terus Meluru Ke Bilik Tidur Sambil Rakam!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan oren.
Setiap hari, ada sahaja episod baru tentang curang. Bagaimanapun, di luar negara, gempar tularnya satu video klip di laman Facebook “I Sor Khayi Kkhao” yang memaparkan seorang lelaki juga seorang ahli perniagaan pulang ke rumahnya di Sukhothai, Thailand.
Apa yang memeranjatkan, lelaki berusia 64 tahun itu tersebut menemui jubah berwarna oren milik seorang sami Buddha di luar bilik tidur.
Tanpa membuang masa, lelaki tersebut terus merekodkan perjalanannya ke arah bilik tidur. Alangkah kecewanya lelaki tersebut setelah mendapati isterinya yang juga seorang ahli politik Thailand curang dengan seorang sami!
Dalam video tersebut, boleh didengari lelaki tersebut menjerit ‘adakah anda berdua gembira’ sebelum isterinya membalas dengan ‘berhenti merakam, awak tidak boleh buat begini!”
Menurut laman Facebook sama, si suami sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh itu, dia telah bertindak pulang ke rumah dengan lebih awal dengan harapan dapat menangkap isterinya itu.
Laporan terkini mendapati, ahli politik tersebut telah berpisah dengan isterinya manakala sami berusia 24 tahun itu pula sedang menyembunyikan diri.
Suami hadir program televisyen untuk cerita semula apa yang berlaku
Tidak lama kemudian, ahli politik tersebut telah menghadiri satu program televisyen di Thailand untuk menceritakan semula pengalamannya itu. Menurut lelaki tersebut, dia memandu selama 5 jam untuk ke Bangkok semata-mata untuk ‘menangkap’ isterinya itu.
“Saya cuba call isteri saya, tetapi panggilan tidak berjawab. Pada waktu itulah saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Setelah saya tangkap mereka, saya rasa sangat marah dan dikhianati. Saya sudah belikan isteri macam-macam hadiah termasuklah emas dan barang-barang berjenama,” katanya.
Sami tersebut pula tidak mengaku bersalah
Selepas ditangkap, sami tersebut menafikan apa yang berlaku. Malah, dia berkata, perkara sebenar bukanlah seperti apa yang dapat dilihat di dalam video tular.
“Kami hanya bersembang. Saya ada masalah, jadi saya luahkan kepada wanita tersebut sebelum menumpang mandi,” katanya.
Siasatan masih dijalankan
Menurut laporan Bangkok Post, siasatan masih lagi dijalankan. Bagaimanapun, hampir semua orang di Thailand tahu siapakah isteri serta sami yang terpapar dalam video tular.
Menurut pihak polis, kisah yang diceritakan oleh lelaki tersebut adalah benar.
Oleh itu, isteri yang juga ahli politik mungkin tidak boleh bertanding pada masa hadapan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lahhhh ini ke penyondolnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Suami yg cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
Instinct seorang lelaki tu memang hebat... dia tau bila dia dicurangi dan disondol
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin isteri dia nk test kehebatan iron crotch kung fu sami tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha paling lucu, heols sempat tarik selimut tu sampai nampak 2 ekor tu xda kain atas badan! Sanggup jugak si bini tu bangun dlm keadaan camtu nak kejar laki tgh rekod. Itupun deyols kata nak mandi n tgh sembang psl masalah?! Hadoi bongoklah polis nak caya pun. Cer dedah je sapa pompuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ahriman at 14-4-2024 08:08 PM
CARI-Author replied at 14-4-2024 04:35 PM
Klau rope ginih iols flip hair je nyah.
Lain la klau mcm nih.klau ajak kawen lari pon iols sanggup. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
iols bayangkan sami tu mcm Mario Maurer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Emang dasar penunggang baju brick orange! |
|
|
|
|
|
|
|
erkkk..kalau setakat gitu jer rupa sami tu mmg tak berbaloi.. ingatkan hensem sekali muka jamban |
|
|
|
|
|
|
|
"Kita tak tahu masalah bini dia..." |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat sangat ke performance tu? Ke sekadar pensel 2b je?
|
|
|
|
|
|
|
|
Takat gitu je. Sia2 mencurang
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena tangkap basah kan, so betul la sami tu kata tumpang mandi |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tarik selimut ko lari bakpe.. tak sempat telek muka.. |
|
|
|
|
|
|
|
sami pun ada napsu dah palir yg harus dimuntahkan isinyaa |
|
|
|
|
|
|
|
sami juga manusia,ada napsu supe kuda |
|
|
|
|
|
|
| |
|