CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2159|Reply: 0

[Sarawak] Kru kapal warga India terjatuh dari kapal ditemui lemas

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:36 PM | Show all posts |Read mode


Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SIBU: Kru kapal warganegara India yang dilaporkan terjatuh dari kapal di Batang Igan pada Khamis ditemui lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, mayat mangsa, Jamwal Akash, 23, dijumpai oleh orang awam kira-kira lima kilometer ke hilir Batang Igan dari Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB).

Menurutnya, pasukan bomba dikerah ke lokasi penemuan dengan menggunakan sebuah bot aluminium dan disertai dua bot polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung di bawah jeti sebuah ladang ternakan pada jam 9.15 pagi," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa seterusnya dibawa ke Simpang Tiga Sibu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 11 pagi.

Pada Khamis lalu, saksi kejadian iaitu rakan sekerja mangsa telah ternampak mangsa terjatuh dari kapal berhampiran jeti Limbungan Kapal Gimhawk di Jalan Sungai Maaw dekat sini.

Saksi turut melihat mangsa terkapai-kapai di sungai dalam jarak 30 meter dari kapal tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili sebelum ini berkata, mangsa merupakan seorang kelasi kapal warganegara India di sebuah syarikat perkapalan yang berpangkalan di Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 3.638570 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list