CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28271|Reply: 0

[Sarawak] Tanah runtuh di Austra Height harus diatasi segera

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:15 PM | Show all posts |Read mode


Steven semasa melakukan tinjauan ke kawasan runtuhan di Austra Height, Bintulu hari ini.

BINTULU: Tanah runtuh di kawasan perumahan Austra Height perlu diambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan penduduk termasuk pengguna laluan berulang-alik keluar dari kawasan perumahan terbabit setiap hari.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong berkata beliau dan rombongan bergerak ke lokasi menjalankan tinjauan ke atas lokasi runtuhan semalam sejurus melihat satu laporan dikeluarkan dalam laman Facebook.

Katanya, berdasarkan pemerhatian dijalankan struktur tanah di kawasan terbabit didapati berlaku mendapan dan tidak stabil.

"Ini diburukkan lagi dengan ketiadaan pokok atau rumput penutup bumi bagi mengelak berlakunya tanah runtuh di kawasan terbabit," katanya.

Beliau menjelaskan ini diburukkan lagi dengan kerja-kerja pembinaan di taman perumahan baharu sedang dijalankan pada masa sekarang.

Steven turut dimaklumkan bahawa pemaju perumahan terbabit memberi jaminan akan membina tembok kawalan hakisan sebagai langkah alternatif memastikan keselamatan pengguna jalan raya khususnya penduduk di kawasan taman perumahan terbabit.

"Dalam pada itu, pemaju memaklumkan pihaknya mengukuhkan struktur tanah dengan membina tembok dan meletakkan batu bagi menstabilkan struktur tanah di kawasan terbabit," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 1.775241 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list