CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4752|Reply: 0

Pilj janji balas kepercayaan TFC

[Copy link]
Post time 15-4-2024 03:21 PM | Show all posts |Read mode

MARIN Pilj berikrar untuk membalas kepercayaan jurulatihnya. FOTO TFC

Kuala Terengganu: Perancang Terengganu FC (TFC), Marin Pilj berikrar untuk membuktikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap import ketujuh skuad Penyu.

Sebaliknya pemain berketinggian 1.65 meter kelahiran Croatia itu tekad memperagakan aksi terbaiknya sekali gus memberikan impak yang positif buat naib juara Piala Malaysia musim lalu itu.

Jelasnya, Kejohanan Empat Penjuru yang bermula Rabu ini di Kuala Terengganu bakal dijadikan medan terbaik buatnya dalam misi membantu skuad itu bagi musim 2024/2025.

"Sebelum tiba di bumi Terengganu, saya sudah mendapat gambaran awal tentang pasukan TFC ini melalui rakan yang juga penyerang, Ivan Mamut selain ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.


"Saya begitu teruja untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) yang boleh saya rumuskan begitu berkualiti lebih-lebih lagi skuad utama Malaysia kini semakin meningkat.

"Jadi aksi empat penjuru nanti, saya tekad untuk membuktikan kemampuan sebenar di padang selepas lebih sebulan bersama pasukan menjalani latihan termasuk aksi persahabatan sebelum ini.

"Namun pesanan saya buat rakan sepasukan, kita tidak mengetahui sejauh mana kekuatan dua lagi pasukan yang menyertai kejohanan itu iaitu Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), jadi aksi berpasukan dan fokus begitu penting setiap kali beraksi," katanya ketika dihubungi.

Selain Penang FC dan KDA FC, turut menyertai kejohanan empat penjuru anjuran Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd itu yang akan bermula 17 hingga 21 April ini adalah pasukan 'adik' Terengganu FC II (TFC II).

Ketika ditanya impiannya bersama skuad baharunya itu, bekas pemain kelab NK Varazdin dalam Liga Croatia itu mahu membantu pasukannya meraih pencapaian lebih baik berbanding musim lalu.

"Sebenarnya sukar untuk bercakap tentang impian, lagipun liga belum lagi bermula, jadi kita tidak tahu kekuatan lawan, tapi dengan pemain yang berkualiti membarisi skuad kami, TFC mampu melangkah lebih jauh lagi berbanding musim lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... las-kepercayaan-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.743821 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list