CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3690|Reply: 0

Mbappe dituduh khianati kelab sendiri

[Copy link]
Post time 16-4-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode

MBAPPE (kiri) perlu bangkit menampilkan aksi terbaiknya membantu PSG menentang Barcelona awal pagi esok. – AFP

PARIS – Bekas penyerang Perancis, Christophe Dugarry mendakwa Kylian Mbappe, 25, meng­khianati Paris Saint-Germain (PSG) dengan prestasi yang tidak memuaskan ketika juara Perancis itu menentang Barcelona.

PSG kalah 2-3 kepada Barcelona pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara minggu lalu dan kekalahan itu sebahagian besarnya didakwa disebabkan Mbappe mempamerkan prestasi yang benar-benar buruk.

Sepanjang 90 minit, Mbappe hanya menyentuh bola sebanyak 46 kali iaitu bilangan terendah bagi mana-mana pemain PSG yang melengkapkan perlawanan itu selain turut gagal membuat percubaan ke arah gawang lawan.

Dugarry, 52, menyifatkan Mbappe menunjukkan sikap yang sangat buruk dalam sukan bola sepak kerana pemenang Piala Dunia 2018 itu adalah salah seorang pemain berprestasi tinggi dan sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting buat pasukannya.

“Seorang pemain itu berhak untuk terlepas perlawanan atau terlepas hantaran. Tetapi tingkah laku, sikap Mbappe ketika itu benar-benar memalukan.

“Sikap yang dia tunjukkan dalam perlawanan itu seperti satu penghinaan. Saya rasa ia adalah perlawanan terburuk yang pernah saya lihat dia bermain.

“Saya percaya mungkin dia akan berubah dan ber­usaha memastikan pasukannya menang,” katanya.

Kini, Mbappe berpeluang membuktikan kemam­puannya apabila PSG bertandang ke Sepanyol menentang Barcelona untuk aksi timbal balik di Estadi Olimpic Lluis Companys awal pagi esok.

Sebagai rekod, PSG meraih dua gol melalui Ousmane Dembele dan Vitinha, manakala tiga ja­ringan Barcelona pada suku akhir pertama diperoleh menerusi dua gol Raphinha dan satu daripada Andreas Christensen. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... nati-kelab-sendiri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.278586 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list