CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5330|Reply: 0

KDN FC masih berahsia pengendali pasukan

[Copy link]
Post time 16-4-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode

Tiga import baharu melengkapkan barisan import Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) musim 2024/2025. - KDN FC

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim (KDN) FC masih berteka-teki mengenai posisi ketua jurulatih yang akan mengemudi pasukan itu musim ini.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, pasukan kini sudah melengkapkan barisan pemain dengan memperkenalkan tiga import baharu untuk memperkuat pasukan Kijang Emas.

Katanya, tiga pemain itu adalah Chanrack Lukombe Muzungu, Rivera Viana dan Valdumar Augusto Te.

"Untuk ketua jurulatih, akan tiba dalam masa terdekat.


"Kita akan umum sebaik beliau tiba," katanya yang masih enggan berkongsi sebarang petunjuk berkenaan individu yang bakal mengisi posisi berkenaan.

Rozi berkata, apabila ketua jurulatih tiba, pasukannya sudah lengkap 100 peratus termasuk sembilan import yang akan membantu pasukan mencapai kedudukan lebih baik musim ini.

Katanya, beberapa pemain import juga akan beraksi bersama skuad bawah 23 tahun dalam saingan Piala MFL.

Tambah Rozi, pasukan kini sedangkan mengatur beberapa perlawanan persahabatan bermula menentang Pattani FC esok disusuli pasukan Liga Super.

"Kita juga akan beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kelab Indonesia," katanya.

Musim ini, KDN FC menjadi satu-satunya wakil Kelantan beraksi di Liga Super manakala pasukan senegeri, Kelantan FC turun ke Liga M3.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pengendali-pasukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.473749 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list