CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6483|Reply: 1

[Pulau Pinang] Op Motosikal: Pulau Pinang keluar 169 saman, sita 11 motosikal

  [Copy link]
Post time 16-4-2024 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Op Motosikal: Pulau Pinang keluar 169 saman, sita 11 motosikal

16 April 2024 06:33pm








Anggota JPJ Pulau Pinang melakukan pemeriksaan dalam Ops Motosikal di Plaza Tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) semalam. - Foto: FB JPJ Pulau Pinang




BUTTERWORTH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 169 saman dan menyita 11 motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Motosikal di Plaza Tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, semalam.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi sempena Ops Khas Perayaan itu bagi mengekang kegiatan rempit dan lumba haram di lokasi tersebut yang menjadi lokasi 'panas' bagi aktiviti berkenaan.



"Operasi bermula 11.30 malam Ahad hingga 5 pagi (semalam) itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai," menurut hantaran di Facebooknya hari ini.

Selain itu, pihak JSPT IPD SPU turut mengeluarkan 15 notis saman manakala dua kompaun dan lima notis uji semula kenderaan dikeluarkan JAS.



Antara kesalahan dikesan ialah pengubahsuaian motosikal melampau, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, tidak pamer pelekat P dan tiada cermin sisi. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:42 AM | Show all posts
banyak saman yang dikeluarkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046635 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list