CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9933|Reply: 9

Kadir Sheikh Fadzir Saman RM70 Juta Terhadap Alif Syukri

[Copy link]
Post time 17-4-2024 08:24 AM | Show all posts |Read mode






Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menuntut bayaran RM70 juta daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman, atas dakwaan memfitnah.


Menerusi laporan BH Online, Abdul Kadir berkata, Aliff Syukri mengeluarkan kenyataan fitnah di Instagram dan Facebook pada 2 Julai tahun sama.


Beliau yang juga bekas Menteri Penerangan mendakwa kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan jutaan ringgit, selain gambar plaintif diletakkan pada kenyataan yang mengundang komen negatif daripada pembaca.


Selain tuntutan RM70 juta, bekas menteri itu meminta ganti rugi yang dinilai mahkamah dan perintah supaya defendan memberi aku janji bertulis tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat disiarkan di akaun media sosial usahawan terbabit selama tujuh hari.


Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaan pula mendakwa membuat bayaran pelaburan RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 membabitkan plaintif, defendan serta dua syarikat.


"ihak-pihak dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang dilaburkan saya dan segala pelanggaran janji sedemikian termasuk aku janji diberikan kepada saya adalah dalam pengetahuan plaintif sendiri."


Ketika prosiding hari ini, Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes saman itu selama tiga hari pada awal 2026.


Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, memutuskan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh bicara, manakala 5 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya.


Sumber: BH Online/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Fight back Alip Sukri!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahat betul mamak ni kalau betul la dia hutang juta2 hengget ngan Alip - dah tak mo bayar, pi saman fitnoh pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:06 AM | Show all posts
dUA2 PADAN MUKA
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
"selain gambar plaintif diletakkan pada kenyataan yang mengundang komen negatif daripada pembaca."

Ada sorang wartawan Cari pun suka buat benda yang lebih kurang sama. Mangsa mungkin boleh pertimbang idea dari mamak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:29 AM | Show all posts
walau aku rse si syukri ni di pihak yg betul tapi aku masih menyampah dgn perangai dia yg suka buat kontent paling sial semata2 nak kan kontroversiiiii...nasib la kau syukri..kau berlawan dgn dgn bekas menteri yg baik dgn polis2 hakim2 mahkamah2..

selama n kau asyikkkkk terlepas dari kesalahannn kau kan syukri sebb kau bykkk duittt kan

kali ni abis la kau..even aku rse kau di pihak yg betul tapi lawan kau kali ni bukan org sembarangan

itulah balasan akibat selalu cipta kontroversi bodoh dan tolol semata2 nak up nama
itulah balasan kau sanggup amek keputusan bela anak2 angkat semata2 nak tarik perhatian org
last2 tak leh handle org dah boring kau htr balik anak2 angkat kau tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 09:35 AM | Show all posts
sama level je 2 ni
nothing more nothing less
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:41 AM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 17-4-2024 09:29 AM
walau aku rse si syukri ni di pihak yg betul tapi aku masih menyampah dgn perangai dia yg suka buat  ...

dulu kan suka prank2 orang,  gelak2 kan orang kan

skrg ts abdul kadir prank dia balik,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 10:31 AM | Show all posts
kalau baca ayat report tu dia tulis, letak duit utk perjanjian usahasama....maknanya investment for project la kan...so camana toklip kata bagi pinjam duit pulak...ke toklip confuse atau ni project scammer...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:36 AM | Show all posts
Ketika prosiding hari ini, Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes saman itu selama tiga hari pada awal 2026.

Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, memutuskan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh bicara, manakala 5 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya.


tahun 2026????? biar betul.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060914 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list