CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2975|Reply: 0

Skuad B-23 perlu ada aura pendekar

[Copy link]
Post time 17-4-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode

TUGASAN mencabar menanti skuad B-23 negara kerana Uzbekistan turun selaku juara 2018 dan naib juara edisi 2022. – FAM

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) negara berdepan tugasan mandatori untuk melunaskan dua tanggungjawab berbeza pada aksi pembukaan Kumpulan D Piala Asia B-23 bertemu Uzbekis­tan di Stadium Antarabangsa Khalifa malam ini.

Selain memerlukan keputusan baik untuk mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati, satu mata dilihat sudah memadai untuk menutup aib skuad ‘abang’ yang dimalukan Jordan 0-4 pada Piala Asia, Januari lalu.

Berbaki beberapa jam sebelum sepak mula, skuad muda negara tidak boleh hanya sekadar menyiapkan ‘bisa kaki’, sebalik­nya menuntut kekuatan dalaman bagi merobohkan ego Asia itu.

Aura pahlawan sejati harus ada dalam setiap diri pemain untuk membina kekuatan dalaman memandangkan lawan pertama negara hadir dengan reputasi gah selaku juara 2018 dan naib juara edisi dua tahun lalu.

“Saya rasa dengan perlawanan persahabatan, kita dapat tahu dimana kekuatan dan kelemahan pasukan. Ini cabaran buat kami kerana Piala Asia B-23 adalah pertandingan besar.

“Semua pemain nampak ada kemahuan, sudah wujud persaingan baik dan bukan mudah untuk merebut kesebelasan utama. Kita tahu semua pemain ada kualiti dan ini adalah perkara positif buat pasukan.

“Jurulatih ada pelan sendiri dan dia akan beri secara berpe­ringkat iaitu satu demi satu perlawanan,” kata kapten B23 negara, Mukhairi Ajmal Mahadi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini mahu pemain fokus terhadap misi awal untuk layak ke suku akhir terlebih dahulu sebelum mengintai tempat selaku tiga pasukan terbaik yang akan menjamin slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -ada-aura-pendekar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.283515 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list