CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2772|Reply: 0

Mbappe menyinar humban Barcelona

[Copy link]
Post time 17-4-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

MBAPPE tetap fokus dengan misi memburu kejuaraan UCL bersama PSG meskipun bakal meninggalkan pasukan itu penghujung musim ini. – AFP

BARCELONA – Paris Saint-Germain (PSG) mengambil kesempatan atas kesilapan benteng pertahanan Barcelona apabila mencatat kemenangan menerusi agregat 6-4 pada aksi suku akhir saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Pada perlawanan timbal balik di Stadium Olimpik Lluis Companys awal pagi tadi, juara Ligue 1 itu bangkit daripada ke­ti­ng­­galan 0-1 sebelum mencatat kemenangan selesa 4-1, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir.

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe menjadi wira pasukan itu apabila melakukan dua jari­ngan, manakala Ousmane Dembele dan Vitinha masing-masing meledak satu gol dalam perlawanan tersebut.

Jurulatih PSG, Luis Enrique memuji aksi matang ditampilkan Mbappe sepanjang perlawanan itu meskipun kempen kali ini merupakan musim terakhirnya menyarung jersi juara 10 kali Ligue 1 ber­kenaan.

“Tahniah dan pujian harus diberikan kepada Kylian (Mbappe) kerana anda semua boleh nampak bagaimana dia memberi tekanan terhadap pasukan lawan. Bagi saya, inilah cara sebenar untuk memimpin pasukan.

“Apabila Kylian boleh bermain seperti ini setiap kali masuk ke dalam padang, saya tahu kami boleh bermain lebih baik. Ia dapat dibuktikan menerusi jaringan serta gerakan yang dilakukan,” katanya yang pernah membim­bing Barcelona memenangi trebel pada 2015.

Perlawanan itu turut me­nyaksikan beberapa kontroversi tercetus apabila pemain pertahanan Barcelona, Ronald Araujo dan pengendalinya, Xavi Hernandez diarah meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah.

Sementara itu, Mbappe menegaskan, fokusnya pada ketika ini hanyalah untuk membantu PSG mara ke final dan memenangi UCL biarpun dia dijangka me­ninggalkan pasukan tersebut pada penghujung musim nanti.

“Saya sentiasa memasang impian untuk memenangi Liga Juara-Juara bersama PSG. Sekarang kami sudah berjaya melepasi halangan salah sebuah pasukan terbaik di Eropah dan ia sesuatu yang sangat baik.

“Semua pemain berada dalam keadaan cukup yakin ketika ini. Saya percaya ia akan membantu kami untuk mencapai sasaran mara ke Wembley (final) dan seterusnya memenangi pertandingan ini,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... r-humban-barcelona/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050260 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list