CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7429|Reply: 27

Perintah tahanan rumah Najib wujud, kenapa nak sorok – Muhammad Shafee

  [Copy link]
Post time 17-4-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan menyembunyikan titah adendum yang mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah.


Ini kerana terdapat individu yang melihat dan membaca titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Muhammad Shafee memberitahu, pihaknya telah memfailkan afidavit sokongan daripada seorang individu yang melihat dan membaca titah tersebut.


“Kami telah memfailkan afidavit (sokongan), tetapi saya tidak boleh namakan afidavit daripada siapa, tetapi beliau telah sahkan lihat, baca (titah adendum). (Ada) tandatangan Agong, ada cop mohor Agong,” katanya.


Terdahulu, media dilarang membuat liputan mengenai permohonan semakan kehakiman itu selepas peguam terbabit memaklumkan terdapat ‘isu sensitif’.


Pada mulanya media dibenarkan mengikuti prosiding tersebut melalui siaran terus ke bilik ‘videolink’.


Hakim Datuk Amarjeet Singh membenarkan permohonan tersebut.


Permohonan itu sepatutnya didengar pada 4 April lalu namun ditangguhkan ke hari ini selepas Muhammad Shafee memaklumkan terdapat seorang individu yang disifatkan sebagai `saksi kritikal’ akan menyokong permohonan Najib berhubung titah adendum oleh YDPA ke-16.


Ujar peguam itu, afidavit sokongan saksi yang tidak didedahkan identitinya itu hanya boleh ditandatangani lepas individu terbabit pulang dari Mekah.


Pada 1 April lalu, Najib memfailkan semakan kehakiman antara lain mendakwa selain perintah pengurangan hukuman penjara dan pengurangan jumlah denda, terdapat perintah tambahan (titah adendum) yang membenarkan beliau untuk menjalani hukuman yang dikurangkan kepada “tahanan di rumah” dan bukannya di Penjara Kajang.


Menurut afidavit yang difailkan, Najib mendakwa menerima ‘maklumat yang sahih’ berhubung titah adendum pada 12 Februari lalu.


Menurut penyataan yang difailkan pada 1 September 2022, Najib melalui peguamnya memfailkan petisyen memohon pengampunan penuh terhadap sabitan salah dan hukuman penjara serta denda selepas didapati bersalah atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd.


Kata pemohon, pada 29 Januari lalu, YDPA mengeluarkan ‘titah utama’ iaitu supaya hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun dan denda dikurangkan kepada RM50 juta.


Najib mendakwa titah adendum turut dikeluarkan pada tarikh sama tetapi mendakwa ia tidak didedahkan oleh mana-mana responden sehingga kini.


Pada 14 Februari, Najib te­lah mengarahkan peguamnya menghantar surat kepada Peguam Negara yang turut disalinkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi memohon pengesahan berhubung titah adendum tersebut.


Peguam Najib turut memohon salinan asal titah utama dari Penjara Kajang tetapi tidak dijawab sehingga kini.


Najib mendakwa, kegagalan kesemua responden menjawab surat atau mengesahkan kewujudan titah adendum itu adalah sesuatu yang tidak rasional, tidak munasabah, menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg terhutang budi sgt dekat najib tu hah?!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:50 PM | Show all posts
alesandra replied at 17-4-2024 05:15 PM
Apa yg terhutang budi sgt dekat najib tu hah?!






Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 17-4-2024 05:50 PM

Eh barua ..
hutang 1mdb tu sapa bayar???
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak logik bagi ex Agong yg rapat dengan media, selalu ditemu bual tapi srnyap & tak raise concern bila titah dia tak dilaksana kerajaan. Ini bermakana the so called titah addendum tu hoax ataupun ia sekadar "option" atau "draft" yg disenarai pendek antara few other options yg disediakan awal2, cuma itu bukan terpilih as final verdict.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 17-4-2024 08:58 PM

walanon2 telan air liur je dan menggigil menahan geram baca berita2 mutakhir ni

bersimpati terhadap para walanon yg bergelora perasaan geram dan sedih dlm diri mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 17-4-2024 08:35 PM
Eh barua ..
hutang 1mdb tu sapa bayar???

Berbilion-billion duit 1mdb yg dikembalikan bolehlah digunakan utk bayar hutang 1mdb,
Aset2 1mdb seperti TRX yg memberi pendapatan kpd negara pun boleh digunakan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 17-4-2024 05:50 PM

Terbaik bro.....

Tapi nk buat mcmana....
Ekonomi dah tenat pun masih tak sedar²....
Hutang dah berlipat² kali ganda....
Pulangkn semula najib...baru blh pulih ekonomi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 17-4-2024 05:15 PM
Apa yg terhutang budi sgt dekat najib tu hah?!

Saya percaya kalau dahulu Najib tidak dijatuhkan oleh walanon yang hanya inginkan bangnon jadi piyem atau Malaysian Malaysia, dan juga non-walanon yang rambang mata dengan janji bulan bintang bangnon, sekarang BN sudah pun rampas balik Kelantan dan Terengganu daripada lobai. Orang tamak selalu rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
saksi tu rupanya wak jahit astu dia petik zafrul dlm akuan tu, zafrul lak respond dia akan file affidavit jugak utk betulkan apa yg wak jahit dakwa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 12:29 AM | Show all posts
alesandra replied at 17-4-2024 08:35 PM
Eh barua ..
hutang 1mdb tu sapa bayar???

barua macam ko ler yang jatuhkan najib akibat kebodohan ko percaya hasutan dan fitnah
konfem ko takleh terima jawaban yang aset 1mdb lebih banyak dari hutang kankankan

duit yang dicuri jho low pon kebanyakkannya dan sepatutnya dipulangkan balik oleh goldman sachs, IPIC, Aabar etc

kalau ko masih memilih nak jadi benak, itu terpulang

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Org biasa curi duit tabung masjid boleh mohon titah addendum x..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:02 AM | Show all posts
grouper replied at 18-4-2024 12:53 AM
Org biasa curi duit tabung masjid boleh mohon titah addendum x..

anwar dapat pengampunan atas kesalahan ape ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jatuh kerajaan madanon sebab tak ikut titah Agong. Diam seribu bahasa...
Umno tunggu apa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 18-4-2024 12:29 AM
barua macam ko ler yang jatuhkan najib akibat kebodohan ko percaya hasutan dan fitnah
konfem ko ta ...

Sepatutnya... sepatutnya. sepatutnya... bangang punya barua pencacai.dah sakau tu sakaulah .dah tumbang masih  lagi
delulu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 17-4-2024 11:46 PM
Saya percaya kalau dahulu Najib tidak dijatuhkan oleh walanon yang hanya inginkan bangnon jadi piy ...

Skrg bn rampas kelantan,terengganu????!! barua najib ni dia punya delulu mcm zionist
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 08:28 AM | Show all posts
orang umnu gitu leee. delusional lebih. ingat orang suka lagi. pi la sokong PN tu balik. tengok camne umnu hilang dari radar nanti.kah kah kah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 18-4-2024 04:31 AM
Skrg bn rampas kelantan,terengganu????!! barua najib ni dia punya delulu mcm zionist

Zionis pun nampak macam lebih molia daripada orang yang terpaksa minum air kencing orang tua.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:31 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 17-4-2024 08:56 PM
walanon2 telan air liur je dan menggigil menahan geram baca berita2 mutakhir ni

bersimpati terha ...

dah boleh tgk dah set2 walanon ni start meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:33 AM | Show all posts
grouper replied at 18-4-2024 12:53 AM
Org biasa curi duit tabung masjid boleh mohon titah addendum x..

Org biasa boleh aje mohon, dlm permohonan kenalah citer sebab apa curi duit masjid, senaraikan juga jasa2 kepada rakyat & negara bagi menguatkan permohonan agar dapat dipertimbangan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.248953 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list