CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5020|Reply: 0

[Sabah] Atlet olahraga Sabah wakil Malaysia ke Dubai

[Copy link]
Post time 17-4-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode


WAKIL SABAH: Ellron (duduk, tengah) bergambar bersama atlet muda Sabah yang bakal mewakili negara ke Dubai.

KOTA KINABALU: Empat atlet olahraga Sabah bakal beraksi mewakili negara sempena '21st Asian U20 Athletics Championship 2024' di Dubai Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Keempat-empat atlet muda berkenaan termasuk Dexter Beddie, Hanssen Yap Soon Fu, Pengiran Aidil Auf Hajam, dan Muhammad Khalil Helmi akan bertanding dalam acara 100 meter, 200 meter, 400 meter, dan 4x100 meter.

Kesemua atlet Sabah ini akan mewakili Malaysia dalam kejohanan terbabit bersama 12 lagi atlet muda yang layak dari seluruh negara.

Sementara itu, Presiden Olahraga Sabah Mohamat Hassan bersama atlet berkenaan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin di sini semalam.

Ellron berkata, bagi memudahkan urusan perjalanan atlet Sabah ke kejohanan itu, pihaknya akan memberikan bantuan kewangan menerusi geran tahunan yang diperuntukkan kepada persatuan.

Katanya, pihak kementerian berharap keempat-empat atlet berkenaan akan melakar kejayaan dan membuat warga Sabah berbangga dengan pencapaian mereka.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan menghadapi kejohanan bertaraf antarabangsa itu, Hanssen yang juga juara acara 100 meter Sabah Games 2023 bertekad untuk melakukan yang terbaik apabila beraksi nanti.

Bagi Dexter pula, pemilihannya dalam senarai pendek atlet yang mewakili negara ke kejohanan itu adalah sesuatu yang amat menggembirakan.

"Saya amat gembira kerana dari dulu lagi saya menyimpan matlamat mahu beraksi di kejohanan luar negara dan berharap membawa balik pingat," katanya yang turut sama wakil acara 4x100 meter bersama Hanssen.

Sementara itu, Khalil menyifatkan peluang menyertai kejohanan itu sudah lama ditunggu dan berharap akan membuat  membuat rekod peribadi terbaik dalam kejohanan itu nanti.

Kesemua mereka sudah bersedia menghadapi kejohanan itu dengan melakukan persiapan rapi menerusi persediaan mental dan fizikal yang mencukupi serta disiplin yang tinggi dan konsisten.

Kejohanan berkenaan akan bermula pada 24 hingga 27 April ini dan mereka dijangka bertolak ke Kuala Lumpur pada 21 April untuk bersama kontinjen negara berlepas ke Dubai.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.073306 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list