CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13747|Reply: 77

[Jenayah] [Edisi Bodoh?] Menanggung Kerugian Tiket Flight Lebih RM500, Salahkan Boarding Pass Tak Tulis AM PM!

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:47 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan flight.

HARGA tiket penerbangan biasanya akan meningkat setiap kali tibanya musim cuti atau perayaan.

Situasi sama turut dirasai di Malaysia, apatah lagi buat anak perantau yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

Terbaharu, seorang pemuda tular selepas dia berkongsi kisah adiknya yang terlepas penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Dakwa pemuda itu, adiknya terlepas penerbangan gara-gara kekeliruan yang timbul disebabkan sistem masa yang digunakan oleh sebuah syarikat penerbangan.

"Ramai orang Sandakan tertinggal flight ke semenanjung. Baru perasan ada juga penerbangan 1.15 pagi dari Sandakan ke Kuala Lumpur.

"Aku ingatkan adikku saja tertinggal flight, rupanya ramai. Dalam boarding pass juga tidak ditulis AM atau PM.

"Hanya ditulis 1.15, tidak semua orang boleh tahu kiraan jam begitu pagi atau petang. Automatik hangus tiket harga RM500++," ujar individu itu di Facebook.

Bercerita lanjut, pemuda itu berkata mereka membuat semakan untuk membeli tiket baharu pada hari kejadian, namun harganya cukup mengejutkan.

"Apabila check harga hari ni tiket RM1,200. Masya-Allah. Kepada kawan-kawan yang balik kampung, semak tiket flight betul-betul.

"Jangan sampai macam kes adik aku ni terlupa tengok waktu penerbangan. Moga kalian selamat sampai di tempat yang dituju," ujarnya sambil menambah adiknya terpaksa memanjangkan cuti ekoran kejadian berkenaan.

Perkongsian pemuda itu tentang nasib adiknya yang juga merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Bangi, Selangor bukan sahaja dihujani pelbagai komen, malah ia turut ditularkan sehingga ke laman X.

"Bukan ke sewaktu kita beli tiket, kita sendiri pilih waktu flight? Dan kiraan masa dalam website tu pun guna 24 jam?

"Penerbangan guna sistem 24 jam. Kalau 1 tengah hari, dia akan guna 1300.

"Airlines memang guna sistem 24 jam, bukan 12 jam yang ada AM/PM," ujar netizen.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2024 08:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2024 08:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 08:55 AM | Show all posts
ni la saksi dak2 sunat laser ni betapa incompetence nyierrr

hat ni yg salu anto cv , masuk iterbiu keja rejekkkkkk  


takkan masa beli tiket tu tak nampak time hat lain2 ? kut dapat 21.35 tu acaner ke gayanyer nak pi epot sbb takde digit 21 tu kat muka jam

bebaiii

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 08:57 AM | Show all posts
betul ke ramai yang tertinggal ntah ntah ko sorang je yang tak cerdik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 18-4-2024 08:55 AM
ni la saksi dak2 sunat laser ni betapa incompetence nyierrr

hat ni yg salu anto cv , masuk iterbiu  ...

Taktau lah nie bengap level brapa....haih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2024 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya aku pun keliru gak masa beli tiket raya, sebab x pernah flight terbang tengah malam, masa tu pukul 12:05minit gitu, tapi murah sangat rm200+ jer harga, masa tu tiket semua dh dekat rm400, check balik masa bru perasan mungkin jika bukan adik dia beli boleh dimaafkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sara_thrash replied at 18-4-2024 08:57 AM
betul ke ramai yang tertinggal ntah ntah ko sorang je yang tak cerdik.

ada yg tertinggal pompuan viral kt tik tok nk balik sarawak dari j.b, salah tgk masa juga
jika selalu naik flight memg ko xsangka ada flight tgh malam waktu gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Even tak tulis AM / PM but why assume PM? Banyak level kebodohan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
01.00 ni petang ke malam. Nak kena tunjal ke budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Setau aii last flight masa raya mmg depend on demand..kalau hari biasa last flight pukoi12mlm. Tuhari husband aii duty mlm raya mmg last flight pukoi130 pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:41 AM | Show all posts
nama tak padan dengan rupa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:43 AM | Show all posts
Dulu aku pun ada terconfuse masa beli sendiri tiket online, malah pernah buat kesilapan beli tiket 1.30 pagi, ingatkan 1.30 ptg.  Dah beli lepas tu check balik baru perasan salah timing. Tapi aku ambik perkara tu kesalahan sendiri la sebab ada timing flight lain in 24 hrs format.  Pikir balik memang lagi senang nak tersilap kalau guna 12hr am/pm format berbanding 24 hr format.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukam ke kalu pakai format 24hrs tak prlu titik bertindih ( tu? Should be 0115. Titik bertindih biasanya utk format 12hrs.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:55 AM | Show all posts
ramai yg tertinggal flight? ermm 1 je nak tanya. org sandakan ni mmg bodoh benak buta huruf tak pandai baca jam ke? #tanyaje.. sebab ramai yg tertinggal flight sebab tak boleh bezakan 24HR format tu. curious gak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:12 AM | Show all posts
midori888 replied at 18-4-2024 09:02 AM
Taktau lah nie bengap level brapa....haih...

ntoh le sis, makin lama, mcm makin benak memasing pun

ritu pun ada minah ni buat live kat fesebuk kut sama kes.. flight kul 0135 , depa skuarge nak balik sabah swak sana , pi epot 10am siap ckp wahh kami tiba awal ye 3 jam sebelum flight , sekali dia nak print boarding pass tak muleh,,, lawakkk sehhh dah le muka cam opera cina dgn eye shadow mcm baru kena tumbuk dua belah mata

konpiden tinggi sungguh mcm beli kat sopee guna spaylater
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 18-4-2024 09:07 AM
sebenarnya aku pun keliru gak masa beli tiket raya, sebab x pernah flight terbang tengah malam, masa ...

Kalau 12.05 AM dia akan tulis 00:05
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:41 AM | Show all posts
aduh dekkk.. system 24jam dekkk
takpe pengalaman mengajar
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lampuled replied at 18-4-2024 09:47 AM
Bukam ke kalu pakai format 24hrs tak prlu titik bertindih ( tu? Should be 0115. Titik bertindih bi ...

It's either 1.15 AM atau 01:15

Kalau polis report dorang biasa tulis jam 0115 hours
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 4 sekolah rendah belajar topik masa, klu x sure call lah AirAsia..ckp bongok kang marah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.398264 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list