CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6910|Reply: 2

[Jenayah] Mengaku ambil dadah elak mengantuk, kejar ‘trip’ raya

[Copy link]
Post time 19-4-2024 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 08:56 AM

KOTA BHARU – Dua pemandu bas ekspres dicekup selepas mengaku mengambil dadah untuk mengelakkan daripada mengantuk dan mengejar ‘trip’ perjalanan semasa bertugas di waktu puncak musim Hari Raya Aidilfitri pada 4 April lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia 40-an itu ditahan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di Terminal Bas Kota Bharu, Lembah Sireh di sini ketika menunggu penumpang untuk ke Kuala Lumpur.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati, kedua-dua pemandu dari syarikat yang berbeza itu positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, mereka juga mengaku mengambil dadah tersebut untuk mengelakkan daripada mengantuk kerana mahu mengejar trip sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Kedua-dua pemandu tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut.

“Syarikat telah menggantikan pemandu lain bagi memastikan perjalanan dapat diteruskan,” katanya pada sidang media Penutup Operasi Penguatkuasaan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai di sini sebentar tadi.

Mohd. Misuari memberitahu, penahanan kedua-dua lelaki itu merupakan kes pertama direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, operasi tersebut itu bermula 1 hingga 20 April melibatkan pelbagai agensi antara AADK, polis, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pil kuda ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 10:41 AM | Show all posts

pil yaba
bukan yaba-de-bedoo ye

yes... tq porummer najib yg bg info




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.085730 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list