CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Beras, tepung ditemui di tempat pembuangan sampah. #7, Puluhan kampit beras, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah. #43, Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf, mengaku buang beras

[Copy link]
Post time 19-4-2024 02:12 PM | Show all posts
tu la.. sorok lagi

kan dah naik kutu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-4-2024 10:55 AM
Membazir mcm ni dpt apa?

Dapat pahala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2024 02:34 PM | Show all posts
Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf, mengaku buang beras

https://www.freemalaysiatoday.co ... engaku-buang-beras/

FMT Reporters
19 Apr 2024, 12:14 PM



Gambar tular beras yang dibuang di kawasan pembuangan sampah. (Gambar Facebook)

Ismail Mohamed Said berkata beras, sardin dan tepung yang rosak itu dibeli untuk diberikan kepada orang ramai ketika menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri dalam negeri Ismail Mohamed Said meminta maaf dan mengakui kesilapan melupuskan puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh.

Mengulas penularan isu itu di media sosial, Ismail mengakui bertanggungjawab atas perkara berkenaan dan menjelaskan semuanya adalah stok simpanan untuk diberikan kepada orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Ketua Umno Kuala Krau yang kalah pada PRU15 turut menjelaskan barangan dapur terbabit yang kini sudah rosak dibeli sebelum pilihan raya menggunakan peruntukan peribadi dan tiada sebarang pemberian kepada orang awam ketika kempen.

Katanya, tiada dana kerajaan pusat dan negeri digunakan selain ia tidak termasuk dalam peruntukan menyediakan keperluan ketika Covid-19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir.

Ismail menjelaskan, pada 5 April lalu beliau menerima aduan daripada jiran menyatakan ada bau busuk di tempat stor simpanan barangan dapur tersebut dan pemeriksaan mendapati ada beberapa bangkai tikus manakala beras dicemari bubuk/kutu.

“Barangan lain juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebahagian beras itu diserahkan kepada penternak ayam dan itik di sekitar manakala bakinya dilupuskan.

“Saya mengambil tanggungjawab, menyesali perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, dalam hantaran di X memaklumkan kenyataan media rasmi akan dikeluarkan berhubung penularan kes berkenaan.

“Saya telah arah siasatan segera oleh Kawalselia Padi dan Beras Temerloh berkaitan insiden timbunan beras dibuang di kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat geng pn yg buat..xpe up balik isu air kelantan x pun pasal sanusi nak kawin lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:13 PM | Show all posts
EJALTI replied at 19-4-2024 02:34 PM
Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf, mengaku buang beras

https://www.freemalaysiatoday.co ... ...

celakanya alasan
disebabkan ko klh pru so ko buat diam je dgn brg yg konon beli dgn duit peribadi
instead of sumbang kt penduduk kawasan ko

ni ibarat dendam
dah korang x vote aku, pehal aku nk tolong korang
kan kan kan kan??????????




Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 19-4-2024 02:34 PM
Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf, mengaku buang beras

https://www.freemalaysiatoday.co ... ...

So, kenapa x clearkan dr awal. Kalau setiap minggu dia sedekah kat org, sikit2 habis dah stok tu. Ni sampai dah kena attack dgn tikus. Lama betul simpan stok. Ni baru manusia tanya kat dunia. Akhirat nanti nak jawap apa kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2024 03:20 PM | Show all posts
kalau hati tu bersih makanan tak sempat rosak dah habis diagihkan kat orang, ni sebab hati busuk itu yang membazir macam ni. Setan gelak besar sebab dapat saudara baru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2024 03:28 PM | Show all posts
Isu buang beras, sardin: Bukan semua barang dibuang rosak

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arang-dibuang-rosak

RoselanAb Malek
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: April 19, 2024 @ 2:45pm


Berapa penduduk menemui beberapa bungkus bihun yang tarikh tamat tempohnya pada 31 Mei 2025 dan masih boleh digunakan. FOTO ROSELAN AB MALEK

Temerloh: Penduduk mendakwa bukan semua barang yang dibuang di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur - Gunung Senyum dekat sini sudah luput tarikh dan rosak.

Berapa penduduk menemui bungkusan bihun yang tarikh luput pada 31 Mei 2025 dan masih boleh digunakan. Namun beberapa barang didapati sudah rosak.

Abdul Basit Mohd Sharif, 46, penduduk Kampung Gunung Senyum ketika ditemui berkata amat rugi barangan yang masih elok dibuang begitu sahaja.

Katanya, dia berasa sedih dalam keadaan ekonomi sekarang, harga beras lebih RM40 ia terbuang begitu sahaja.

Tinjauan di lokasi terbabit mendapati lambakan barangan itu sudah ditimbus selepas selepas tular di media sosial.

"Ikutkan kejadian sebegini pernah berlaku dan seingat saya ini kali ketiga yang mana kejadian pertama berlaku dua tahun lalu," kata pegawai keselamatan itu

Menurutnya, barangan itu dibuang mungkin kerana sudah rosak, cuma menjadi persoalan kenapa ia rosak dan tidak diedarkan kepada yang memerlukan.

Bagi Roslan Awang Mohamad, 57, dia turut mengakui kejadian seumpama itu pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Dia yang juga imam Masjid Kampung Rumpun Makmur berkata pihaknya akan membuat laporan polis minta siasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

Manakala Nasarudin Ramli, 54, menyifatkan perkara terbabit tidak sewajarnya berlaku dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

"Selepas tular dalam kumpulan WhatsApp kampung, ramai yang ke sana dan ambil beras itu. Memang ada yang masih elok dan ada yang sudah rosak," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm buat keje pun x clean. Buang obvious dgn plastik gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:40 PM | Show all posts
kalo tgk ni mgkn sebab expired, atau rosak, yg simpan mgkn pembekal atau badan2 kebajikan yg smpan stock terlalu byk

kt india bbrapa tahun lepas ada cartel sengaja bakar beras supaya stock kurang utk menaikkan harga pasaran, lg kejam, bakar bergudang2..

tp lenkali uruskan la stok bekalan makanan tu betul2.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:46 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 19-4-2024 03:13 PM
celakanya alasan
disebabkan ko klh pru so ko buat diam je dgn brg yg konon beli dgn duit peribadi
...

betul ni...kalah pun pe salahnya kalau distribute je kat sapa2 yg memerlukan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:52 PM | Show all posts
ye ke beli dgn duit ngkau?
akak tak heran perangai ahli politik nih, saikopat hati busuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
That is why umngok mmg poreber celaka laknat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:54 PM | Show all posts
Dia beli sebelum pilihanraya untuk diagihkan kepada orang ramai.
Tetapi dia tak jadi agihkan kepada orang ramai.

Kat sini pun dah boleh bau tujuan MO dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 03:55 PM | Show all posts
Nasib la, satu negara dok cerca kau sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahla jahat, bodoh pulak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Abeh bodowlah... Buat dedak ayam kalau beras tu berkutu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 19-4-2024 11:54 AM
obviously dpt viral



Stakat viral jahh.. glamer dlm kelambu je la
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 19-4-2024 02:26 PM
Dapat pahala

Sapa yg tuduh PN buat tu bleh la merangkak2 kat padang mahsyar nanti mohon mahap..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sekali Allah swt tunjukkan pd dunia sifat ahli politik ni.. membazir ni amalan syaitan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054888 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list