CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11527|Reply: 37

[Tempatan] Dera bayi kandung enam bulan hingga maut, bapa didakwa membunuh. #2, Bapa sumbat mulut bayi dengan kain tiba di mahkamah untuk didakwa

[Copy link]
Post time 19-4-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-4-2024 03:13 AM

Dera bayi kandung enam bulan hingga maut, bapa didakwa membunuh

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... a-didakwa-membunuh/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
19 April 2024, 10:42 am


Mohamad Aizat (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini. Foto oleh Amir Khalid/ Kosmo!

KAJANG – Seorang bapa yang dipercayai mendera anak kandung lelakinya berusia enam bulan hingga maut, didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohamad Aizat Samin, 25, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd. Nawawi.

Pengakuan tidak direkodkan kerana kes bunuh itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

“Faham, (pertuduhan)” katanya ringkas.

Mengikut pertuduhan Mohamad Aizat didakwa telah membunuh anak kandungnya Muhammad Aysar Wildan yang berusia enam bulan di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini antara pukul 8 malam pada 14 April hingga 7 pagi pada 15 April lalu (2024).

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd. Sulaiman manakala tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu diwakili peguam Arif Azmi.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 Mei ini bagi sebutan semula kes selain mengetahui perkembangan laporan kimia, bedah siasat, toksikologi dan forensik.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa kandung bayi berkenaan kira-kira pukul 8.52 pagi.

Mohamad Nasir berkata, bagaimanapun hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada kecederaan dikesan pada badan mangsa sebelum dihantar ke Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa. Ia apabila bayi malang itu mengalami keretakan di kepala akibat dihentak pada sofa.

Selain kecederaan itu, mulut mangsa juga disumbat dengan kain, badan ditelangkup sebelum dibiarkan dalam bilik tanpa dipasang kipas.

Menurut isteri suspek berusia 20 tahun, suspek seperti berada di bawah pengaruh dadah sebelum dia meninggalkan kediaman untuk keluar makan malam bersama keluarganya sekitar pukul 8 malam.

Suspek dikatakan ‘naik berang’ berpunca bunyi bising dan tidak tahan mendengar tangisan bayi lelaki berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2024 11:12 AM | Show all posts
Bapa sumbat mulut bayi dengan kain tiba di mahkamah untuk didakwa

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... amah-untuk-didakwa/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN dan SITI A'ISYAH SUKAIMI
19 April 2024, 9:29 am


Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi sebentar tadi.

BANGI – Bapa kandung yang tergamak mendera anak berusia enam bulan hingga maut di sebuah rumah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Ahad lalu tiba di Mahkamah Bandar Baru Bangi untuk pendakwaan pagi ini.

Lelaki berusia 25 tahun itu tiba pukul 9.16 pagi serta dilihat memakai baju-T warna hitam dengan tangan bergari serta diiringi pihak polis.

Sebelum ini media melaporkan, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan bayi lelaki berusia enam bulan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di sebuah pangsapuri sekitar Bandar Tasik Kesuma, Beranang pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman dipetik dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada kecederaan dikesan pada badan mangsa sebelum dihantar ke Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa.

Sumber sebelum ini memberitahu, bayi malang itu mengalami keretakan di kepala akibat dihentak pada sofa.

Selain kecederaan itu, mulut mangsa juga disumbat dengan kain, badan ditelangkup sebelum dibiarkan dalam bilik tanpa dipasang kipas. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sanggup kau kan lahanat buat anak kau mcm.tu
bak kau mati je la
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:20 PM | Show all posts
tengok rambut pun mmg jenis tak nak jadi bapak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:32 PM | Show all posts
toynme replied at 19-4-2024 12:20 PM
tengok rambut pun mmg jenis tak nak jadi bapak

baru nak cakap benda sama
lepas nie mmg kena ngk2 juga
penampilan org2 tertentu
btw takkan bini tau tau
yg laki dia mcm gitu

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la dik, dari adik beso nnti kena bela jantan ni pulok. mak nya mana kerja ke gamaknya, sempat pulak jantan ni bdua je dgn baby tu, sumbat mulut budak tu dgn kain, pastu tlangkup kn bdn dia, pastu dan lagi hentak kepala kt sofa.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la katik, leher hitam berdaki, rambut kempis berminyak, miskin, ada hati buat anak, pehtu sebab bodoh malas nak jaga bebaik, pi dera pi bunuh kasik mati. Dasar jantan katik coward tengok la dia dalam gambar dengan polis2 tu, nampak sangat inferior.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Camni la rambut budak2 klas blakang yang aku nyampah. Eiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 19-4-2024 12:42 PM
elok la dik, dari adik beso nnti kena bela jantan ni pulok. mak nya mana kerja ke gamaknya, sempat p ...

Dal artikel tu kata maknya keluar makan dengan family dan masa nak keluar tu dia nampak laki dia macam tengah bawah pengaruh dadah. Kalau betul la pemahaman saya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 19-4-2024 01:06 PM
Dal artikel tu kata maknya keluar makan dengan family dan masa nak keluar tu dia nampak laki dia m ...

pelik mak pun anak umur 6bulan tgl semata nak keluar makan dah la syak si lakinya ala2 khayal makan dadah.
mak pun umur 20, ayah plak serupa nak urus diri pun kelaut gigih menikoh branak pinak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedua laki bini ni xlayak pun ada ank
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 02:16 PM | Show all posts
rambut pesen rempit2 jalanan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 19-4-2024 01:06 PM
Dal artikel tu kata maknya keluar makan dengan family dan masa nak keluar tu dia nampak laki dia m ...

tu lah gamaknya kan, sbb jantan ni jugak yg report pagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:54 PM | Show all posts
mak dia pun tak nk anak dia tu....kalu dia nak baik budak tu ngan dia...
nape tinggalkan ngan bapak yg mungkin bukan kali pertama buat perangai...
malas nak layan..... tengok rambut pun tahu mcm mane perangai....
mak ayah pemikiran kelas belakang ...baik budak tu meninggal kalu hidup ape la jd pd dia kemudian hari...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:56 PM | Show all posts
jantan lahanat camni seeloknya dipotong anu tu supaya takdak keturunan / zuriat sampai bila2
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:14 PM | Show all posts
I dengar kat berita tv3 haritu rasa membara sangat..
mak pun bodoh g tinggal anak ngan bapak takguna ..
dah tahu anak tu selalu kena dera ko gi tinggal sebab nak gi beraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bapak siyal
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:12 AM | Show all posts
bakawali_04 replied at 19-4-2024 12:32 PM
baru nak cakap benda sama
lepas nie mmg kena ngk2 juga
penampilan org2 tertentu

konsep skrg asal berlaki...tak de laki kang tak lakubnyk dah kes mcm ni...kecewa dgn amanah yg Allah bagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:22 AM | Show all posts
Kesiannya baby tu
Orang lain ada yg susah nak dapat anak, yg ni ada anak didera
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:45 AM | Show all posts
Yang I faham masa tengok news hari tu maknya keluar beraya dengan anak lagi sorang. Tinggalkan baby ni dengan laki tak guna sheols ni. And maknya jugak bagitau polis yang baby ni memang selalu kena dera dengan laki sheols.

Dah laki setan kau ni ada history mendera baby ni kenapa ditinggalkan jugak semata-mata nak gi beraya? Memang dua-dua ekor parents ni tak layak jadi mak pak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.074908 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list