CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5852|Reply: 0

Piala FA: Man. City hadapi getir hebat

[Copy link]
Post time 20-4-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode

CITY masih terkesan dengan penyingkiran daripada saingan UCL selain tahap kecergasan tiga tonggak menyebabkan persiapan menentang Chelsea terganggu. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya pasukannya akan bersedia untuk berdepan cabaran seterusnya bagi menamatkan kempen musim ini dengan meraih kejuaraan.

Kelmarin, City gagal untuk mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi suku akhir menentang Real Madrid sekali gus menyaksikan mereka hanya mempunyai dua peluang sahaja iaitu Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Selepas berdepan perlawanan yang sengit dan diheret ke masa tambahan, Guardiola percaya para pemainnya memerlukan rehat dan proses pemulihan yang sempurna sebelum turun berdepan Chelsea di Wembley untuk aksi separuh akhir Piala FA awal pagi esok.

“Sekarang kami perlukan rehat. Kami perlu kembali bersatu untuk berdepan Chelsea, kami akan ke London untuk menghadapi perlawanan itu dan saya harap ‘mood’ para pemain akan kembali dalam keadaan baik.

“Proses pemulihan biasanya lebih mudah apabila anda memenangi perlawanan. Ini adalah perlawanan separuh akhir Piala FA, jadi kami akan memberikan aksi sebaik mungkin,” katanya.

Berdasarkan persembahan menentang Real, wujudnya kebimbangan mengenai tahap kecergasan beberapa pemain tonggak City termasuk penggempur sensasinya, Erling Haaland yang terpaksa dikeluarkan.

Selain itu, Kevin De Bruyne dan pemain pertahanan, Manuel Akanji juga gagal menghabiskan aksi mereka pada perlawanan tersebut disebabkan faktor kepenatan dan tahap kecergasan mereka yang menurun.

Guardiola mengakui bahawa ketiga-tiga pemain tersebut meminta untuk dikeluarkan menyebabkan timbulnya kebimbangan sama ada mereka mampu untuk diturunkan pada perlawanan menentang Chelsea nanti.

Situasi tersebut menyaksikan Guardiola perlu membuat percaturan terbaik dalam kesebelasan utama untuk berdepan Chelsea yang masih belum tewas dalam 12 perlawanan terakhir, malah The Blues juga masih segar dengan kemenangan besar menewaskan Everton 6-0.

Kegagalan untuk mempertahankan gelaran Piala FA bakal menjadi tamparan hebat buat City ketika mereka juga bergelut untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris ekoran cabaran sengit diberikan oleh Arsenal dan Liverpool ketika ini biarpun memiliki kelebihan dua mata. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... hadapi-getir-hebat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.161405 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list