CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unekspekted_XII

Untold History : Ketuanan Rakyat Bapakk Lu!!!!!

  [Copy link]
Post time 30-5-2011 04:57 PM | Show all posts
ermm tingat dulu mase almarhum sultan iskandar dtg muo.. mase tu johor dok tuko cuti dr jumaat ke ah ...
muor76 Post at 30-5-2011 10:24 AM



aku tak berpihak pada mana mana parti politik, tapi dalam pemerhatian aku, banyak kali jugak yg pihak parti tu menderhaka pada sultan. yg kat terengganu tu lagi la,. terang terang menghina dan menderhaka siap membinatangkan sultan lagik. kat perlis pun sama juga suatu masa dulu. perak juga begitu. tak kurang juga dengan parti yg konon konon pembawa islam ( kononnya ) sama naik  keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 04:58 PM | Show all posts
cantik2 istananya... susunatur dalam istana pun menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 05:14 PM | Show all posts
bile politician tak respek sultan... rakyat ape lagi... follow jerkk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 05:31 PM | Show all posts
maksud aku, melayu2 dah lama hidup dgn cina, tp masih taknak bergaul, taknak memahami org cina
-perubahan kuasa yg dimaksudkan di msia ni bukannya mcm indon bodo buat tu, institusi raja bukan berkuasa sangat kat msia, sapa yg nak rtuntuhkan? kita nak tukar kerajaan sekarang melalui pilihanraya, takkan tu pun pala bapak lu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 07:06 PM | Show all posts
kena dua2 mengalah lah baru adil... ini tak asyik Melayu jer... nak kena mengalah.... sejak dari zaman Ngah Ibrahim sampai sekarang asyik ambil kesempatan jer....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 07:08 PM | Show all posts
Aku rasa patut ade satu - dua Sultan yg tegas, garang dn hati kering mcm Arwah Sultan Iskandar dulu. ...
edmundo Post at 30-5-2011 15:24



maknanya sikap Brassball pun perlu jugak yer ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2011 07:29 PM | Show all posts
Itu nasib kesultanan Sumatra ... memang ditakdirkan lenyap. Dendam kesumat rakyat membutatuli ke atas kebejatan kolonialis Belanda dilampiaskan keatas keluarga diraja yang dianggap boneka Belanda.

Kuasa rakyat yang didalangi pengaruh kuasa pekerja aka buruh fahaman Marxist versi Jawa.

Di Malaysia, alhamdulillah OK lagi. Ada gerakan ala republik yang digerakkan org Melayu sendiri. Tapi Raja2 Melayu masih relevan, kerana mereka ini insuran pada rakyat jelata. Insuran kelangsungan survival agama Islam & kepentingan Melayu Muslim. Itu sahaja.

Melayu pra pembentukan Malaysia terlalu toleran. Melayu Sarawak bertuankan Rajah Puteh Brooke. Pribumi Sabah pula berputih mata dicagarkan Sultan Sulu pada syarikat British. Mati Sultan Mahmud mangkat dijulang, golongan bangsawan Melayu menerima ketuanan pendatang Sulawesi aka Bugis hinggakan 3 kesultanan Melayu (Johor / Selangor Pahang) darahnya darah pendatang bangsa perwira Bugis yang pengaruhnya melakar kesultanan Terengganu. Pendatang Minangkabau di Negeri nan 9 terpaksa menjemput anak raja Pagar Ruyung demi daulat Minang. Perlis pula ada Raja kerana sebagai buffer ke atas Siam.

Hanya 3 kesultanan iaitu Kedah, Kelantan & Perak meneruskan darah asli Raja2 Melayu. Kedah dengan Kesultanan antara paling tua di Asia, lebih 1000 tahun jalur kesinambungannya, serta kesultanan Kelantan sejak dalam warkah Imperial China serta Perak meneruskan legasi keturunan berdaulat Raja2 Melaka.

Apa pun, para Sultan Melayu tahu, Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah. Orang Melayu pernah bangkit derhaka pada Raja2 yang zalim. Orang Melayu jua pernah bangkit mempertahankan kedaulatan Raja2 Melayu. Orang Melayu juga pernah berperang saudara demi memperjuangkan kepentingan anak2 Raja Melayu bertelagah.

Nasib Raja2 Melayu dalam sejarah terkait dengan orang Melayu. Raja2 Melayu perlu berubah seiring perubahan sosio budaya Melayu. Raja2 Melayu bukan pemerintah mutlak, sebab kuasa memerintah di tangan rakyat berasas sistem demokrasi berparlimen.

Tapi orang Melayu sayangkan institusi diraja mereka. Sehinggakan ada Melayu derhaka pada Raja zalim, dibunuh mahu dibuang raja itu, akan orang Melayu carikan Raja yang baru. Sebab Raja / Sultan adalah Ulil Amri umat Melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 07:48 PM | Show all posts
Aku sanggup pertahankan institusi Raja-Raja Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir !!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 07:52 PM | Show all posts
Patutnya kembalikan kuasa pada sultan, biar jadi mcm brunei, x payah nk berpecah belah pasal politik..... Ikut lagi sistem british, sultan pun puak2 ni dah x pandang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 07:59 PM | Show all posts
Patutnya kembalikan kuasa pada sultan, biar jadi mcm brunei, x payah nk berpecah belah pasal politik..... Ikut lagi sistem british, sultan pun puak2 ni dah x pandang..


Jangan jadi macam Brunei, dulu Rajanya menguasai sebahagian besar Sarawak & Sabah, Sabah dihadiahkan pada Sultan Sulu yang akhirnya menggadaikan pada syarikat British, Sarawak pula diserah pada Rajah Puteh Brooke.

The most stupidest decision in Malay history. Dan Brunei terus dijajah sehingga mendapat kemerdekaan penuh dari Britain hanya pada 1 Januari 1984.

Maka Raja Brunei kini terpaksa membayar harga yang mahal atas kesilapan moyang2nya terdahulu, dengan wilayah yang seciput, tapi, nasib baik baginda amat adil & saksama. Tapi ada juga kerabat yang masih tak sedar diri (seperti adindanya Jefri Bolkiah).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 08:04 PM | Show all posts
Aku sanggup pertahankan institusi Raja-Raja Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir !!!!


Dalam konteks Malaysia, demi kesetiaan pada DYMM Seri Paduka Baginda Yg Dipertuan Agong & demi Agama, Bangsa & Negara, maka nyawaku jadi taruhan.

Tapi tidak untuk Raja2 yang pentingkan tembolok & kepentingan sendiri. Raja berjiwa Rakyat, Raja junjungan rakyat. Raja berjiwa bejat, akan dibuang rakyat.

Tapi, kalau khilafah yang naik, maka demi Khalifah ku junjung kesetiaan, lebih dari Raja yang Ulil Amri bangsa Melayu, berbanding Khalifah Amiri Mukminin Ulil Amri ummah Muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:02 PM | Show all posts
Reply 71# robotech


    Contoh raja yg pentingkan tembolok dan kepentingan sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 08:40 AM | Show all posts
harap TT dapat mengulas pula siapa yang buat/ubah/pinda Perlembagaan Persekutuan (PP) menjadi begini :-

Bab 3 Pemerintah

Fasal 39. Kuasa Pemerintah Persekutuan

Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang diPertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.

Fasal 40. Yang diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am oleh Perlembahaan ini; tetapi Yang diPertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang diPertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang diPertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

1A di atas merupakan pindaan/kemasukan baru dalam PP.
Kesimpulannya di sini mengikut pandangan peribadi saya :- Yang diPertuan Agong tiada kuasa untuk menjalankan pemerintahannya dan perlu menurut kata dalam menjalankan tugasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 10:58 AM | Show all posts
ko tengok derhake ke tak pade sultan... almarhum sultan iskandar soh buat jembatan bengkok.. takde dibuat nyer.. diberi alasan memacam..... pastu siap bayor ganti rugi pade kontraktor atas sebab projek tak dpt dilaksane kan... abeskan wang pembayar cukai jerk...
tak ker derhake pade sultan namenye tu? mengengkari arahan sultan untuk melakukan projek yg bagus....
kolo politician dah engkar arahan sultan.. ape tah lagi rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:03 AM | Show all posts
ko tengok derhake ke tak pade sultan... almarhum sultan iskandar soh buat jembatan bengkok.. takde d ...
muor76 Post at 31-5-2011 10:58 AM


aku tak paham la, jambatan gengkok tu kenape kene bengkok ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:07 AM | Show all posts
aku tak paham la, jambatan gengkok tu kenape kene bengkok ?
winamp05 Post at 31-5-2011 11:03


sebab ade tambak...
tambak tu menyebabkan aliran air di selat tebrau tak lancor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 11:08 AM | Show all posts
sebab ade tambak...
tambak tu menyebabkan aliran air di selat tebrau tak lancor...
muor76 Post at 31-5-2011 11:07 AM


ooo gitu ceritanya...... patut la kene buat bengkok.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:10 AM | Show all posts
Reply  muor76

British tamat memerintah Tanah Melayu bila kita merdeka pada 1957, dan kalau betul ...
TokMudim Post at 27-5-2011 17:58



selagi ca ya nun alip memerintah pulau pinang..tak kira la parti pembangkang ke, pemerintah ke..
ianya takkan dipulangkan kepada kedah..
diorang nak jadikkan pulau pinang sebagai singapore kedua..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:14 AM | Show all posts
selagi ca ya nun alip memerintah pulau pinang..tak kira la parti pembangkang ke, pemerintah ke ...
billionman78 Post at 31-5-2011 11:10 AM



setuju dengan ko. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:31 AM | Show all posts
Reply 74# muor76


    Kuasa dia lagi hebat dari sultan kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.675332 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list