SEBELUM ini rasanya ramai teman wartawan yang pernah bercerita mengenai penyampai di stesen radio swasta ini. Bukan kerana dia hebat sebagai penyampai atau cantik orangnya tapi namanya sering jadi sebutan kerana sikapnya yang berangan dan tidak profesional. Terbaru, gemar menulis status laman sosialnya yang mengarut hingga menampakkan dirinya
yang pendek akal. Kalau SS sebut namanya, memang ramai tidak kenal pun kerana memang dia tidak popular walaupun stesen radio naungannya itu makin ramai pendengar dan kini sudah pun meningkat hingga tersenarai top 10.
Tapi mungkin kerana namanya kurang dikenali, penyampai wanita yang
sudah pun berkahwin ini merasakan dirinya bebas untuk menunjukkan kebodohan dirinya dalam menulis status. Saja untuk menarik perhatian barang kali.
Mana tidaknya, sejak seminggu lalu, macam-macam status dituliskan.
Ada saja rasa tidak puas hatinya diluahkan. Paling teruk, si penyampai ini langsung tidak profesional dengan mengutuk stesen radio lain atau program televisyen dari stesen yang bukan majikannya secara terang-terangan.
Sebagai seorang dewasa dan kerja di lapangan seni seperti ini, penyampai ini sepatutnya bijak membezakan mana yang boleh dan mana yang sensitif. Bukan main bantai saja tulisannya.
Namun SS tidak hairan kerana ramai yang bercerita, ketika masih menuntut
di sebuah institusi pengajian tinggi lagi, si penyampai tidak cantik mana ini memang kaki meniru dan curi kerja orang lain.
Malah, dia pernah mengulang kertas peperiksaan kerana kegiatannya meniru
ketika peperiksaan dan pernah ditangkap. Kiranya, ijazah yang ada padanya itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Rasanya pernah sekali seorang teman SS mengadu kepada majikannya mengenai sikapnya yang gemar menulis dan mengutuk mana-mana pihak lain di laman sosial, namun nampaknya tidak ada sebarang tindakan yang dikenakan. Malah, makin hari, makin terukpula SS tengok status laman sosialnya.
korang.... bila aku bc pe yang ss ni tulis aku rasa kelakar sgt......... aku rasa sejak dua menjak ni reputz yang xde ilmu.. plagiat kat blog, ceduk dari cari.com.my ni... kelakar la wartawan ni bila bercakap... xhengat kat diri sendiri.... kdg2 bila interview artis xde wat research dulu.. balik2 soalan sama je.. bila artis xlayan siap la sentap tulis dlm paper marah2... sungguh kelakar wartawan hiburan kat malaysia ni..... watever la si artis tu nk wat ape.... i dun care gak kdg2 tp car reputz ni wat citer saje je nak kasi bahang kat citer tu......
*aku xsuke wartawan fonen, cepat sentap n xwat research
|