CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mysweetisha

Lisdawati diarah tarik balik saman..

  [Copy link]
Post time 28-6-2011 04:17 PM | Show all posts
seingat aku yg lisda menang kes utang sbb xde bukti....
yg ni sbb dia saman malu agaknya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2011 04:42 PM | Show all posts
seingat aku yg lisda menang kes utang sbb xde bukti....
yg ni sbb dia saman malu agaknya....
liyanur Post at 28-6-2011 16:17



    Kalo dia bayo je utang 20K tu abis ceta, takdalah terperangkap dengan
    legal fee beratuas ribu. Lepas ni, musti dia nak merayu pulak. Setiap
    kali kes tutup, rayu balik, legel fee makin bertambah............
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 04:45 PM | Show all posts
Reply 62# NAT_11

ni rasanya sbb ego.....kdg2 aku tgk dia mcm nk tunjuk dia tu bagus....
dlm segala hal lah....plg x blh blah pasal nak pertahan hubby dia tu....

my 2 kupang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 06:56 PM | Show all posts
lisda ni yg gile aku rase,ngn sume org na bgado
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 07:22 PM | Show all posts
complicatednya......
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 12:38 AM | Show all posts
bodo... wat keje sia2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2011 08:21 PM | Show all posts
ingatkan dh settle dapat duit dh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 08:27 PM | Show all posts
bukan ke kata lisdawati ni menang saman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 10:02 PM | Show all posts
yg ni kes lain kot
yg dia menang saman aritu kes lain rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:11 AM | Show all posts
Reply 52# mixed

update credit mstaronline

Selasa Julai 5, 2011

Nadia Mustafar Bersih Nama Selepas Kes Saman Fitnah Lisdawati

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ




Nadia tampil memberikan penjelasan untuk membersihkan namanya selepas sekian lama mendiamkan diri tentang kes saman fitnah oleh Lisdawati. - Foto LOW LAY PHON



KUALA LUMPUR: Sekian lama mendiamkan diri, pelakon Nadia Mustafar, 35, tampil memberikan penjelasan untuk membersihkan namanya atas segala tuduhan berhubung kes saman fitnah dengan pelakon Lisdawati sebelum ini.
Dia akui lega apabila kes tersebut telah selesai pada 27 Jun lalu setelah Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zarida Sazali meminta Lisdawati menarik semula saman itu ekoran beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu.

"Sebelum ini saya rasa lebih baik berdiam diri tetapi setelah kes ini selesai, peguam Siti Noor Julaini Mohd Shahar nasihatkan saya untuk membersihkan nama jika saya rasa berada di pihak yang benar.

"Saya akui sebelum ini saya kurang ilmu undang-undang tetapi selepas melalui kes ini, banyak perkara yang saya pelajari dan lega kerana semuanya telah berakhir," katanya dalam satu sidang media di Redbox, Pavilion, di sini, Isnin.

Nadia bahagia bersama-sama keluarganya.



Jelas Nadia yang turut menafikan muflis seperti yang didakwa, biarpun telah memenangi kes tersebut tidak bermakna dia mahu mendabik dada sebaliknya berharap tiada lagi kes melibatkan mahkamah.

Malah pelakon filem Senario Asam Garam dan Jangan Tegur ini juga sanggup menerima maaf daripada Lisdawati sekiranya wanita itu menghulurkan salam perdamaian.

Saya tiada masalah jika dia mahu berdamai semula dan tentang hutang dia dengan saya boleh dibawa berbincang kerana saya tidak terlalu menagih hutang itu.

Tetapi jika dia ingin memfail semula kes ini ke Mahkamah Tinggi, saya hanya mampu membela diri,?ujar ibu kepada tiga orang anak ini.

Kehadirannya di situ turut ditemani oleh anak-anaknya iaitu Mia Qaisara, 3, Qaliff Izham, 2, Qaiem Quzey Izham, 5 bulan, dan suaminya Hazil Izham Ismail, 37.

Sepanjang berhadapan dengan kes tersebut, Nadia akui tidak tertekan dan hanya menjalankan kerjanya seperti biasa.
saya masih menerima tawaran berlakon dan menjalankan perniagaan kedai makan di Central Market pada awal tahun ini.

Baru-baru ini, saya baru sahaja menyelesaikan penggambaran drama Suria Di Cordoba yang turut dilakonkan oleh Lisdawati tetapi kami tidak bertemu dalam babak yang sama,?katanya.

Tambahnya: Bagaimanapun, kami berjumpa dalam satu majlis selepas selesai penggambaran drama tersebut pada dua minggu lalu dan bersalam-salaman sebagai tanda hormat antara satu sama lain.?

Dalam akhbar sebelum ini melaporkan Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, mendakwa, Nadia dengan niat jahat telah memberikan wawancara yang mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Wawancara tersebut didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Nisdawati mendakwa, majalah berkenaan telah menyiarkan wawancara itu dalam keluaran mereka bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005.

Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud bahawa dia telah meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Bagaimanapun, Nadia dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 18 Mei lalu menyatakan bahawa artikel tersebut tidak mempunyai unsur ftnah, sebaliknya meminta agar orang yang berhutang untuk menjelaskan hutangnya.

Nadia juga menyatakan bahawa dia tidak pernah sekali-kali menyebut nama Lisdawati dan menyifatkan tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah, mengaibkan, remeh dan menyalahgunakan kuasa mahkamah.

Sehubungan itu, Nadia memohon agar mahkamah menolak saman tersebut dengan kos.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:27 PM | Show all posts
Reply 70# mixed


    Isnin Julai 11, 2011

Lisdawati Belum Sedia Tegur, Maafkan Nadia Mustafar

Lisdawati


PETALING JAYA: Pelakon Lisdawati menjelaskan masih belum bersedia untuk bertegur sapa dan menghulurkan salam pendamaian dengan pelakon Nadia Mustafar biarpun mereka sering berjumpa.

Jelas Lisda, dia lebih selesa dengan bersikap profesional iaitu berurusan atas dasar kerja sahaja sekiranya terserempak atau bertemu pelakon itu di sesebuah majlis.

"Kenapa saya perlu meminta maaf dan hulurkan salam pendamaian, dia yang sepatutnya melakukan perkara itu.

"Bagaimanapun saya dan dia tiada sebarang masalah dan lebih elok rasanya kami hanya bersikap profesional iaitu bertemu atas dasar kerja apabila bertemu.

"Suami saya dan suami dia berkawan, kami juga sering bertemu di majlis tertentu cuma tidak bertegur sapa sahaja kerana bagi saya untuk kembali mesra dan melupakan perkara lalu itu adalah hak peribadi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Lisdawati diminta mengulas kenyataan Nadia Mustafar dalam laporan akhbar mingguan, Ahad, yang menunggu salam pendamaian dan kemaafan daripada pelakon tersebut.

Selain itu, lebih melegakan Nadia apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu telah meminta Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin menarik balik saman fitnah yang difailkan berikutan tuntutan itu melebihi bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Bagaimanapun menurut Lisda, berhubung kes mahkamah yang dimenanginya pada 15 Disember tahun lalu itu, dia masih belum menerima sebarang surat mahkamah berhubung penarikan saman berkenaan.

"Tentang saman, saya sudah berbincang dengan peguam saya dan dokumen tentang kemenangan saya sudah berada di tangan.

"Tentang penarikan balik saman itu saya tidak pasti kerana belum ada sebarang surat menyurat dan dokumen tentang perkara itu diterima," katanya yang enggan mengulas berhubung kes berkenaan.

adoi mana satu betul ne
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:38 PM | Show all posts
ni kes yg nadia kata lisda pinjam duit tak bayar eh..?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:44 PM | Show all posts
aku kurang gemar skit ngan lisda ni..sebelum ni pun dia ada banyak kes gado2 nih..dulu2 dia gado ngan sapa yg kat swimming pool??nadia cool je..mcmana pun duit tetap masyuk nak nak nak ramadhan nih..rasanya kalau btul nadia ni salah..dia boleh bayo le..tapi nisda tu..ada ke duit nak bayar balik??
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:54 PM | Show all posts
Hahaha....Nadia tak pakai loywer TERNAMA Kapal Sink pun tapi
boleh dikira menang dalam kes ni sebab kes sudah dianggap TAKDA KES!.
Tula, jangan anggap Kapal sink ni powerful boleh menang semua KES.
Dia terlalu sibuk nak bagi perhatian kepada kes si Lisda ni. Kalau pilih
peguam biasa, yuran guman tak ratusan ribu, peluang untuk menang ada
sebab loyer banyak masa beri perhatian kepada kes kita. Yang penting
KITA DIPIHAK YANG BENAR. Kalau kita dipihak yang bersalah, ALLAH tahu
juga dan akhirnya inilah kesudahannya.............Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:58 PM | Show all posts
aku suka si Nadia ni n aku yakin die di pihak yg benar...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:58 PM | Show all posts
Reply 74# NAT_11

lisda pakai kapal ya..dasat eh..myk duitnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 04:02 PM | Show all posts
aku suka si Nadia ni n aku yakin die di pihak yg benar...
patik Post at 11-7-2011 15:58

nadia lebih pro dlm menjawab soklan...lisda mcm tak matang meh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 04:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by NAT_11 at 11-7-2011 16:26
nadia lebih pro dlm menjawab soklan...lisda mcm tak matang meh..
magnus Post at 11-7-2011 16:02



    The way Nadia memberi jawapan nampak macam loyer dia buat kerja.
    Jawapan Lisda pulak macam dia langsung tak pernah berhubung
    dengan peguam dia sebab ada ke dia cakap 'MASIH TAKDA SURAT HITAM
    PUTIH'!!!......Adoiiii....mahkamah akan antar surat kepada peguamlah, ngok.
    Kalo peguam terima surat tu dan simpan dalam fail, tentulah takda hitam
    putih. Loyer si Nadia tentu ada terima surat mahkamah, tu yang dia bagi
    green light soh Nadia bersuara membersihkan diri...........
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 04:14 PM | Show all posts
Reply 78# NAT_11

tah tah kapal buat kapal kertas main kat tasik surat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 05:11 PM | Show all posts
cara lisdawaty cakap tak maafkan nadia walaupon selalu jumpa..nmpk sgt dia ni pendendam .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.072070 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list