|
http://www.hmetro.com.my/articles/SOSEHSOSEH_QueHaidarkembaliberlakon/Article
PENGUMUMAN! Pengumuman! SS ada berita baik buat peminat industrihiburan khususnya peminat fanatik, Que Haidar kerana aktor itu kembalimenggegarkan persada lakonan selepas hampir setahun bersara.
Projek yang bakal dijayakan Que adalah filem sekuel Rock 2 arahanMamat Khalid di mana Que juga terbabit dalam pembikinan pertamanya.
Bagimereka yang pernah menonton filem Rock sebelum ini, pastinya masihterbayang watak Amy, seorang anak muda yang bercita-cita untuk menjadipenyanyi rock terkenal. Bagaimanapun, ketika pertandingan kugirandiadakan dia diserang cirit-birit.
Penggambaran sekuel Rock 2 itu akan dijalankan tidak lama lagi danHarian Metro turut diundang Primeworks Studios ke lokasi penggambaranuntuk membuat liputan di balik tabir filem itu di Ipoh, Perak pada 6Julai ini.
Selain Que, turut menjayakan filem ini adalah KhirRahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Cuma SStertanya-tanya di manakah Hasnol Rahmat yang memegang watak utamasebagai Zack? Mungkin hal ini boleh ditanya kemudian kepada MamatKhalid.
Apa yang pasti, SS percaya lagi yakin, peminat setiaQue adalah orang yang paling gembira mendengar keputusannya itutermasuk penggiat seni perfileman kerana memang terasa benar kehilanganQue sewaktu dia mengumumkan persaraannya pada November 2010 lalu.Masakan tidak, sudahlah industri tidak punya pelakon berkaliber, Queyang diharap-harapkan menjadi 'legend' dalam arena lakonan pula bersarasebelum sampai waktunya. Apapun, tahniahlah pada Que dan selamatkembali mewarnai persada lakonan yang sememangnya merindui aksi-aksidan sentuhan raga insan bernama Que Haidar. |
|