CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2585|Reply: 13

Que Kembali Berlakon?

[Copy link]
Post time 8-7-2011 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cikieda at 8-7-2011 11:29

JUMAAT 8/7/2011 BERITA HARIAN

Que kembali berlakon atas pilihan sendiri

BUKAN senang untuk memujuk hati yang pernah terluka berkongsi kisah yang pernah terjadi hampir dua tahun lalu. Ketika itu, industri perfileman pernah dikejutkan dengan pengumuman penerima anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33 atau Que Haidar mengenai persaraannya daripada lakonan.

Pelbagai spekulasi mula timbul dari mulut banyak pihak menyatakan Que sebenarnya dikongkong isteri tercinta, Linda Jasmine, untuk tidak lagi meneruskan karier lakonan kerana perasaan cemburunya.
Semua persoalan itu terus bermain di kalangan pihak media, malah orang di dalam industri juga tertanya-tanya adakah keputusan pelakon berprofil tinggi ini menguntungkan industri.


Kesempatan bertemu Que di lokasi penggambaran filem Rock Ooo di Ipoh, Perak, kelmarin menjawab sedikit persoalan biarpun pada dasarnya kisah sebenar masih disimpan kemas pemuda ini.

Setiap pertanyaan dijawab dengan berhati-hati kerana dibimbangi mengguris mana-mana hati, sehingga tekad mengumumkan persaraannya di dalam dunia lakonan sejak hampir dua tahun lalu.

“Keputusan kembali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid ini adalah pilihan saya sendiri. Tidak ada mana-mana pihak lain yang mempengaruhi saya termasuklah Linda seperti yang disangkakan banyak pihak.


“Dulu saya pernah berkata, saya tidak membuat keputusan untuk berhenti terus dan akan berlakon sekiranya ia benar-benar membuka hati saya,” katanya. Pastinya bidang lakonan umpama nyawanya, namun keputusan Que meninggalkan dunia lakonan cukup berbaloi dirasai dalam jiwanya.


“Mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan sesuatu yang berat bagi saya. Memang ada faktor kenapa saya nekad meninggalkan dunia lakonan dulu. Apa yang pastinya kekecewaan itu tetap ada dan saya tidak mahu mengguris mana-mana hati individu yang pernah mengecewakan saya. Biarlah orang buat pada saya asalkan saya tidak membalasnya,” katanya lagi.


Sejak tidak lagi aktif dalam bidang seni, Que meneruskan kerjayanya dengan mengikuti kelas lakonan dan mengajar asas lakonan di sebuah institusi pengajian tinggi, di samping menguruskan studio Linda dan keluarga.

Menangis gagal jadi Amy

BERCERITA mengenai filem Rock Ooo, Que menjelaskan, hanya kerana skrip dan barisan pelakon yang hebat dirinya terpaksa menolak egonya untuk sama-sama turut serta menjayakan filem ketiga bersama Mamat Khalid.

Semuanya gara-gara pertemuan yang tidak dijangkakan bersama pengarah tersohor itu di sebuah kompleks membeli belah tiga bulan sebelum penggambaran filem ini.
“Saya terjumpa abang Mamat di Ampang ketika membeli belah bersama Linda. Dia menceritakan kepada saya mengenai skrip filem itu dan mengajak saya untuk turut serta, namun saya tidak memberi keputusan.

“Suatu malam, Khir Rahman mengajak saya melepak dan membawa saya ke suatu tempat. Rupa-rupanya mereka sengaja memerangkap saya kerana sebenarnya mereka sedang 'meeting' bersama pengarah, pelakon dan kru untuk filem ini. Saya tergamam dan tidak tahu untuk membuat apa-apa. Tangan saya sejuk dan berdebar-debar kerana sudah dua tahun saya tidak berlakon.


“Abang Mamat memberi saya sebahagian daripada skrip yang sudah dia siapkan. Saya bawa balik dan selepas membacanya, saya berkata kepada diri saya sendiri, 60 peratus saya menerima tawaran itu. Selepas mendapat sebahagian lagi skrip itu, saya cukup kagum kerana inilah antara skrip terbaik pernah saya dapat,” katanya yang cukup teruja dengan skrip dan kerana barisan pelakon yang menjayakan filem ini terdiri daripada sahabatnya sejak dia mengikuti pengajian di ASWARA lagi.


Selepas tidak berlakon hampir dua tahun, Que mengaku yang dirinya sudah tidak seperti dulu di mana tanpa latihan bakat seseorang itu akan hilang dengan sendirinya.

“Pada hari pertama berlakon saya cukup berdebar-debar dan takut, saya tidak tahu untuk membuat apa, lebih-lebih lagi saya terpaksa bergandingan dengan pelakon cukup hebat seperti Khir Rahman dan Soffi Jikan. Abang Mamat kata lakonan saya macam kayu.


“Saya mengaku pada hari kedua saya menangis kerana tidak dapat mencari karektor Amy Mat Piah dan akhirnya nasib baiklah abang Mamat dan sahabat pelakon lain banyak membantu saya,” katanya yang cukup seronok menjayakan filem ini kerana orang di sekelilingnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2011 11:29 AM | Show all posts

QUE KAKU DILOKASI

Post Last Edit by cikieda at 8-7-2011 11:31

METRO 8/7/2011




SELEPAS dua tahun menyepi, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar kini kembali ke pentas layar perak menerusi filem Rock Ooo... arahan Mamat Khalid.

Que yang pernah menang anugerah Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) pada 2006, memaklumkan hasrat untuk bersara daripada dunia lakonan beberapa tahun lalu. Selain mahu memberi tumpuan kepada keluarga, Que juga dapat memberi tumpuan pada tugas mengajar membabitkan lakonan.
Tindakannya itu menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan peminat dan karyawan seni yang cukup mengagumi bakat pemuda kelahiran Kulai, Johor itu.

Kali terakhir Que terbabit dalam penggambaran filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd.
Ketika bertemu Que yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Rock Ooo... di Ipoh, Perak, dia mengakui pernah memaklumkan perkara demikian. Kehadiran semula dalam dunia lakonan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya kemahuan dirinya sendiri selain selepas membaca skrip filem berkenaan.

“Memang saya tidak terfikir langsung untuk berlakon balik. Semuanya secara kebetulan ketika bertemu abang Mamat (Khalid) tiga bulan sebelum memulakan penggambaran filem ini. Ketika itu, saya sedang membeli-belah bersama Linda (Jasmine). Abang Mamat ada memaklumkan kepada saya dia akan memulakan penggambaran filem Rock 2 tidak lama lagi.


“Kemudian saya diberitahu Juliana Rejab pula mengenai projek filem ini. Kemudian abang Mamat menggunakan khidmat Khir Rahman yang juga rakan lama saya untuk menghadiri mesyuarat pertama. Ketika itu, Khir menghubungi saya untuk lepak-lepak di kedai kopi. Mesyuarat dan juga sesi membaca skrip ketika itu membuatkan saya gemuruh dan pucat.


“Dalam hati saya, hanya 60 peratus menyatakan mungkin saya akan melakonkan watak itu. Saya sendiri tidak tahu selebihnya. Selepas mendapat skrip kali kedua atau selebihnya saya dapati ia cukup menarik. Bahkan saya berpendapat ini antara skrip kuat dan terbaik daripada abang Mamat,” katanya.


Tambahnya, selain mengenali abang Mamat sejak sekian lama dalam industri, dia juga gembira kerana mempunyai pasukan yang kuat dan sudah lama mengenali antara satu sama lain seperti Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pengarah Fotografi, Raja Mukhriz yang bagus membuatkan dia terpanggil untuk menjayakan watak Amy Mat Piah dalam filem itu.

Bercerita pengalaman hari pertama kembali di lokasi, Que mengakui kaku untuk melaksanakan watak disusuli menangis di lokasi penggambaran pada hari kedua disebabkan berasa terlalu kecil di samping pelakon hebat yang ada.

“Mujur abang Mamat dan rakan-rakan pelakon banyak memberi dorongan serta galakan membuatkan saya tidak mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
.


“Saya dapat rasakan seolah-olah seperti pelakon baru menjalani penggambaran. Saya seronok dapat bekerja dengan pasukan ini. Saya terima watak ini disebabkan skrip bagus dan industri rock itu sendiri,” kata Que yang mengakui agak gemuruh apabila merasai kembali suasana bertemu media serta menghadiri sidang media seperti itu.


Mengenai watak Amy Mat Piah pula, Que berasa seronok sepanjang menjalani penggambaran filem itu. Walaupun tidak berjiwa rock, Que mengakui dirinya penggemar muzik rock. Lakonan sebagai Amy sememangnya mempunyai karakter tersendiri dan cukup unik.

Que memaklumkan pembabitannya dalam lakonan turut didorong kuat isterinya, Linda Jasmine. Naluri seorang bapa yang merindui anak yang berjauhan kala terbabit dalam penggambaran filem itu jelas terpancar di wajah Que.

Hasil perkongsian hidup dengan Linda, mereka dikurniakan Tengku Ratu Haidar (satu tahun lapan bulan) manakala anak tirinya, Qalif Khan, 8, (anak hasil perkahwinan terdahulu Linda).

Sekalipun merindui anaknya, dia tidak berdepan masalah untuk memenuhi tawaran dalam lakonan jika skrip yang diberikan sesuai dan menarik minatnya pada masa akan datang. Begitupun, dia belum mempunyai apa-apa rancangan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 11:59 AM | Show all posts
selamat kembali ke dunia lakonan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 12:03 PM | Show all posts
jap .. yang dulu gegeh nak berenti bagai tu naper?? ader kalah maner2 award ker?? bukan heboh bini die jeles terlampau jer kan?? cer cter....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 12:08 PM | Show all posts
kalau dah itu yang paling baik ko boleh buat berlakon je lah balik
kalau isteri ko nak jeles2 ko jegil je bijik mata ko tu pada dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 01:22 PM | Show all posts
lawak tol nama amy mat piah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2011 02:13 PM | Show all posts
dia ade keje ke sepjg tak berlakon?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 03:09 PM | Show all posts
Harap kekayuan lakunan Q x menjejaskan Rock II

Harap MK wat filim Rap pulak, mengimbau generasi 90an{:1_125:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2011 03:11 PM | Show all posts
teringat filem Rock yg 1st tu part dorang muntah
mcm air terjun je muntah tu keluar
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 05:19 PM | Show all posts
Best2...tggu citer Rock oo.. harap2 jgn Amy Mat Piah makan telur mentah lagi dlm filem ni hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 05:33 PM | Show all posts
hehehe..siap amik lapik kusyen bas buat suar ketat...hahahahahaha ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 05:39 PM | Show all posts
hm .. if mek cakap, ni yang last punyer last.. kowang percaya tak ...???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 06:04 PM | Show all posts
macamlah dia hero filem yang ditunggu-tunggu ...... habuk pun tak dak hang oiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 08:57 PM | Show all posts
gigih la cari duit bisnes bini dia tunggang langgang aritu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.207416 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list