CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8304|Reply: 44

Julia Ziegler Jadi Ustazah?

[Copy link]
Post time 28-7-2011 06:22 AM | Show all posts |Read mode

PENCIPTA DAN PENGGAYA...Ariff bersama artis yang memperagakan baju rekaannya iaitu Julia (dua dari kanan), Juliana Evans, Kilafairy dan Ana Rafali.
      
BERDARAH kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat bukan bermaksud pelakon Julia Ziegler mengamalkan cara hidup seperti orang Barat.
Sebaliknya, Julia atau pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler, 27, mengakui dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama Islam.                           
             

  • WATAK LEMBUT...Julia tidak menolak tawaran melakonkan watak ustazah kerana mahu versatil.

  • MANTAP...Julia pernah pegang watak gadis bertudung dalam Sentuhan Isabella arahan Osman Ali.



“Memang bapa saya. Bob Ziegler Abdullah, 60, keturunan Mat Salih, tapi ibu saya, Saminah Subari, 66, adalah wanita berdarah Melayu-Jawa.

“Selain membimbing saya dari segi agama, emak yang juga seorang ustazah juga mengajar saya mengaji sehingga khatam Al-Quran sejak kecil lagi,” kata anak ketiga dari empat beradik ini.     


                 
Justeru, tidak hairanlah, Julia juga tidak menolak untuk memegang watak sebagai Ustazah Halimah dalam drama bersiri sempena Ramadan berjudul Moreh untuk stesen TV Al-Hijrah.


“Saya juga meminta emak mengajar dari segi tajwid bacaan surah dalam Al-Quran bagi memastikan saya menjiwai watak ustazah itu sebaik mungkin.

“Maklumlah, selain bertudung, Halimah juga mengajar kanak-kanak membaca Muqadam dan Al-Quran dalam cerita ini.

“Saya juga tidak menolak bila ditawarkan karakter Muslimah atau bertudung kerana sebagai pelakon, saya perlu versatil,” katanya yang pernah beraksi dalam siri untuk Astro berjudul Tudung Ekspres.   
                  
Menyentuh mengenai Ramadan yang bakal tiba, Julia mengakui dia memang menanti kehadiran bulan yang mulia itu saban tahun.

“Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Saya memilih berehat pada Ramadan kerana ingin bersama keluarga sambil mengerjakan ibadah puasa
di Kuala Lumpur.

“Inilah masanya kita memperbanyakkan amalan yang baik dan dituntut agama.
Selain berpuasa, saya juga merebut peluang mengerjakan ibadah Tarawih bersama keluarga.

“Saya juga akan berbuka puasa dengan keluarga dan kawan-kawan rapat apabila ada kelapangan,” katanya.

Julia juga suka menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.

“Jika bukan wang ringgit, sekurang-kurangnya kehadiran artis turut menceriakan anak-anak yatim yang hadir sama ada untuk beramah mesra atau bergambar dengan mereka sebagai kenangan,” katanya.

Antara kenangan sukar dilupakan Julia pada Ramadan ialah menjalani ibadah puasa ketika menuntut di Amerika Syarikat pada 2002 dan 2003.

“Saya masih ingat lagi, betapa susahnya berpuasa di sana. Maklumlah, keadaan cuaca yang sejuk dan waktu solat Maghrib yang pendek. Selalunya, saya dan pelajar Islam yang lain berbuka puasa di masjid saja kerana ia lebih mudah untuk kita mengerjakan ibadah sekali gus,” katanya.

Julia ditemui ketika menjayakan majlis The Blue Kebaya Showcase anjuran The Weld Shopping Centre dan Rafflesia The Pearl Centre di ibu kota, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Julia tampil bergaya dengan busana rekaan Ariff Shukor.  
                        
Berkongsi sambutan Aidilfitri pula, kata Julia, dia akan meraikannya bersama keluarga di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Saya juga merancang untuk buat biskut raya sendiri tahun ini iaitu coklat chip, tat nanas, rempeyek dan lain-lain lagi. Kuih raya ini untuk dimakan sendiri bersama keluarga dan bukan untuk dijual.   
      
“Selepas raya, saya juga sibuk membantu keluarga buat persiapan untuk majlis perkahwinan adik Mohd Jefrey Bob Jefrey. Ramai orang fikir saya yang nak kahwin sedangkan sebenarnya adik saya yang nak kahwin,” kata pemilik produksi Zioss Film Sdn Bhd ini.

Sebelum Moreh, Julia juga berlakon dalam telefilem arahan Osman Ali berjudul Sentuhan Isabella.

Dia juga melakonkan watak sebagai gadis bertudung dalam cerita yang turut dibintangi Zamarul Hisyam dan Diana Danielle. Dia turut berlakon dalam drama raya untuk stesen RTM berjudul Hero Desa.
  
Drama bersiri lakonannya, Hilang kini bersiaran di TV9. Julia bawa watak setiausaha yang jahat dalam cerita ini bergandingan dengan Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah.

Selain berlakon sebagai penjual bunga buta dalam filem Toyol Nakal, Julia juga berlakon dalam filem Bisikan Puaka dan Ombak Rindu arahan Osman Ali.

Mungkin pengalaman pahit masa lalu banyak mengajar Julia lebih berhat-hati bila diajak berbicara soal kisah cintanya.

Selepas diasak dengan pertanyaan sama, akhirnya Julia mengakui dia masih belum ada pengganti lagi.

Ditanya, kriteria lelaki idamannya, Julia mengakui meminati  lelaki Melayu untuk menjadi teman hidupnya.

“Maklumlah, bapa saya lelaki Mat Salih dan cukuplah darah kacukan yang ada dalam badan saya ini.

“Jika diberi pilihan, saya juga mencari lelaki yang ada kampung kerana saya sukakan suasana kampung yang aman damai.

“Apa yang penting, hubungan saya dan si dia direstui keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.



PROFIL:

NAMA KOMERSIAL: Julia Ziegler
NAMA SEBENAR: Julia Bob Fauzi Ziegler
UMUR: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 21 MEI 1984
AKADEMIK: Jurusan Senibina, Savannah Georgia College of Art & Design
KERJAYA: Model dan pelakon
STATUS: Bujang

DRAMA BERSIRI: Nuraisha, Aku Untuk Mu, Dark City, Susuk, Bisikan Hati, Kerana Karina, Ejen 016, Cinta dan Keadilan, KL Menjerit The Series , Hujan Malam, Skuad PGC (Kastam Diraja), Kasih Mia, Gurindam Jiwa, Vice Versa, Alamak Amy, Terpateri Sebuah Janji  Sabrina Telemovie, Juanna, Prolog, Qasidah Buat Laila, My Husband, Ampang Medical, Kasih Iftitah, Bicara Aur Dengan Tebing II.  Air Mata Buaya, Noktah Pilu, Cuci The Series, Siung, Nokhtah Erna, Tudung Express, Kasih Tercipta, Teksi Millinium, Awan Dania, Biar Rindu Berlalu.

TELEFILEM: Hijrah Sabrina, Nun Disana Cintaku, Wak, BOM, Oh Ibu, Air Mata Buaya, Melukut Ganteng, Coklat Riben Biru, Mat Bunga, Cahaya Berbisik, Halimah Jonggang, YB, isteri dan janda seksi, Cantik, Suaramu, Psiko Psikik, Resipi Cinta, Basikal Cucu Atuk, Menyusur Ruang Kasih, Jantung Ini Bukan Milikku, Sade Saadah, Pemandu Jelita, Fatimah Juling, Serapuh Arang, Oh Ibu, Hantu Kek, Malam Panjang, Roh Cinta, Tajul Asyikin, Lompong, Panjang Malam dan Sentuhan Isabella.

FILEM: Kayangan, Cuci The Movie, Cicakman, Jangan Tegur, Krazy krazy krazy, Suaka, Toyol Nakal, Ombak Rindu, Dari Kerana Mata, Tokak dan Man Sewel Datang KL.

TEATER: M! The Opera 2006
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 07:56 AM | Show all posts
anak ustazah rupenyer die nie...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 07:58 AM | Show all posts
mak dia tua 6 tahun dari bapanya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:39 AM | Show all posts
mak ustazah tapi.......emmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:52 AM | Show all posts
aduhaiii artis oh artis...

ayat ni memang tak boleh blahhh la..

'Sebaliknya, Julia atau pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler, 27, mengakui dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama Islam.'
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:00 AM | Show all posts
hm .. banyak jugak gambo drama sentuhan isabella tu mek dapat .. if u all nak tengok .. nanti mek tepek la .. dalam cter tu die jadi mak si DD .so kire okla kot sebab nak imbas muke dierang.. tapi DD lagi lawoo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2011 09:30 AM | Show all posts
dia nie..aku cam tersuka sikit.. bab pakaian tu..aku malas nak pk laaa.. yang jawa totok pun pakaian ngalahkan birah...

cuma dia nie..ntah.. macam lain sikit... nampak cam hati tu lebih ke melayuan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:35 AM | Show all posts
Dah kurus dah minah ni.... hari tu debab sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 09:53 AM | Show all posts
cantik gak dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:07 AM | Show all posts
so kesimpulan nya....mana2 lelaki single yg ada kg...boleh le try your luck. kalu takat puasa raya semua kat kl..payah le sikit kot...
tapi..kot ada aje pun kg tapi nak balik setaun sekali pun payah....susah gak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:12 AM | Show all posts
wow... mak ustazah.. :re: iman xdpt diwarisi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:19 AM | Show all posts
dia ni lawa...suka dia lakon ngan rushdi ramli dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:36 AM | Show all posts
Eeemmmm....
minah nih, xde ler seksi ngt..
ok ok jek,sUam sUam kUkU kaki kU
pakej ok jek
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 11:55 AM | Show all posts
ostajah lak ke ? alhamdulillah ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 11:59 AM | Show all posts
anak ustazah.....rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:32 PM | Show all posts
arap2 menten kan la attitude n pkaian mcm ustazah gak...esp. part bace Al-quran tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 01:22 PM | Show all posts
byk da kes mak ustazah ank ttp xbtudung. makin dok teserlah bdn tu ada la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 01:32 PM | Show all posts
Sori off topic. Pic yg first tu..
Ana Raffali tu apsal selalu nampak dia cam something wrong.
Pakai la apa pun. Masa juara lagu dulu pon camtu gak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 01:40 PM | Show all posts
ala.. dah jadi aritis... tak pegi pub tu dah kira abis baik la.. aurat? hmm.. takkan dia taktau..  sama jugakla ngan kita2 ni... bkn taktau hukum hakam... tp entah.. nk kata seru tak sampai.. dah smpai.. cuma tak serap lg kot. bertudung pon.. bkn tudung labuh. so jgn berani2 nk judge org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 02:12 PM | Show all posts
oklah jgk,cantik nampak dia pakai tudung....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.079561 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list