CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mamaque

Baca Laporan penuh JAIS!- kebenaran akhirnya memihak pada JAIS!

  [Copy link]
Post time 25-8-2011 07:27 AM | Show all posts
undang2 anti murtad ni memalu dan merugikan Islam. percaya cakap aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 04:56 PM | Show all posts
Kerajaan Selangor ubah nama Jawatankuasa Majlis Syura


2011/08/24

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini melahirkan rasa kesal atas penggunaan nama "Majlis Syura" bagi jawatankuasa yang ditubuhkannya bagi mencari penyelesaian isu pemeriksaaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Kerajaan Selangor menjelaskan ia membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran bagi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura negeri Selangor yang diterajui Majlis Agama Islam Selangor. Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah dalam satu kenyataan media bahawa laporan menyatakan baginda menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura seperti yang disiarkan akhbar adalah tidak benar. Menurut kenyataan Kerajaan Selangor hari ini, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Menteri Besar dan Sultan Selangor.

"Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC (Damansara Utama Methodist Church) dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

"Kerajaan negeri juga akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 01:52 PM | Show all posts
Apa pasal MB banggang tu sendiri tak keluarkan kenyataan?..pada hal dgn gereja cepat je dia minta Maaf..

Kerajaan Selangor kesal, ubah nama Majlis Syura
24/08/2011 12:01pm

SHAH ALAM 24 Ogos — Kerajaan Selangor akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dalam isu penubuhan ‘Majlis Syura’.

Justeru, kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa Majlis Syura itu kepada Jawatankuasa Pendengaran bagi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura negeri Selangor yang diterajui Majlis Agama Islam Selangor, menurut satu kenyataan Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

"Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC (Damansara Utama Methodist Church) dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata,” menurut kenyataan itu. — Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 11:39 AM | Show all posts
racist nya statement ko ni...   kenapa mesti nak timbul isu kaum pla dalam ni...
   walau  ...
charming_gal Post at 24-8-2011 09:22

aku bukan racist tapi aku kecewa dgn sikap mereka yg bekerja di pusat agama islam... aku masih ingat lagi masa kat pusat utk saudara baru...sampai ada satu chinese yg dah 10 tahun peluk islam sampai cakap kalau dia convert balik ke agama asal depan menteri and masuk dalam paper barulah barulah orang ambil tau masalah dia...sampai pekerja jabatan agama islam yg diaorang panggil ustaz cakap biarkan aje tak betul siap ketawa lagi...bila kitaorang ramai2 tanya uncle tu baru la kita faham...tu yg buat aku kecewa dgn mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 09:55 AM | Show all posts
Reply 350# Anak_Nogori


    Sampai takajut Sultan dibuat dek Khalid G. Biasa yang kuat membohong ni boss Khalid G.   haha!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 09:48 AM | Show all posts
Sultan Selangor terkejut dan murka, Khalid Ibrahim 'pandai-pandai'

    Selasa, 23 Ogos 2011 18:46
    HELME HANAFI


Ini sudah jadi kes berat, bila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.

Perkara itu itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Abdul Khalid dalam kenyataan akhbar Isnin berkata idea penubuhan Majlis Penasihat Syura dicadangkan oleh Sultan Selangor semasa perbincangan beliau dengan baginda pada minggu lepas.

Katanya Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.

Ini menurut Abdul Khalid bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, katanya.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam tersebar kenyataan Khalid yang boleh dianggap 'pandai-pandai' itu, beliau kantoi.

Mohamad Munir berkata apa yang berlaku dalam pertemuan itu ialah Abdul Khalid telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” kata Munir.

Menurutnya, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Datuk Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi Baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor (Datuk Abdul Majid Omar) untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.

Oleh yang demikian, Mohamad Munir berkata isu Baginda menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah tidak benar.

"endirian D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor".

JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan melakukan pemeriksaan di majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran.-23/8/2011

P/s:- Apa sal kita dapat seorang MB sebanggang ini  aaaaa?...dah lah hari tu tanpa menunggu laporan dari JAIS MB banggang ni pi minta maaf dgn pihak gereja, lani main pandai2 kata Sultan Selangor cadang Majlis Penasihat Syura..apa dia ni ada masalah mental ke?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2011 09:30 AM | Show all posts
Kenyataan akhbar Penubuhan Majlis Penasihat Syura

ADALAH saya dititah oleh D.Y.M.M. Sultan Selang ...
along3746 Post at 24-8-2011 06:06


Maknanya MB banggang tu tidak bercakap benar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 09:22 AM | Show all posts
mmm... banyak muka n nama cam mamak.so aku tak heran sangat la depa mintak bantuan kat gereja.... bu ...
Z77 Post at 23-8-2011 12:17



   racist nya statement ko ni...   kenapa mesti nak timbul isu kaum pla dalam ni...
   walau apa pon kaumnya..yg penting agama tu sama..ISLAM gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 09:06 AM | Show all posts
aku pernah kata kat forum ni
I grew up as a catholic girl
Masa kat boarding school di Sarawak
w ...
xAthenax Post at 24-8-2011 01:28


Kalo dorang dekati orang2 sakit kat hospital tu dengan niat nak membantu (seperti yg awk lakukan),baguslah..Tiada salah kat situ.Tapi based on my experience,saya tak nmpak pon itu yang dorang buat.Dorang juz berdiri kat sebelah dan seolah2 beri tazkirah..Tak nampak pon dorang layan baik@membantu pesakit tu...
So,orang ramai yg da terbiasa stay kat hospital tu memang da lali ngan taktik org2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:56 AM | Show all posts
Sultan terkejut, tak pernah beri perkenan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS


SHAH ALAM 23 Ogos _ Sultan  ...
along3746 Post at 24-8-2011 06:06


Alamak...MB banggang tu tak rasa apa2 ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:53 AM | Show all posts
ko buat seolah2 avengalism takda makna apa2...
petola Post at 24-8-2011 00:01


avengelism tu dakwah kristian lah, islam pun ada dakwah kan....so, avengelism & Dakwah bertujuan memurtadkan orang dari agama asal mereka....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:50 AM | Show all posts
cer tgk statistik selangor...
apa la khalid gereja ni....
ehhh teratib khalid plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:47 AM | Show all posts
    oooooo n9 dah ada undang2 antimurtad.
dipetik:




sitihawa Post at 24-8-2011 08:38


...kena hingat...ramai forummer wat-wat buta/terbuta hujah diberi tak masuk akal dan result yg tidak pernah berganjak ke arah makruf
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:41 AM | Show all posts
Reply 339# charming_gal


    tulah i dok cari kat mana posting awak yg riak benarlah sangat hahahah so sebab tu i tanya ...like what / betul lah u tulis . tak payah accomodating sangat dan jgn rasa rendah diri, u pertahan selagi ia principle sebab kalau org lain boleh sokong benda yg ternyata salah , halalkan yg haram dan takut termasuk perkara batal iman jer dan tulis dengn sewenag wenangnya   , apa salahnya kalau awak nyatakan pendapat awak secara langsung , kan? tapi itu tak pulak org nak kata apa apa ...so i guess go ahead.

yes , your hujjah - i hold what i believe and you hold what you believe tu adalah jawapan ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:38 AM | Show all posts
bukan ke nak gubal undang2 anti murtad ini dilakukan oleh negeri2..krn undang2 ini berkaitan dgn ...
Anak_Nogori Post at 20-8-2011 00:24



    oooooo n9 dah ada undang2 antimurtad.
dipetik:



Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:39 AM | Show all posts
Reply 329# Orange1

"Satu lagi, pasl kalimah 'darah org murtad halal dibunuh" yg kerap aku dgr n baca, hukum ni ada tercatat dalam Al Quran ke???? Atau hukuman yg dibuat oleh manusia??? Atau hukuman versi Islam yg dibuat oleh umah melayu yg molia????"

HUKUM ORANG YANG MURTAD
Ustaz Hj Shamsuri Hj Ahmad,
Mesjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kitab: Bahzul Mazi Jilid 10, Ms 191 Bab Murtad

Mukadimmah:
Matlamat Hukum Islam ialah
1. memelihara Agama
2. memelihara Nyawa
3. memelihara Harta
4. memelihara Keturunan
5. memelihara Akal.

Jadi, ugama menjatuhkan mati kepada orang yang menghinakan agama untuk
memelihara Agama. Murtad itu menghina agama, yakni meninggalkan islam untuk
pergi ke ugama lain.

Murtad samada orang asal Islam yang menjadi kafir atau orang asal kafir yang
masuk Islam kemudian kembali menjadi kafir.

Siapa orang murtad- orang yang memutuskan pengekalan Islam dgn beberapa
jalan kerana ke ugama lain atau tak mahu ugama Islam lagi. Mungkin dia
berpendapat ugama hanya diperlukan oleh orang miskin- berdoa untuk memohon
kesenangan.

Beberapa Contoh Perkara Yang Menjadikan Murtad:
Murtad dengan niat- Seperti contohnya berfikir "fed-up dgn Islam, nak nyayi
night club takleh, orang pompuan kena pakai tudung, ada duit sikit kena
bayar zakat"
Bila dia kata fed-up dengan Islam maka dia kufur dgn jalan niat.

Perbuatan- contoh, tunduk hormat dekat tokong hindu. Tunduk kepada makhluk
lebih dari kadar ruku' haram hukumnya. Jika tunduk dgn niat membesarkan
tokong, maka kufur hukumnya.

Perkataan- yang megkufurkan . senda gurau, ejek-ejek, atau dgn iktikad,
kerana degil atau keras kepala. Main2- berlakun tak suka Islam pun tak
boleh.

Contohnya berlakun jadi sami. Juga murtad. Senda2 atau gurau2 atau ejek2.
Tak boleh ugama tak benar. Ini benda orang tak faham kerana semua ini
menyentuh soal iktikad, soal akidah. Samada melakukan itu kerana degil atau
keras kepala. Tahu benda tu salah. Buat juga, degil dan berkata "aku nak
buat juga, hang nak buat apa kat aku?"
Kita kata pada dia "Hang buat camtu boleh jadi murtad!"
Dia ejek "Apa dia boleh jadi ustaz?". Ini juga boleh membuatkan murtad.

Hadis Riwayat daripada Ikrimah (nota: Ikrimah ialah anak Abu Jahal- masuk
Islam hari pembukaan kota Mekah, kagum kerana Nabi sallallahu'alaihiwasallam
tak ambil tindakan keatas orang yang menyusahkan baginda s.a.w. dahulu):

Sayidina Ali karramallahuwajhah pada masa dia menjadi khalifah, membakar ia
akan suatu kaum yang murtad mereka itu sebagai kata khair, mereka itu dari
kaum Rafidi yang mengatakan Sayidina Ali itu Tuhan.

Ulasan:
Zaman Sayidina Ali RA, ada satu puak yang terlalu fanatik kepadanya sehingga
ke peringkat menganggap Sayidina Ali Tuhan.
Masalah: Tiada nas Hadis atau dari Quran yang menyuruh membakar orang
murtad. Maka kata setengah ulamak, dia membakar itu dengan ijtihadnya.
Memandangkan puak Rafidi itu terlalu teruk sampaikan menganggap Sayidina Ali
RA sebagau tuhan.

Tindakan itu tidak dipersetujui oleh sahabat2 Nabi. Antaranya Ibnu Abbas
(nama besar dalam ilmu hadis) sebab tiada nas yang menyuruh membakar

Cara Sayidina Ali ialah:
dan di gali lubang, dinyala kayu api dan campak mereka kedalam lubang berapi
itu bersama-sama kitab mereka. (Nota: Rafidi juga ada kitab mereka sendiri).

Selingan Ustaz:
Nak cakap ugama kena tahu ugama. Nak mengajar, kena pandai Arab. Tak cukup
dengan tahu baca kitab rumi. Bercakap nak bangkit semangat boleh. Nak
mengajar tak boleh. Sebab nak rujuk last sekali ke kitab Arab. Itu prasyarat
untuk mengajar. Takut kita sampaikan ajaran yang tak betul.

Sambung hadis dan huraian:
Tindakan Sayidina Ali membakar orang murtad sampai kepada Ibnu Abbas. (Ibnu
Abbas sepupu Sayidina Ali, nama Abdullah ibnu Abbas) Maka kata Ibun Abbas
jikalau aku yang memerintah perkaranya itu dan akulah yang meluluskan
tindakan keatasnya, nescaya aku bunuh akan segala orang-orang yang murtad
itu kerana menurut sebagaimana sabda nabi saw "Barangsiapa tukar dia akan
ugamanya maka bunuh olehmu akan dia".

Ulasan: Jika Ibnu Abbas yang duduk di tempat Sayyidina Ali KWJ, maka dia
kata dia tidak akan bakar, tetapi bunuh dengan pancung kerana meurut hadis
Nabi saw.

Masalah: Dengan perkataan Ibnu Abbas itu, maka tahulah kita bahawa hukum
orang yang murtad itu bunuh akan dia. Samada yang murtad itu lelaki atau
perempuan.

Ulasan:
Perkara ini 'clear'. Astora Jabat sahaja yang buat kelamkabut dalam paper
mengenai perkara ini. Betul. Memang ada khilaf . Walaupun ada khilaf,
sepakat ulamak bahawa orang murtad wajib dibunuh. Prosedur nak bunuh, itu
yang ada khilaf di kalangan ulamak. Maka itulah kata mazhab Syafie dan
ahlil-'ilmi (yakni segala ulamak2 yang menjadi ahli limu). Dan kata setengah
ulamak, dibunuh akan lelaki sahaja jika ia murtad. Inilah khilafnya. Dan
adapun perempuan itu dipenjarakan sahaja. Itulah satu khilaf, satu pendapat.
Tetapi ini pendapat yang lemah. Dalam kes ini ulamak mengambil kias hukum
dalam peperangan dimana lelaki boleh dibunuh. Makala kanak-kanak dan
perempuan tidak dibunuh.

Masalah: Tiada dibunuh orang yang murtad itu melainkan kemudian daripada
ditaubatkan

Ulasan:
Inilah prosedurnya. Tang bunuh, memang bunuh. Cumanya ada prosedurnya
sebelum dibunuh. Kata sesetengah ulamak, wajib ditaubatkan dahulu. Dan kata
setengah ulamak sunat ditaubatkan .

Dan kata setengah ulamak, ditaubatkan dalam 3 hari. Kemudian dari 3 hari
itu, masih tak mahu taubat maka dibunuh akan dia. Dan kata setengahnya tak
payah 3 hari. Cukup diulang-ulang 3 kali suruh bertaubat. Jika tak mahu
bertaubat, maka dibunuh.
Dan kata setengahnya, apabila murtad langsung dibunuh. Yang ini lagi serius.
Tiada 3 hari atau 3 kali. Ini dikatakan oleh ulamak, bukan geng kedai kopi
punya cakap.

Manakal Sayidina Ali KWJ bagi tempoh 2 bulan.

Kesimpulan.
1. Sepakat ulamak orang murtad, hukumnya bunuh.
2. Yang khilafnya ialah bila nak bunuh.
<>2 bulan tempoh untuk taubat. (
<>3 hari tempoh bertaubat.
<>Beri peluang 3 kali supaya bertaubat.
<>Terus bunuh tanpa beri peluang.

Maknanya terpulang kepada budi bicara hakim nak beri berapa lama tempoh
bertaiubat. Quran atau hadis Nabi tidak menetapkan tempoh masa untuk
bertaubat sebelum dibunuh. Maka hakim perlu melihat kepada semua perkara,
perlu menetapkan tempoh taubat.

Ulasan: Benda ini memang clear. Tak perlu sesiapa pun datang cuba nak
megelirukan kita. Hadis nabi memang clear, iaitu "Barangsiapa tukar dia akan
ugamanya maka bunuh olehmu akan dia".

wallahu'alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 08:36 AM | Show all posts
Reply 318# mbhcsf


   Bukan saya nak tuduh,but bila saya baca berkali2,,saya pon xfaham apa yg awk tnya sebenarnya..so,sya rasa kecendurungan soalan awk tu bernada emo..kalo sya trsilap faham,saya mnta maaf.
yup!memng benar,,,org yg dok mengutuk Islam tu tak pulak ditegurnya,,tapi,bila dijentik sikit je orang bukan Islam,sibuk pulak ditegurnya kita kononnya racist dan prejudis...Memang pelik,tapi itulah manusia.Pelbagai pendapat dan fahaman masing2,,Jadi terpulanglah kepada mereka nak menilai dan judge orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:20 AM | Show all posts
Islam Semakin Kukuh di Eropah


HARIAN METRO  22 mAC 2010
Oleh Mohamad Sofee Razak

PERANGKAAN dan kajian menunjukkan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai kadar penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan 2008 menunjukkan lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah terdiri di kalangan umat Islam. Perkembangan ini membuktikan Islam agama universal, relevan dan komprehensif kepada umat manusia di muka bumi ini.
Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai sejarah tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun sebelum ditewaskan Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya, pada 1609 orang Islam dihalau dari benua berkenaan dan amalan agama Islam dilarang pelaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima masyarakat moden Eropah hari ini.


Peranan, pengaruh dan sumbangan Islam kepada alam sejagat sangat besar sehingga ramai sejarawan dunia mengiktiraf sumbangan Islam kepada Timur dan Barat terutama dalam bidang intelektual, pembinaan tamadun, sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu dan sebagainya. Philip K Hitti dalam bukunya ‘The Arabs: A Short History’ menukilkan seperti berikut: “Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab ialah pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini adalah perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah Barat.” (Halaman 174-175).
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:18 AM | Show all posts
orang melayu sangat bertuah kerana dilahirkan sebagai islam....alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:00 AM | Show all posts
along3746 Post at 24-8-2011 06:07


boleh jadi si menteri busat bukan hanya gagap,
tapi juga pekak badak air.. kiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.376957 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list