CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SiNoob

Tidak ada paksaan dalam agama

[Copy link]
Post time 10-9-2011 02:46 PM | Show all posts
Reply 79# SiNoob

Seperti kata kamu " perbuatan umat islam biasanya dikaitkan dengan ajaran agama mereka", namun apakah kamu pasti ajaran agama Islam itu sebenarnya ada kaitan dengan apa yang mereka perkatakan?? Apakah kamu pasti, orang tersebut adalah org Islam yang sebenar-benarnya atau mereka hanya mendakwa diri mereka Islam pada hal mereka tidak pernah berada dalam Islam??

Mari kita lihat contoh yang kamu berikan,
Sebagai contoh bila mana ada golongan yang menghidap sejenis penyakit mental yang dipanggil pedhopile..Mereka ingin berkeinginan kepada kanak-kanak kecil..Mereka mengatakan nabi mereka mengajar seperti itu..

Then kamu terus percaya, Nabi Muhammad mengajarkan seperti itu?? Kenapa kamu percaya pada mereka secara buta tuli tanpa menyelidiki terlebih dahulu?? Saya yang sekian lama dalam Islam tidak pernah menemukan bahawa Nabi Muhammad mengajarkan supaya harus berkeinginan kepada kanak-kanak. Apabila ini berlaku, makanya kesalahan disebabkan kamu menerima pandangan yang salah adalah disebabkan perbuatan kamu sendiri yang lebih suka percaya secara buta tuli daripada melakukan sebarang penyelidikan.

Dalam kelompok kristian pula, perkahwinan lelaki dengan lelaki yang diadakan di gereja itu, apabila mereka mengatakan gereja membenarkan perbuatan tersebut, maka semestinya kamu akan bertanyakan kepada pihak gereja seluruhnya, apakah perbuatan tersebut benar menjadi kebenaran oleh pihak gereja seluruhnya atau tidak. Justeru kenapa pula tindakan yang sama tidak kamu lakukan dalam kes yang melibatkan penganut Islam pula??

Bila mana mereka menindas wanita, menafikan hak wanita..Mereka kata itu ajaran nabi mereka..

Begitu juga, saya yang sekian lama menjadi seorang Islam, tidak pernah menemukan ajaran nabi Muhammad yang menindas kaum wanita. Malah ajaran Nabi Muhammad adalah kaum ibu itu lebih utama 3 kali berbanding dengan kaum bapa. Dan itulah yang saya ajarkan kepada anak-anak saya supaya lebih mengutamakan ibu mereka berbanding dengan saya sebagai ayah mereka.
So kenapa kamu terus percaya dengan kata mereka dan tidak bertanya kepada umat Islam yang sebenarnya untuk mengetahui ajaran Islam yang sebenarnya.

Saya rasa perkara mula-mula yang perlu kamu selidiki adalah apakah benar yang berkata sedemikian adalah orang Islam atau yang kata sedemikian adalah orang munafik yang hanya mendakwa diri mereka Islam untuk memburukkan Islam? Ini kerana al-Quran sendiri menyebut Nabi Muhammad itu mempunyai akhlak yang amat terpuji. Bukannya seorang yang bertingkahlaku positif seperti yang kamu dakwakan itu.

Justeru kamu harus salah diri kamu sendiri yang menjadi punca kepada salah faham yang kamu alami terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.

Apabila mereka meninggalkan anak bini mereka berbulan-bulan..Mereka mengatakan itu sunnah nabi dan para sahabat..

Meninggalkan anak bini berbulan-bulan, apakah mereka meninggalkan anak bini sebegitu sahaja?? Adakah itu ajaran sebenarnya?? Tidak. Ajarannya adalah meninggalkan anak bini berbulan-bulan dalam keadaan semua keperluan mereka sudah disediakan untuk tempoh berbulan-bulan itu sebelum mereka ditinggalkan, dalam keadaan umat Islam sekeliling dimaklumi oleh sang suami terlebih dahulu bagi menjaga keluarga tersebut sepeninggalan mereka itu. So di mana kesalahannya?? Di mana kelemahannya?? Sedangkan si anak dan si bini yang ditinggalkan itupun tidak merasakan sebarang kesalahan oleh sang suami/ayah, namun kenapa pula kamu yang merasakan sedemikian???

Semua perkara buruk yang dilakukan oleh umat islam adalah disebabkan mereka tidak berpegang kepada kitab Allah..Sebaliknya mereka berpegang kepada kitab bukhary/muslim..

Jika kamu merasakan sedemikian, then kamu harus menyalahkan orang yang tidak mahu berpegang pada kitab Allah itu, bukannya kitab Allah itu yang harus dipersalahkan.

Pegangan itu tiada bertentangan dengan al-Quran. Saya sudah berikan ayatnya pun. Bagaimana pula ia bertentangan?? Mana-mana org Islam amat mengetahui bahawa jika mereka amalkan rasuah, tipu, sebelum syurga, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka terlebih dahulu. Sebab itulah adanya dosa dan pahala. Itu ketetapan Allah dalam pengurusan keadilanNya. Jika kita tanya pada setiap orang baik apapun agama mereka, secara akal yang waras mereka tidak mahu masuk neraka, walau sekejap manapun. Atas sebab ini setiap org Islam menyedari walaupun akhirnya mereka akan masuk syurga tetapi untuk mereka tetap tidak mahu menempuh siksa neraka walau beberapa saat pun. Justeru bila ada yang lakukan tipu, rasuah, tiada siapa pun yang akan rasa mereka dengan senangnya masuk syurga. Walaupun akhirnya syurga, tetapi kesusahan untuk mendapat syurga itu yang akhirnya memberi kesedaran kepada mereka supaya tidak lakukan tipu dan rasuah.

Pegangan saya sama dengan bani Israel itu tetapi keimanan saya berbeza dengan mereka itu. Justeru keimanan yang berbeza akan membawa kepada situasi akhir yang berbeza ketika di dalam akhirat kelak.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 10-9-2011 03:52 PM | Show all posts
Reply  SiNoob

Seperti kata kamu " perbuatan umat islam biasanya dikaitkan dengan ajaran agama  ...
erusi2 Post at 10-9-2011 14:46

Sebenarnya kamu tidak tahu pun apa yang kamu katakan..Perbincangan ini hanya akan membuang masa sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 01:09 AM | Show all posts
Reply 82# SiNoob

Sebenarnya kamu sendiri yang tidak tahu apa yang perkatakan. Kamu mengatakan org Islam mendakwa Nabi Muhammad mengajarkan sesuatu yang bersifat negatif, pada hal Nabi Muhammad itu diakui Allah dalam al-Quran sebagai manusia terpuji dan terbaik sepanjang zaman dan dijadikan contoh teladan kepada semua manusia, tetapi kamu mengatakan orang Islam mendakwa dia mengajarkan sesuatu yang bersifat negatif??
Saya tegaskan org Islam tidak pernah menganggap dan mendakwa apa yang diajarkan leh Nabi Muhammad sebagai sesuatu yang negatif. Orang islam tidak pernah mengatakan Nabi Muhammad mengajarkan pedhopile, Nabi Muhammad tidak pernah mengajarkan supaya menindas kaum wanita. Yes, hanya membuang masa jika perbincangan hanya dibuat berdasarkan tuduhan kosong semata-mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 09:01 AM | Show all posts

erusi2 Post at 11-9-2011 01:09

Berdasarkan reply saudara ni..Saudara tidak baca pun apa saya tulis..So tidak guna saya jawab pun..
Peace..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 09:14 AM | Show all posts
Maaf yer..Kekeliruan timbul sebab saya bincangkan dari ayat 13..Saudara pula cerita berkaitan ay ...
SiNoob Post at 9-9-2011 05:49

elok sangatlah tu... aku quotekan semula kenyataan sedara

So berdasarkan ayat-ayat tersebut..

Ramai dari kalangan manusia terdahulu dan sedikit dari manusia terakhir akan jadi golongan kanan..

Manakala bagi golongan kiri ramai dari manusia terdahulu dan ramai dari manusia terakhir..

Sila terangkan bagaimana sedara mengambil kesimpulan begitu !
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 09:19 AM | Show all posts
Reply  Nazrulism
betul
elok sangat tu
dan perhatikan sekali
umatnya yg berpecah kepada 73 golongan ya
orangbesi Post at 9-9-2011 15:40

Ada apa2 masalah ke dengan hadith itu ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2011 09:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 11-9-2011 09:33

Reply 79# SiNoob

Sebagai contoh bila mana ada golongan yang menghidap sejenis penyakit mental yang dipanggil pedhopile..Mereka ingin berkeinginan kepada kanak-kanak kecil..Mereka mengatakan nabi mereka mengajar seperti itu..

Bila mana mereka menindas wanita, menafikan hak wanita..Mereka kata itu ajaran nabi mereka..

Apabila mereka meninggalkan anak bini mereka berbulan-bulan..Mereka mengatakan itu sunnah nabi dan para sahabat..

Kenapa kita harus percaya kepada kata2 mereka... kenapa tidak kembali kepada sumber yang asal ? atau sudahkah kita mengkaji dari sumber asal itu ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 09:35 AM | Show all posts
elok sangatlah tu... aku quotekan semula kenyataan sedara

Sila terangkan bagaimana sedar ...

Ramai dari kalangan manusia terdahulu dan sedikit dari manusia terakhir akan jadi golongan kanan..

Manakala bagi golongan kiri ramai dari manusia terdahulu dan ramai dari manusia terakhir..
Nazrulism Post at 11-9-2011 09:14

Saya mengaku saya silap..Kesilapan itu dilakukan kerana saya tidak melihat ayat ke 27..

terima kasih kerana menyedarkan saya..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 11-9-2011 09:39 AM | Show all posts
Reply  SiNoob

Kenapa kita harus percaya kepada kata2 mereka... kenapa tidak kembali kepada su ...
Nazrulism Post at 11-9-2011 09:26

Tiada sebab untuk kita percaya kepada mereka..Maaf kerana menimbulkan salah paham..

Posting itu saya menjelaskan kenapa dunia anti kepada penganut islam..
Bukanlah sebab mereka jeles dengan kebenaran islam dan sebagainya..
Tetapi sebab tindakan umat islam yang saya nyatakan pada posting tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 09:56 AM | Show all posts
Reply 84# SiNoob

Terpulang pada kamu untuk menjawab atau tidak. Tiada paksaan daripada saya. Dan jika kamu merasakan saya tidak membaca apa yang kamu tuliskan, maka saya mempersilakan kamu memperlihatkan tulisan kamu bahagian mana yang saya tidak baca itu. Then sila jelaskan berdasarkan apa kamu merasakan sedemikian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 09:58 AM | Show all posts
Posting itu saya menjelaskan kenapa dunia anti kepada penganut islam..
Bukanlah sebab mereka jeles dengan kebenaran islam dan sebagainya..
Tetapi sebab tindakan umat islam yang saya nyatakan pada posting tersebut..
SiNoob Post at 11-9-2011 09:39

Mungkin kita terlalu sibuk memikirkan sikap bukan islam terhadap Islam.. hingga kita turut terikut2 dengan sikap mereka memburukan Islam dengan perlakuan/tindakan segelintir umat Islam ... sehingga sanggup mengenepikan sumber agama sendiri untuk mengikut sumber2 penentang Islam !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 10:12 AM | Show all posts
Mungkin kita terlalu sibuk memikirkan sikap bukan islam terhadap Islam.. hingga kita turut terik ...
Nazrulism Post at 11-9-2011 09:58

Maaf..Saya tinggalkan ajaran hadith bukan kerana pandangan orang bukan islam..Sebaliknya saya sendiri tidak boleh menerima ajaran berdasarkan kitab-kitab hadith..

Kerana kebanyakannya bertentangan dengan al quran..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 10:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 11-9-2011 10:41
Maaf..Saya tinggalkan ajaran hadith bukan kerana pandangan orang bukan islam..Sebaliknya saya se ...
SiNoob Post at 11-9-2011 10:12

Bukankah pandangan bukan islam itu bahawa periwayat hadith2 Nabi s.a.w tidak boleh dipercayai maka hadith perlu ditolak dan akan berlanjutan dengan pandangan mereka bahawa Al Qur'an juga perlu ditolak kerana diriwayatkan juga oleh mereka.
Akhirnya, kita juga termasuk dalam golongan mereka yang menolak hadith dan Al Qur'an !. Secara  keseluruhannya 'menolak Islam'.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 11:13 AM | Show all posts
Ayat 2:256 pada pendapat saya ialah:-

1. Tidak ada paksaan dalam agama – Maksudnya kepecayaan dan cara seseorang untuk sembah atau menyembah kepada sang pencipta yang dipanggil Tuhan. Maka agama adalah perbuatan individue terhadap sesuatu cara kepercayaan.

2. Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut - Maksudnya barang yang dicipta dengan tangan manusia lalu dipercayakan ia patut disembah.  Taghut tidak semestinya patung tapi benda yang lain. Contoh: Cincing yang orang tua bagi kat aku ada keistiwaannya.

3. beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus - Maksudnya, beriman dengan apa cara pun kepada AllahSWT dalam setiap detik saat. Tidak ada cara paksaan kepada seseorang untuk beriman kepada Allah SWT. Sama ada nak selepas solat berzikir, wirid atau bertasbih dengan nama apa pun  mengikut kesempurnaan dan kesusiaan seseorang dan berpeganglah kepadaNYA dengan kukuh dimana kesempurnaan, aman sejahtera, redha, ia itu mencapai tahap Islam yang tak akan putus atau pupus.

4. Dan  Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Penutup kepada ayat ini - Maksudnya, perbuataan dan keiklasan amalan seseorang, rayuan tangisan rindu kasih sayang hambaNYA terhadapNYA, didengar dan dikatahui.

Kalau salah betulkan atau memperbetulkan yang salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 11:49 AM | Show all posts
Bukankah pandangan bukan islam itu bahawa periwayat hadith2 Nabi s.a.w tidak boleh dipercayai ma ...
Nazrulism Post at 11-9-2011 10:40

Saya tidak kisah kepada pendapat manusia..
Yang saya pentingkan hanyalah pendapat tuhan..
Kalau orang islam hendak kata saya terkeluar dari islam sekalipun..
Saya tiada masalah apa-apa..

Saya menolak hadith tidak ada kaitan dengan pandangan orang terhadap hadith..
Tapi saya tolak hadith kerana pandangan saya sendiri tentang hadith..

Saya bawakan beberapa contoh kepada saudara kenapa saya menolak hadith
dan menganggap ianya bertentangan dengan al quran..

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". (Al-Baqarah 2:285)

Saya percaya berdasarkan ayat ini..Seorang yang berpegang kepada ajaran tuhan tidak akan membezakan antara seorang rasul dengan rasul lain..Namun dalam ajaran hadith kita di ajar..Muhammad itu paling mulia dan segala macam paling lagi..Sehingga kalau doa tidak disertakan dengan nama baginda..Doa tersebut tidak akan diterima..Dan begitu banyak hadith yang membawa maksud seangkatan dengannya..Yang jelas menunjukkan kita mengutamakan baginda lebih dari rasul-rasul lain..Terdapat juga hadith mengatakan Allah paling suka namanya disebut dan diikuti dengan nama Muhammad..

Pada saya kepercayaan begini adalah sama dengan kepercayaan masyarakat kristian..Cuma masyarakat islam memasukkan elemen tersebut dengan cara lebih sopan..Sebagai contoh dalam bible ada ayat yang maksudnya lebih kurang..Father tidak akan terima doa yang tidak melalui Jesus..Konon-kononnya itu adalah hadith dari jesus..

Berkaitan dengan ibadah secara ritual yang dilakukan oleh kaum muslim pula..Saya lihat ianya sama seperti yang dilakukan oleh kaum Hindu..Kaum hindu melakukan upacara sembahyang di hadapan patung..Itu yang dilihat secara zahir..Batin dalam hati mereka saya tidak tahu..Ajaran tuhan di dalam al quran adalah melarang perbuatan seperti itu..

"Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan. (Al-'Ankabuut 29:17)

Bukankah kiub batu tersebut juga merupakan buatan manusia..Kenapa upacara menyembah harus dilakukan mengadap kiub batu tersebut..Dan banyak lagi sebab-sebab seperti itu yang menyebabkan saya melihat agama islam hari ini adalah rekaan manusia sebagaimana agama kristian, hindu dan lain-lain..Dan ianya bertentangan dengan ajaran tuhan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 12:17 PM | Show all posts
1. Tidak ada paksaan dalam agama – Maksudnya kepecayaan dan cara seseorang untuk sembah atau menyembah kepada sang pencipta yang dipanggil Tuhan. Maka agama adalah perbuatan individue terhadap sesuatu cara kepercayaan.

2. Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut - Maksudnya barang yang dicipta dengan tangan manusia lalu dipercayakan ia patut disembah.  Taghut tidak semestinya patung tapi benda yang lain. Contoh: Cincing yang orang tua bagi kat aku ada keistiwaannya.

3. beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus - Maksudnya, beriman dengan apa cara pun kepada AllahSWT dalam setiap detik saat. Tidak ada cara paksaan kepada seseorang untuk beriman kepada Allah SWT. Sama ada nak selepas solat berzikir, wirid atau bertasbih dengan nama apa pun  mengikut kesempurnaan dan kesusiaan seseorang dan berpeganglah kepadaNYA dengan kukuh dimana kesempurnaan, aman sejahtera, redha, ia itu mencapai tahap Islam yang tak akan putus atau pupus.

4. Dan  Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Penutup kepada ayat ini - Maksudnya, perbuataan dan keiklasan amalan seseorang, rayuan tangisan rindu kasih sayang hambaNYA terhadapNYA, didengar dan dikatahui.

Al-Patih Post at 11-9-2011 11:13

Menurut pandangan saya..Point no 1 yang saudara nyatakan itu..Adalah bersesuaian dengan ayat berikut ini..

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62)

Point ke dua saudara pun saya setuju..Sekiranya seseorang itu beragama islam sekalipun..Tetapi masih percaya kepada perkara karut/marut..Mereka masih terikat dengan taghut..Tidak ada sebab untuk orang macam ini selamat dari balasan tuhan..

Point ke 3 itu pun saya setuju..Mereka yang percaya kepada Allah dengan apa cara sekalipun..Merkalah yang dimaksudkan sebagai orang yang percaya..Antara cara untuk mempercayai kekuasaan Allah adalah dengan mengkaji ciptaanNya sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat berikut.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (A-li'Imraan 3:191)

Siapakah yang mengetahui samada sesuatu benda itu sia-sia atau tidak melainkan orang yang melakukan kajian terhadap mahkluk-makhluk Allah..

Berdasarkan perkara-perkara ini..Adalah amat perlu untuk kita meneliti..Apakah sebenarnya agama yang disebut dalam ayat tersebut..Betulkah agama itu adalah ritual kegamaan seperti yang kita pahami?Betulkah perkataan din dalam quran tu bermaksud agama dan perkataan islam pula bermaksud nama bagi salah satu agama..Muslim pula penganut bagi agama tersebut..

Apabila kita memahami persoalan-persoalan ini..barulah kita boleh lebih memahami maksud ayat tersebut..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 11-9-2011 01:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 11-9-2011 13:59

Reply 95# SiNoob
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". (Al-Baqarah 2:285)

Ayat ini menerangkan pegangan umat Islam yang tidak membezakan antara Rasul-rasul sebagaimana umat2 lain membezakan dengan percaya kepada sebahagian rasul dan menolak Rasul yang lain, BUKAN berkaitan kelebihan antara Rasul-rasul. cuba kita balik kepada ayat sebelumnya;

Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari) mereka atas sebagian yang lain. Diantara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.
(QS. 2:253)

Sebagaimana kelebihan Nabi Isa diatas, Nabi Muhamad juga ada kelebihan yang lain, antaranya;

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
Yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan mu.
(QS 94:1-4)
   
"Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan. (Al-'Ankabuut 29:17)

jika dilihat ayat sebelumnya;

Dan (ingatlah) Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: `Sembahlah olehmu Allah dan bertakwalah kepada-Nya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
(QS. 29:16)

Ayat 29:17 berkaitan penyembahan berhala.

Kiblat umat Islam kearah kaabah bukan bererti penyembahan kepada kiub, tetapi ini adalah merupakan perintah sujud sebagaimana perintah sujud kepada malaikat dan iblis terhadap Nabi Adam. Hanya yang mendengar dan taat sahaja akan mematuhinya sementara yang kufur akan menolaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 04:07 PM | Show all posts
Reply  SiNoob

Ayat ini menerangkan pegangan umat Islam yang tidak membezakan antara Rasul-rasul sebagaimana umat2 lain membezakan dengan percaya kepada sebahagian rasul dan menolak Rasul yang lain, BUKAN berkaitan kelebihan antara Rasul-rasul. cuba kita balik kepada ayat sebelumnya;

Sebagaimana kelebihan Nabi Isa diatas, Nabi Muhamad juga ada kelebihan yang lain, antaranya;

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
Yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan mu.
(QS 94:1-4)
   
Nazrulism Post at 11-9-2011 13:56

Saudara mengatakan umat islam tidak membezakan rasul..Sebaliknya tuhan yang melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain..

Tapi perbuatan umat islam yang saya ceritakan sebelum ini merujuk kepada perbuatan membeza-bezakan antara nabi..Begitu juga dengan penyebaran cerita-cerita konon-kononnya nabi-nabi lain telah mendoakan kebinasaan umatnya..Hanya nabi Muhammad tidak begitu kerana dia menyayangi umatnya..Pada saya cerita-cerita sebegitu dengan jelas membezakan sebahagian nabi dengan yang lainnya tanpa dalil dari tuhan..Langsung tidak menunjukkan ciri-ciri yang saudara katakan tentang umat islam..Iaitu tidak membezakan antara satu nabi dengan nabi lain..

Ataupun saudaraa maksudkan tidak membezakan itu dari sudut penerimaan sahaja?Tapi dari sudut lain mereka membezakan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 06:42 PM | Show all posts
Saudara mengatakan umat islam tidak membezakan rasul..Sebaliknya tuhan yang melebihkan sebahagia ...
SiNoob Post at 11-9-2011 16:07

secara ringkasnya.. maksud ayat itu; umat Islam menerima semua Rasul-rasul- tidak membezakan rasul yang terdahulu mahupun yg terkemudian. Berbeza dengan umat lain,
cth: Umat Yahudi, mereka menerima Musa a.s - menolak Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.
cth: Umat Kristian, mereka menerima rasul2 (ada dalam bible mereka) tetapi dengan penerimaan yang biadap dengan mengatakan perkara2 yang tidak selayaknya untuk rasul2 tersebut serta mereka juga menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan setrusnya mereka menjadikan rasul sebagai anak tuhan/tuhan.

itulah yang dimaksudkan dengan membezakan rasul-rasul.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 04:06 PM | Show all posts
apa beza antara
sinoob, nazrulm, al-patih dan erusi???

tak de beza punnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072277 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list