CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chit_ana

[Penerbit] ** SR PUBLICATION **

[Copy link]
Post time 16-2-2012 10:01 PM | Show all posts
kelat-kelat sayang - izzul izzati
2.9 bintang

keseluruhan novel ni boleh dibaca, cuma aku rasakan kureng skit berbanding dgn karya izzul dgn KN iaitu bukan cinta biasa...

citer ni tertumpu kepada  watak iaitu salina dan aizam...aizam ni memang suka dgn salina sejak dr sek, tapi perangai dia yg suka mengusik salina dgn panggilan itik dan mengaku bakal pakwe membuatkan salina menyampah dgn aizam...sampai dewasa pun aizam masih mengusik salina dgn bakal suami...

salina pula, suka dgn ketua pengawas sekolah dia iaitu ismail...kiranya cinta pertama dia...terputus abes sekolah dan jumpa balik apabila kereta salina dilanggar keta jiran yang merupakan cinta pertama salina iaitu ismail...tapi masa tu ismail dingin sgt dgn salina..salina berputus asa dgn ismail lalu menerima lamaran aizam...

sterusnya mengisahkan mengenai salina dgn ismail (cinta pertama), putus tunang dgn aizam, dikecewakan oleh ismail, dibuang keluarga, bercinta dgn adik aizam dan kahwen dgn aizam akhirnya...tapi mak aizam berdendam dgn salima di atas kematian suaminua..lepas kawen hubungan aizam ni asik on off kekadang sampai bosan gak baca...
tapi akhirnya pengakhiran yg gembira...

nota :
editing pihak SR kurang cantek...spacing dan tulisan agak besar tu sbb novel ni tebal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 01:26 AM | Show all posts
tengok kat rak di kedai
makin bertambah novel terbitan SR Publication
...
beranikan diri membaca 7HMm
(tebal sangat!... )
ceritanya tak menghampakan w/p
ada part yang macam tak logik..
dalam kategori susah letak juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 10:23 AM | Show all posts


Sinopsis Duka Bersulam Rindu
(Penulis : AMEERA AMEER)
Terbitan : SR Publication

Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati memaksa Arissa Saffiya dan Mohd Idzhar Hakimi menyeberangi sempadan demi satu ikatan.
“Pa...tolong pa...Riss nak tinggal sini pa. Riss nak tinggal dengan suami Riss...jangan pisahkan Riss dengan Idzhar pa...tolong pa...” rayu Arissa dalam esakan.
“Suami? Ini suami yang Riss banggakan? Suami yang tidak mampu memberikan apa-apa pada Riss?” soal Tan Sri Ariffin sinis.
Arissa akur, insan yang amat di cinta terpaksa ditinggalkan. Tapi mengapa? Bukankah Idzhar segala-gala dalam hidupnya?
‘Maafkan Riss abang....Riss terpaksa tinggalkan abang...Riss sayangkan abang dan cinta Ris akan terus hidup untuk abang…’
Selama enam tahun Idzhar merindui Arissa dan selama itu dia membawa lara di hati. Airmatanya menjadi murah sangat ketika ini. Syukur Ya Allah! Syukur! Hari ini, dia dipertemukan semula dengan bidadari hatinya.
Tapi kenapa wajah Arissa beku? Sudah berubahkah dia? Mengapakah tidak tersirna sekelumit jua rasa rindu di mata itu?
“Kalau I boleh ulang balik masa tu... I tak akan buat apa yang I dah buat dulu dan memang I menyesal sangat-sangat.” Ya Allah! Begitu sekali bencinya Arissa pada diri ini.
Arissa pasrah pada ketentuan Illahi. Ada sesuatu yang Idzhar tidak pernah tahu. Kehadiran Nylea yang selama ini menjadi rahsia dan punca perpisahan mereka. Biarlah hanya tuhan yang tahu, dukanya yang bersulam rindu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 10:25 AM | Show all posts


Sinopsis Cinta Gila

Nurislam...indah namanya sesempurna ciptaan Tuhan.Namun sikap dan jiwanya yang keras menjadikan dia seperti lelaki. Akhirnya terjerat dengan cinta sonsang dalam meniti arus remaja. Dia tidak peduli jika ada yang sakit hati. Dia tidak kisah jika ada yang sakit mata.Itulah dunianya.Kehadiran seorang lelaki yang dianggap pengganggu pantas saja membuat hidupnya kacau. Dialah abang angkat,musuh ketat dan merangkap suami yang dinikahi tanpa sengaja.

Sifat Nurislam yang tidak seperti wanita lain menyebabkan dia terus-terusan jadi hinaan Irham. Hidupnya kacau semenjak dia mengenali lelaki yang berlagak macho itu. Pernikahan yang secara tidak sengaja mengundang penyesalan yang amat sangat di hati Nurislam.

“Kalaulah aku tahu kau yang jadi laki aku,tak hingin aku nak kahwin dengan kau! kaulah orang yang paling aku benci dekat atas dunia ni!” marah Nurislam.

“Habis, kau ingat aku terdesak sangatlah nak kahwin dengan kau? Sedarlah diri kau tu sikit. Rasanya tak perlulah aku cakap kau tu siapa. Kau sendiri pun tahu. Dengar sini baik-baik. Kalau tak disebabkan ayah akuyang paksa aku buat semua ni, mati hidup semula pun belum tentu aku nak kahwin dengan kau!”

Ada saja hujah lelaki itu untuk menyakitkan hatinya.Dalam keadaan keliru begitu,muncul Asyraf Haqimi cuba menawan hati Nurislam yang berhati batu itu.Sikap Asyraf yang merendah diri jauh berbeza dengan Irham.Sungguh!

“Bagilah peluang pada saya.Pandanglah ke arah saya sekali.Jangan anggap saya seperti tidak wujud.Tolong jangan layan saya begini.”

Keadaan jadi lebih gila bila Irham pula cuba mencuri perhatian Asyraf yang jelas tidak berminat dengan gay sepertinya. Dua lelaki itu akhirnya membawa Nurislam kepada persoalan misteri yang begitu sukar untuk dirungkai.

Dalam kealpaannya, seorang sahabat meninggal dunia kerana kemalangan tragis. Diari sabahatnya yang ditemui mengembalikan Nurislam pada landasan yang sebenar. Dia benci dengan takdir hidupnya. Namun, terlalu indah percaturan Tuhan untuk dipersoalkan.

Kini, dia semakin pasti gerak hatinya benar walaupun sesuatu itu tidak semestinya terjadi seperti apa yang kita inginkan. Pergilah cinta gila, pergilah buat selamanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 10:26 AM | Show all posts
semua novel keluaran mac.nanti nak update harga
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 04:19 PM | Show all posts
RIBUTNYA CINTA ~ PHIDOT [ SR PUBLICATION ]
RM24.90 [ SM ]
RM27.90 [ SS ]
M/S : 618 muka surat ...
chit_ana Post at 14-12-2011 20:24



Ana, best tak buku nih..? aku suka cinta gaduh2....dera2 perasaan ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2012 08:41 PM | Show all posts
Ana, best tak buku nih..? aku suka cinta gaduh2....dera2 perasaan ni....
sellie003 Post at 2/3/2012 16:19


tak beli lagi.tapi ada yg cakap cite dia biasa2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 09:58 AM | Show all posts
tak beli lagi.tapi ada yg cakap cite dia biasa2 je.
chit_ana Post at 2-3-2012 20:41


Oh ya ker?...ada novel lain yg best tak...kalu biasa2 hmm....tak mencabar ler kan...sama jek jln citer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 11:40 PM | Show all posts
tgh baca kelat-kelat sayang..dah masuk minggu ke 4..blom abes lagi..
x dak mood nak abiskan pembacaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 04:34 PM | Show all posts
baru abih baca Lafazkan Kalimah Cintamu
aku nyer komen... buhsan! watak gila2 tak menjadi sebab over sangat dan tak realistik.
pas tu cara hero jatuh chenta kat heroin drastik sangat sbb mula benci giler. tup2 jatuh chenta dan2 tu gak... agak tak logik la...
pas tuh duk main tarik tali... ko suker, aku tak suker. aku suker ko tak suker.... siyes... buhsan! jalan cerita lebih kurang dgn kebanyakan novel... tambah tolak adegan2 romantik sket (yang tak menjadi ponnn).
yang pasti... daku keciwaaaa!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 04:39 PM | Show all posts
x best ka?baru ja beli novel lafazkan kalimah cintamu.
baru hbs baca novel 7 hari mencintaimu..mmg best...x larat nak lap air mata
2 hari dah hbs baca..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:46 PM | Show all posts
Reply 31# dedaun85


mungkin awak memang suka karya yang sebegitu...
untuk saya, tak boleh terima sgt LKC ni..
jalan ceritanya meleret2, kejap gaduh, kejap baik sampailah abes...

lain org lain citarasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:30 AM | Show all posts
Reply  dedaun85


mungkin awak memang suka karya yang sebegitu...
untuk saya, tak boleh terima  ...
mijot Post at 7-3-2012 21:46


ye... daku pun kureng jgk penerimaan!
aku rasa cam baca buku budak2 skolah lak... yang kurang kematangan nyer itteww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2012 02:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 6-6-2012 21:05



SINOPSIS BIDADARI SALJU
Penulis : MIA KIFF
Terbitan : SR Publication
Harga : SM : RM 36.90 / SS: RM 39.90

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri.

Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri.

“Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”.

Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan?

“Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!” Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik.

“Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.Kau adalah manusia yang paling aku benci!!!

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 05:01 PM | Show all posts
Reply 28# sellie003


   surie dah lama beli...biasa2 jah....hero + heroin jumpa time belajar...tak declare pung..cuma memasing cam ader raser cinta tue..   pastu hero hilang..rupa2 hilang ingatan....tapi depa kawin bcos family arrangement...hero pulih ingatan..pastu duk benci kat   heroin....sbb dier duk teringat kat aweks tempat kolej dier dulu. Heroin selekeh..penampilan berbeza time belajar n kerja...
bila tahu heroin tue sbnrnya aweks yg digilai...hero sibuk duk menakel bini dier tue.....bahasa dier sempoi....
   konflik sikit2 jah...kalu baca    pung..takkan buat ulang tayang dah ....sowi..terberi spoiler laks
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 07:55 PM | Show all posts
SINOPSIS BIDADARI SALJU
Penulis : MIA KIFF
Terbitan : SR Publication
Harga : SM : RM 36.90 /  ...
chit_ana Post at 15-3-2012 14:39



    mahaiiiiii sungguhhh...pikir banyak kali nak beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 07:57 PM | Show all posts
Reply  sellie003


   surie dah lama beli...biasa2 jah....hero + heroin jumpa time belajar...tak ...
ciksurie Post at 15-3-2012 17:01



    ader org tgh hasut dada suh beli buku tu...katanya best..
    tp smpai skang x terpengaruh lg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:51 PM | Show all posts
ader org tgh hasut dada suh beli buku tu...katanya best..
    tp smpai skang x terpengaru ...
adalia Post at 15-3-2012 19:57


tengah ambik feeling nak baca buku ASST
harap2 tak terpengaruh duk angau kat hilman gaks
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:02 AM | Show all posts
duka bersulam rindu-ameera ameer

3 bintang setengah..

suka jer novel ni...
rasanya antara semua novel keluaran SR PUBLICATION,novel ni la satu-satunya bg sy yg masuk dgn jiwa...
kisah biasa jer tp suka dgn penulisan yg x kebudak-budakan...
kisah kahwin lari tanpa restu bapa mertua...arissa terpaksa meninggalkan suami setelah diugut ayahnya,pastu dipisahkan dgn anak yg baru dilahirkan...
lepas 6 tahun,dia balik ke malaysia,terjumpa balik dgn idzhar yg rupa2 masih bergelar suaminya...

cuma dlm ni watak2 arissa,idzhar,shah nampak agak moden/lepas laku..
izdhar tu asyikla duk mencium2 arissa..ni masa diorg masih suami isteri,so bleh dimaafkan la..
tp lepas diorg bercerai sekejap tu,ada gak adegan berpelukan/cium2...
lagi plak masa arissa ditenangkan shah(sepupu)siap berpeluk2 jugak...

tp keseluruhan citer ni bg sy best

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 6-6-2012 21:04



Tajuk : Takdir Itu Milik Aku
Harga : RM 33.90 ( SM ) & RM 36.90 ( SS )
Penulis : Siti Rosmizah
Terbitan : Siti Rosmizah(SR Publication)

Sinopsis :

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.124104 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list