CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
 Author| Post time 26-3-2008 04:00 PM | Show all posts
Jam Besar



Ia dibina untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran yang cemerlang bagi semua penduduk-penduduk Parit Buntar. Jam menara ini telah dibuka dengna rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Tanah Melayu pada 24 Ogos 1961. Didirikan oleh Inchie Lim Chong Chee Parit Buntar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2008 04:16 PM | Show all posts

SELAMA

Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung 'Selamat' dibuka oleh encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870 masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul karim berasal dari Sumatera. Sebelum itu Abdul Karim bekerja sebagai Budak Pejabat dibawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikan pangkat menjadi Kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.

Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10km dari pekan Selama yang dikenali sebagai kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.

Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan(Kini kenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai(Di belakang Pejabat Majlis Daerah sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan mengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan.

Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf.

Setelah hasil bijih merosot, maka Encik Abdul Karim menyerah Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada Tahun 1888. Dibawah Inggeris Selama dibangunkan dan dimajukan seterusnya. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1980 dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran masjid lama Selama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:51 PM | Show all posts
takde sambungan lagi ke ?? ......... Perak Tengah udoh masuk ke belum yop ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2008 03:34 PM | Show all posts

Reply #124 mukmin101's post

ko sambung le, aku tengah bz lagi nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 09:48 AM | Show all posts

KUALA KANGSAR

Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebingi Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka mudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah yang ke seratus kurang satu, atau 慘uala Kurang Sa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-4-2008 09:48 AM | Show all posts
Labu Sayong amat terkenal di Kuala Kangsar. Labu sayong itu sendiri mendapat nama dari sebuah mukim di Kuala Kangsar iaitu Mukim Sayong. Mengikut sejarah, labu sayong wujud dari sebiji buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas mengisi air. Keindahan bentuk labu sayong ini bermula dengan pemilihan tanah liat di tebing-tebing sungai.

Tanah yang dipilih akan dijemur sebelum dibentuk dengan tangan menggunakan sudip buluh. Kemudiannya barulah ia digilap dengan batu luru bagi proses melicinkan labu tersebut sebelum labu sayong diasapkan.

Bentuk labu sayong yang dihasilkan adalah berdasarkan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan calaran geometri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 09:49 AM | Show all posts
Kompang ialah sejenis alat muzik Melayu yang terkenal dan sering digunakan untuk majlis perarakan sesebuah perkahwinan, perarakan tetamu terhormat serta majlis Marhaban. Biasanya, bingkai kompang atau baloh berbingkai dibuat dari kayu jenis keras seperti kayu Nangka manakala bunyi dari kompang dihasilkan dari belulang kulit kambing.

Kayu yang telah dipilih akan di bentuk menjadi bulat dan akan dijemur sebelum disapu lilin bagi mengelakkan keretakan pada kompang.Belulang kulit kambing yang telah dibuang bulunya akan diproses dahulu dengan bahan seperti air kapur, abu, sodium sulfida dan ammonia.

Apabila kulit tersebut sudah cukup kering, barulah kulit tersebut akan dipasang pada baloh berbingkai menggunakan pelekat sebelum ditindih dengan paku supaya ketegangannya terjamin dan menghasilkan bunyi yang baik.

Kini, kompang merupakan alat yang menjadi tarikan di Kuala Kangsar dan selalu dimainkan dalam bentuk okestara atau berkumpulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2008 09:49 AM | Show all posts
Seni pembuatan tekat telah dilakukan sejak dahulu lagi. Tekat atau dikenali juga sebagai bersuji atau hiasan suji timbul adalah proses menjahit benang emas pada kain baldu yang telah diregangkan pada pemidang. Proses membuat tekat ini memerlukan kain baldu, pemidang, mempulur bercorak motif dan juga benang emas.

Mempulur yang juga dikenali sebagai 慖nit' ini biasanya menggunakan kertas kadboard. Ada juga sesetengah pembuat tekat yang menggunakan keratan rotan atau buluh bagi menebalkan jahitan motif pada kain baldu. Benang emas yang dijahit membaluti mempulur biasanya menggunakan jarum khas yang dipanggil 慍uban'.

Dahulunya, pembuatan tekat ini sering dikaitkan dengan persalinan di raja serta golongan istana . Seni tekat ini bermula pada kurun ke 15, semasa zaman pemerintahan Sultan Melayu Melaka. Kesannya dapat dilihat pada pakaian-pakaian masyarakat Baba dan Nyonya Melaka.

Sehingga kini, seni tekat masih lagi dihasillkan oleh rakyat negeri Perak terutamanya di Kuala Kangsar. Antara tokoh-tokoh tekat yang terkenal di sini adalah Puan Ahdijah bt. Hashim dan Puan Hajah Azizah bt. Mohd Yusof. Kepakaran yang diwarisi oleh mereka telah menjadikan mereka dilantik mewakili negara untuk mendemonstrasikan seni menekat
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 08:25 AM | Show all posts
Website untuk mengetahu tempat2 menarik, aktiviti2 yang boleh dibuat Negeri Perak

-->>http://www.peraktourism.com/content.cfm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 11:16 AM | Show all posts
http://allmalaysia.info/state/perak/  <---:kat sini pun ada, kalau nak cari info pasal perak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 03:23 PM | Show all posts

Reply #130 in2eryn's post

bawak lah masuk weh

kasi permudahkan, one stop centre kat sini

idak payah lagi visitor teraba2 tertanya kita
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 05:01 PM | Show all posts

Reply #132 TUKANGKEBUN's post

bawak masuk macam mana ek..
ok thread ni aku dah stickkan.. harap dapat membantu visitor yang nakkan info mengenai negeri perak ini..
harap dapat membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:49 PM | Show all posts
...salam knkawan d Perak...time kasih encik kebun...kenangan 6 thn mnjelajah segenap pelusuk dr Tg Malim ke Ipoh takkan sy lupakan. abis segala ceruk jalan/laluan tikus kami explore. Tg Malim-nasi campor kak pah dpan balai polis antara pling best. Behrang-nasi lemak warong tersorok tepi landasan ujung pekan...sedaaap. Sungkai-sup burung unta tepi petronas,rasa sup org kg. Bidor-petai spnjang tahun. variasi Buah2an ckup bnyak...tp kami x kan mkn mmpelam bidor sbb kami tau 'rahsia' kemanisannya. Kampar-cuci mata mlm2 kat bandar baruusha amoi KTAR&UTAR smpai pinor bjik mata. Kota Bahru(gopeng)-tafakur sejenak di pusara bendahara Teja. Rumah tradisonal Perak yg unik(bnyak dh x brpenghuni)...kg halaman Dato' Lat&Mamat Khalid. Ipoh-nasi 'wanggey' jln yang kalthom ..mnjilat jari.Medan selera Dato' Sagor(sblah masjid negeri) pun sempoi gak. thnk u Perak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 03:36 PM | Show all posts

Balas #134 kuda-liar\ catat

oittt
citela nape tak makan mempelam bidor tu...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 09:38 AM | Show all posts

Reply #134 kuda-liar's post

eluk ko cerita satu persatu

baru sedap kita org nak dengor weh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 06:22 PM | Show all posts
selain kg coldstream&kg kuala bikam(jln tluk intan)...kebun mangga bnyak kat blakang Kg Pekan Pasir(jln sungkai)...arah sungkai mnghala pekan bdor(blah kiri)...5km sblum balai bomba...acces msuk ada signboard 'pusat pelupusan smpah MDT'. dlm tu bnyak kebun jambu,betik&mangga. kat situ gak ada pusat ternakan babi(antara yg trbesar kt Bidor)...ramai pndatang FLORES krje dusun mngga&kndang babi. stiap kndg babi ada kolam takungan air kumbahan yg besar(x terurus...kotor..hitam...meloya ya amat...pening kpala kita kat area tu). Adapun sebahagian besar tanaman yg subur mnghijau d skeliling kolam2 takungan najis ini adalah mangga yg hijau rimbun&gemuk2 putik berkembang mjdi buah yg sihat segar. ini bukan citer rekaan...x caya.pigi tngok sundri.

*support mmpelam harumanis&sala Perlis... trjamin brsih hasil tanaman 'bumi'.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 06:49 AM | Show all posts
salam...

best gak thread nih..dah lar perak nih negeri dia besar amat...kalau naik bus express KL- Penang kat highaway tu...sempat bangun tido 2 kali...baru lepas negeri perak..

bila nak citer ttg perak utara lak...taiping, bagan serai dan parit buntar??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 03:30 PM | Show all posts

Reply #138 wirazam's post

nanti aku try masukkan

x sempat sibuk sikit weh

kalau ko ada info sila lah masukkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 07:17 PM | Show all posts

Reply #137 kuda-liar's post

ni macam citer limau tambun suatu masa dulu ni
sebab2 buah tu elok menjadinya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 2.079700 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list