CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3472|Reply: 0

[Edisi Teknologi] Pembalut Luka Dari Teknologi Nano

[Copy link]
Post time 20-3-2012 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Pembalut Luka Dari Teknologi Nano

  

      Pendarahan tanpa henti semasa di medan perang atau kemalangan jalan raya mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang melalui penggunaan pembalut BioNano. Teknologi nano telah memberi idea kepada sekumpulan penyelidik dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) mencipta pembalut yang boleh menghentikan pendarahan hampir serta-merta di samping bantuan agen pembeku darah yang semulajadi ada dalam badan manusia.

      Agen tersebut ialah trombin yang perlu disalutkan pada span dan mudah dibawa oleh tentera dan pasukan paramedik misalnya. Ukuran pembalut tersebut sudah memadai dengan saiz luka yang mungkin terjadi. Span separa bersalut itu ialah satu penemuan penting tourniquet (pembalut)dan kain kasa yang terbatas bagi menghentikan pendarahan.

     Tourniquet tidak boleh digunakan ke atas kebanyakan bahagian anggota badan (leher misalnya), dan pembalut biasa yang lain pula merawat secara kimia serta ada kalanya mendatangkan kemudaratan dan komplikasi.

      Thrombin telah pun diguna pakai badan menghentikan pendarahan. Hospital-hospital telah mula menggunakannya tetapi ia berada dalam bentuk cecair. Maka span perlu direndam segera sebelum digunakan merawat luka yang sebenarnya tidak praktikal untuk mereka di medan perang.

      Span ciptaan MIT ini direka dengan lapisan silih berganti trombin dan asid tanik, yang membentuk sebuah filem nipis yang mengandungi  jumlah trombin yang banyak dan mudah di balut. Kedua-dua bahan-bahan telah diluluskan oleh FDA (Food and Drug Administration).

      Kini MIT sedang menyelidik penggunaan span yang menggabungkan sehelai lapisan pembekuan darah dengan satu lapisan antibiotik dalam satu span yang bertindak mengurangkan jangkitan di samping menghentikan pendarahan.




credit to majalahsains Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:28 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.065485 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list