CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Belon Sayang-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 1-8-2012 03:25 PM | Show all posts
kena post pendek2, kalau panjang forum ni tolak. leceh betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 03:52 PM | Show all posts

sweetnya.....cian Aina
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 04:19 PM | Show all posts
adoiiiii.... dah elok2 type kat sini terdelete pulak........ nak nangis jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 04:23 PM | Show all posts
produkherba posted on 1-8-2012 04:19 PM
adoiiiii.... dah elok2 type kat sini terdelete pulak........ nak nangis jadinya

sian! Tp ada back up kan? Tulis atas word dulu kan?

pes balik lepas tu NEXT!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 04:30 PM | Show all posts
"siapa tu muna? mak nab nampak rapat benar aina dengan dia.  abah aina ke?" soal mak nab selepas menghantar pinggan nasi ke meja makan.  maimuna diam sebab dia pun tak tahu nak mula dari mana, nak menipu pun tak kena juga.

"sebenarnya mak nab.  muna pun tak kenal dia.  pagi tadi jumpa kat pasar"

"astagfirullahalazim mai... tak bahaya ke macam ni.  buatnya penyangak macam mana?" soal mak nab walaupun hatinya kuat mengatakan seseorang penyangak tidak akan ke pasar.

"ntahlah mak nab, tawakal ajalah.  hari tu ada terjumpa dengan abah aina.  muna minta dia jenguk aina tapi dia diam aja terus tinggalkan muna.  anak dia dah sepasang, mungkin sebab tu dia tak perlukan aina lagi.  saya sedih mak nab.  saya tak tahu nak buat macam mana lagi" sebak suara maimuna bercerita.

"sabarlah muna, mungkin budak tu yang Allah hantar untuk gembirakan aina.  dahh, tak usah sedih lagi.  mak nab faham perasaan muna.  sabar ya" pujuk mak nab sebelum berlalu semula membawa mangkuk berisi sambal ikan bilis dan keropok.

"muna nak mak nab buat apa lagi ni?" tanya mak nab bila sampai ke dapur.  maimuna melihat jam di dinding sudah menunjukkan jam 7.20 malam.  lantas maimuna mengajak mak nab ke depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 04:32 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-8-2012 04:23 PM
sian! Tp ada back up kan? Tulis atas word dulu kan?

pes balik lepas tu NEXT!

herb taip kat sini terus.  tangan ni tertekan button apa tah terus terdelete.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2012 05:10 PM | Show all posts
Keciknya lah dunia ni...

Next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 05:26 PM | Show all posts
sampai di depan, maimuna lihat aina sedang terkekeh-kekeh ketawa digeletek "papanya".  setiap kali izhar berhenti aina yang terbaring di lantai akan meninggikan perutnya minta digeletek.  maimuna turut ketawa melihatkan kerenah anaknya yang bermain dengan izhar.  serasa beban perasaan yang ditanggung aina selama ini hilang dan maimuna mengucapkan syukur dalam hati.  alangkah eloknya kalau keadaan ini berterusan tapi maimuna pasti ia tidak mungkin berlaku.

"cik izhar, jom ke meja dah nak berbuka ni" panggil maimuna bila dilihatkan tiada tanda-tanda mereka berdua untuk berhenti.  

"mama"

"ya sayang"

"kenapa mama panggil papa cik izhar" aina buat muka tidak puas hati.  izhar pun tumpang semangkuk memandang maimuna dengan pandangan tidak puas hati.  ni mamat ni apahal lak bebel maimuna dalam hati kot ya pun backing anak aku takyah la buat muka macam tu.

"memang nama pakcik ni izhar mama panggil la macam tu.  dah jom ke meja.  dah nak berbuka ni" lantas maimuna berpaling ke meja makan.  maimuna ingatkan bila dijawabnya begitu aina akan diam tapi sebaliknya pula yang terjadi.

"aina nak mama panggil papa macam mak uda panggil pak uda" sebaik mendengarkan jawapan aina maimuna terus menyibukkan diri menyendukkan nasi ke pinggan.

"mak uda panggil abang kan mak nab?" sambung aina lagi.  izhar senyum dan mak nab pun tumpang sekaki cuma maimuna aja yang buat-buat tak dengar.  menyedari maimuna yang dah merah muka izhar tambah semangkuk.

"ha'ah kan aina.  patutnya mama panggil papa macam tu kan" usik izhar bila melaihatkan maimuna semakin tak tentu arah.  namun azan maghrib menyelamatkan suasana yang amat memalukan maimuna.  dia perasan izhar sedari tadi asyik memandang sahaja tapi maimuna buat tak layan.  kang tak pasal-psal dikatakan janda gatal pula.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 06:37 PM | Show all posts
ni bukan mak jan yg gatal...da tbalik suda...

next!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 08:50 AM | Show all posts
Izhar advance tul
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 09:29 AM | Show all posts
sarizu posted on 1-8-2012 06:37 PM
ni bukan mak jan yg gatal...da tbalik suda...

next!

Eh, ramai je mak jan yg baik2 kat luar sana. Tapi biasalah,,, sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 09:37 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 2-8-2012 09:29 AM
Eh, ramai je mak jan yg baik2 kat luar sana. Tapi biasalah,,, sebab nila setitik rosak susu sebela ...

setujuuu

mak jan yg baik sbnrnya lg ramai dr mak jan yg mgatal kan...
mak jan biasanya pk byk kali b4 kwin lg skli
lg2 mak jan yg punya anak dara...nak kt aku ke nak kt ank aku nih

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 12:55 PM | Show all posts
adeh, td terdelete lg.  dah tu bl paste ruapanya jd macam tu pula...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 12:56 PM | Show all posts
Eh....Apsal advance sangat si izhar ni? Risau pulak aku....

Yang aku pulak nak risau ni, kenapa?

Kih Kih Kih...

Next..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 12:59 PM | Show all posts
tolonggggggggg... macam mana nak paste supaya nampak senonoh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 01:01 PM | Show all posts
produkherba posted on 2-8-2012 12:59 PM
tolonggggggggg... macam mana nak paste supaya nampak senonoh?

Cer try paste wordings kat post reply dulu. Dah habis semua baru tekan advance mode....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2012 01:06 PM | Show all posts
advance mode butangnya kat mana? herb tak jumpa la... dah tua2 baru nak berguru
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 01:09 PM | Show all posts
Eh..selalu herb copy paste macam mana?

Advance mode - kotak post reply hujung atas kanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 01:10 PM | Show all posts
“aina nak makan? Papa suap ya?” izhar mengalihkan kedudukan aina ke paha kirinya bila aina menganggukkan kepala.  Mak nab dan maimuna Cuma memerhatikan sahaja tingkah izhar yang melayan kerenah aina.

“aina makan pedas ke?” izhar bertanya prihatin dan pertanyaannya Cuma dibalas dengan anggukan kepala oleh maimuna.  Tangan izhar lincah menggaulkan nasi dengan sambal  dan telur dadar dicubit sebelum disuap ke mulut aina. Keriangan jelas terpancar di wajah aina yang nampak berselera disuap izhar.  Izhar hanya makan sebutir kurma sahaja semasa berbuka dan sekarang asyik melayan aina makan.  Suasana yang tidak pernah terjangkau dek akal maimuna satu ketika dulu kini berlaku di depan matanya.

“papa, nak air” izhar lantas menyuakan mugnya ke mulut aina.

“aina nak makan lagi?” pertanyaan izhar dibalas dengan gelengan kepala menandakan dirinya kenyang.  mak nab tahu dia perlu bertindak memberikan ruang untuk izhar dan maimuna berbual.

“aina, jom nek nab basuhkan mulut tu.  Comot cucu nek nab ni. Cik izhar makan dulu, biar mak nab bawa aina ke biliknya” mak nab mengambil aina dari pegangan izhar dan membawanya terus ke bilik.  Maimuna yang sedari tadi mendiamkan diri menambah nasi lemak ke pinggan izhar.  Satu-persatu lauk-laun peneman nasi lemak dicedukkan ke pinggan izhar dan tindakannya itu membuahkan senyuman panjang dari izhar.

“senang hati saya kalau begini layanan yang akan saya terima bila berkahwin nanti” luah izhar tanpa menyedari luahannya menyebabkan hati maimuna bagaikan dihiris-hiris.  Kenapa layan aina macam ni kalau dah nak kahwin.  Kesian aina.  Apa tujuannya buat macam ni? Kalau ya pun nak praktis pergilah ahwin dulu dah dapat anak nanti praktikkan la.  Perubahan air muka maimuna dapat dilihat dengan jelas oleh izhar yang duduk bertentangan dan bagaikan dapat mengagak puncanya izhar memperjelaskan lagi maksudnya.

“mula-mula suap anak lepas tu mamanya pula suap papa.  Mesti aina happy kan?” pertanyaan izhar menyebabkan maimuna terpempan seketika.  Apa pula yang cuba disampaikan izhar ni fikir maimuna.  Tadi kata nak kahwin ni tiba-tiba apasal pula melibatkan aku dan aina pula.  

“bila nak mula makan ni?  Asyik bercakap aja habis pula maghrib” itu yang mampu maimuna katakan untuk mendiamkan izhar.  Izhar hanya senyum sebelum menyambung makan yang tergendala.  Sesekali matanya melirik kepada maimuna yang tidak selesa duduk di depannya.

“kalau dah sudah , pergi solat dulu.  Tak perlu tunggu saya.  Dah jadi suami baru wajib layan saya” selamba izhar memberitahu sebelum tangannya menambah nasi.  Benar seperti diberitahu aina, nasi lemak mamanya memang sedap apatah lagi dimakan dengan keropok dan telur dadar, sedapnya sambal tumis tak boleh nak cakap.  Izhar hanya memandang maimuna yang meninggalkan meja dengan muka yang keliru.   Tak lama lagi sayang, abang akan cepat-cepat ikat sayang ucap izhar dalam hati sambil tersenyum sendiri.  Mak mesti happy dapat menantu pandai masak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 01:11 PM | Show all posts
ok, dah pandai... selama ni dok tekan kotak reply... patut la takde button tu.  malu lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.095456 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list