CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surianovember

Novel : Sejuta Kali Kasihku - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 20-11-2012 06:42 PM | Show all posts
misssakura posted on 20-11-2012 06:37 PM
nak lagi

ya ya.. nanti hanna letak next entri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 09:06 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 11:45 AM
Alahai ana, komen saya cincai aje tuh...ikut suka aje...takde yg istimewa pun....tp apa pun  ...

tp komen sellie ada kesinambungan klu komen ana lak sesuka rasa ikut pala sendiri aje
tp siyesly citer yg sellie wat tue ana x tahu nak komen camner jd SR sajork
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 09:07 PM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 06:42 PM
ya ya.. nanti hanna letak next entri

bila suria membahasakan diri sebg hanna di sini terasa cam akak panggil anak bongsu akak aje, Hanna jugak

ok ok cepat sambung lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 09:20 PM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2012 09:07 PM
bila suria membahasakan diri sebg hanna di sini terasa cam akak panggil anak bongsu akak aje, Hann ...

muahaha.. sbb suria ada dua nama pena. Sbb tu kekadang hanna kekadang suria.. ya ya.. nanti suria sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 09:57 PM | Show all posts
SEJUTA KALI KASIHKU 9

  Rambutku yang panjang melepasi bahu aku biarkan terurai. Kelopak mataku tertutup seketika. Aku merapatkan tubuh pada pagar balkoni. Baru aku teringat. Rumah inilah yang Nafi’ bawa aku tidak lama dahulu selepas enam tahun kami tidak bertemu.

  Masih segar di ingatanku kata-katanya.

  “Kau memang tak kenal aku?” Soalnya lagi.

  Aku menggeleng. Pecah ketawa lelaki itu.

  “Takkan kau tak kenal aku wahai Wafi Yasmina?”

  “Saya memang tak kenal encik!” Tekanku keras.

  Lelaki itu bingkas bangun lalu mendekatkan bibirnya di cuping telingaku.

  “Aku, Ungku Nafi’ Jihadi.”

  Saat itu, hanya Sang Pencipta yang tahu apa yang aku rasa. Bagaikan jantungku berhenti berdegup dan nadiku berhenti berdenyut. Tapi kini, dia suamiku.

  Aku melemparkan senyuman sebelum menengadah dada langit.

  “Langit tu kosong. Tak payahlah tengok,”ujar satu suara di belakangku.

  Nafi’ mendekatiku dan merangkul erat pinggangku. Jelas kedengaran desahan nafasnya. Wajah tampan itu kelihatan penat.

  Sikit tahun lagi kalau dia tidak berkahwin, pasti akan digelar bujang terlajak. Bujang terlajak yang nakal, mulut manis dan suka menganggu ketenteraman orang lain.

  “Err.. encik..”

  Keningku bertaut. Dahinya berkerut.

  “Bukan encik. Panggil abang.”

  “Abang…”

  “Macam tu baru betul. Ni panggil encik. Tak ada class!” Guraunya seraya mencuit hidungku.

  Aku melepaskan tawa sebelum menggeleng.

  Pipinya aku elus lembut. Nafasnya tidak teratur. Terlalu penat!

  “Abang nampak penat,” keluhku lemah.

  Lelaki itu tersenyum dan menggeleng.

  “Abang tak penat malah abang bahagia. Selepas apa yang berlaku selama enam tahun ni, abang gembira sangat. Gembira boleh jumpa dan bersama sayang. Tak sia-sia pengorbanan abang selama ni.”

  Dahiku berkerut. Pengorbanan?

  Mata bening itu menatapku lama. Jantungku berdegup kencang. Rasa bahagia mula menari-nari di hati. Rasa cinta makin bertambah. Kini aku yakin dia mampu menjadi suami yang baik. Mampu membimbingku ke syurga.

  Pintu taubat Allah takkan pernah tertutup selagi dunia ini masih berdiri kukuh. Bertaubatlah. Tidak perlu isytihar diri. DIA mengerti. Kita cuma hamba-Nya yang lemah lagi kerdil. Wajarlah kita melakukan kesilapan. Wajarlah kita tergelincir dari jalan yang benar.

  Mungkin orang akan memandang hina kepada kita. Mungkin orang akan mengkritik. Tapi hanya Sang Pencipta yang menilai segalanya.

  “Pengorbanan apa?”

  “Ye lah. Berkorbanan. Buat mata juling bila perempuan cantik lagi seksi ada depan mata abang,” guraunya. Aku mengetap bibir. Lantas tanganku singgah di lengannya.

  “Aduh. Sakit sayang. Abang gurau je.”

  “Tahu pun sakit.”

  Kemudian kami sepi. Melayan perasaan masing-masing. Mungkin aku masih kekok.

  “Abang…”

  “Hurmm.”

  “Abang kerja apa?”

  Lelaki itu melepaskan tawa.

  “Maknanya selama ni sayang tak tahu abang kerja apa?”

  Terus aku mengangguk. Lelaki itu tersenyum nakal. Dia menggaru kepalanya.

  “Aaaa…”

  “Cepatlah beritahu,”gesaku.

  Selama ini, aku memang tidak tahu pekerjaan Nafi’. Bukan tidak mahu bertanya tapi aku rasa tidak perlu waktu itu. Tapi tika ini, aku rasa aku perlu tahu semua hal tentangnya.

  Aku perlu tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Aku perlu belajar menjadi isteri solehah. Ya! Perlu.

  “Abang kerja sebagai pencuri hati sayang a.k.a arkitek.”

*****

  Kepalaku digaru berkali-kali. Nafi’ berdiri di hadapan Porshe Cayenne miliknya. Aku menghela nafas lemah. Sudah aku pesan kepadanya supada pulang terlebih dahulu namun dia masih membatu di situ. Malah turut mengukirkan senyuman manis kepadaku.

  “Abang baliklah dulu. Nanti Yasmin balik dengan Ulfah.”

  Lelaki itu menggeleng.

  “Tak nak. Abang nak tunggu sayang.”

  Semalam dia sudah berjanji untuk tidak menungguku. Aku bukannya anak kecil yang perlu diawasi sebegini rupa. Aku tahu menjaga diri.

  Lagipun ini rumahku dahulu. Ulfah pun bukannya tidak bekerja.

  “Baliklah. Nanti Yasmin balik naik kereta Yasmin,” ujarku lembut. Mataku bersabung dengan mata bening itu.

  Dia meramas kasar rambutnya sebelum menyeringai. Kemudian dia mengangkat kedua-dua belah tangannya.

  “Fine! Abang balik tapi Yasmin pergi masuk dulu.”

  Aku mengangguk terus aku berpaling dari melihat wajahnya dan membuka pintu pagar. Perlahan-lahan aku menapak masuk ke rumah lamaku. Kereta Kelisa milikku masih tersadai elok di halaman rumah. Terus aku mengetuk pintu.

  Dan setelah berapa lama, daun pintu terbuka. Dahiku berkerut. Infazah tersengih sambil menggaru kepala.

  “Eh, In buat apa kat sini?” Ajuku separuh terperanjat

  “Hehe. Ulfah ajak teman dia. Dia takut!”

  Ketawa terlepas dari bibirku. Ulfah, Ulfah. Rupa-rupanya takut yang dia alami masih belum hilang. Mujur Infazah sanggup menemani.

  “Marilah masuk, Wafi,”pelawanya sopan.

  Aku mengangguk. Terus aku menapak masuk ke dalam rumah. Ulfah yang baru bangun tidur aku pandang. Kalau hari cuti memang liat bangun awal.

  “Anak dara apa bangun pukul 9 ni?”

  “Muahaha. Anak dara yang baik macam aku memang bangun lewat. Hang buat apa kat sini?”

  “Datang ambil baju aku tapi aku lambat lagi balik sebab aku dah suruh Nafi’ balik dulu,” terangku sambil mataku melingas kiri dan kanan.

  Terus aku merebahkan diri ke atas sofa. Tanganku membuka tudung yang meliputi kepala. Kipas siling ligat berputar sedikit pun tidak menghilangkan panas yang aku alami. Dari pagi tadi aku banyak membuat kerja. Lagipun mama, papa, Laili dan Lidiya sudah pulang ke Selangor.

  Suami Kak Lidiya tidak pulang bersama kerana tidak mendapat cuti. Keluarga yang benar-benar bahagia bagiku. Baru kini aku merasa erti sebuah keluarga.

  “Best jadi bini Nafi’?” usik Ulfah.

  “Ulfah tengoklah muka si Wafi tu macam mana. Berseri-seri,” giat Infazah pula.

  Aku menggeleng. Selalu tidak terlepas dari menjadi usikan mereka.

  “Eii. Kau bila lagi, Ulfah? Ha. In pun sama. Bila nak kahwin?”

  Soalan aku benar-benar memerangkap mereka berdua. Terkulat-kulat mereka tidak menjawab soalanku. Aku terus melepaskan tawa. Kan dah kena. Wajah merah milik Infazah dan Ulfah aku pandang.

  “Bila Wafi dapat anak, mesti kami dah kahwin masa tu!” Tutur Infazah yakin.

  “Betul ke?”

  “Betul meh!” Tokok Ulfah lagi.

  “Kalau aku cakap sekarang aku dah pregnant macam mana?”

  Mata mereka membulat. Aku menggeleng. Tersungging senyuman nakal di bibirku.

  Tanganku ditarik. Ulfah duduk di kananku dan Infazah duduk di kiriku. Mata mereka jatuh pada perutku. Adeh! Aku tipu pun boleh percaya. Teruk sungguh mereka ini. Mustahil untuk aku sudah mengandung.

  “Wei, tipu je.”

  “Eii. Sengaja buat kami terkejut.”

  “Tapi Min, aku bahagia sangat tengok hang sekarang ni. Dah senyum, ketawa. Hang dah bahagia nampaknya. Memang Nafi’ boleh jadi suami yang baik.”

  Bibirku melakar senyuman manis. Ya! Kini aku yakin setiap sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Pelangi terlakar selepas bumi menangis sepi. Dan kadang-kadang, benda yang kita rasa baik untuk kita sebenarnya tidak baik untuk kita.

  Dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan lebih baik bagimu. Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan mudarat kepadaku dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak tahu (Al Baqarah : 216)

  “Dulu, aku tak yakin dia boleh jadi suami yang baik tapi sekarang, aku yakin dia boleh jadi suami dan bapa yang baik.”

  Mereka mengangguk serentak.

  “Eh, aku terlupa nak ambil surat kat peti surat. Tunggu sekejap.” Ulfah meminta diri.

  Aku dan Infazah leka berbual.

  “Wei, kenapa hang biar laki hang tidur depan ni?” Laung Ulfah.

  Dahiku berkerut. Bukankah Nafi’ sudah pulang? Terus aku mencapai tangan Infazah dan keluar dari rumah.

  Ya Allah! Tak balik pun.

  Jelas Nafi’ sedang bersandar pada pintu pagar dan tertidur. Nyenyak sekali.

  Aku mendekatinya dan menggoyang bahunya berkali-kali. Dia terjaga dan mengerutkan dahi. Seketika kemudian dia tersengih.

  “Abang kenapa tak balik? Kan Yasmin suruh balik.”

  “Abang takut nanti Yasmin kena culik kalau balik sendiri,” keluhnya. Pecah ketawa Infazah dan Ulfah. Aku menggeleng. Suamiku ini semakin lama semakin kebudak-budakan!




Last edited by surianovember on 20-11-2012 10:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 10:27 PM | Show all posts
“Abang takut nanti Yasmin kena culik kalau balik sendiri,”...
sweet
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2012 10:40 PM | Show all posts
misssakura posted on 20-11-2012 10:27 PM
“Abang takut nanti Yasmin kena culik kalau balik sendiri,”...
sweet:loveliness ...

muahahaha.. sila kencing manis
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 10:51 PM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 10:40 PM
muahahaha.. sila kencing manis

haha... tkut jugak kena kencing manis lepas bce citer suria ni.. diorang ada masalah lg ke lps ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2012 10:54 PM | Show all posts
misssakura posted on 20-11-2012 10:51 PM
haha... tkut jugak kena kencing manis lepas bce citer suria ni.. diorang ada masalah lg ke lps ni? ...

muahaha.. nanti sama2 kita pergi hospital cek ada diabetes ke tak.. Masalah? entahlah.. akak kena tunggu.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 07:57 AM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2012 09:06 PM
tp komen sellie ada kesinambungan  klu komen ana lak sesuka rasa ikut pala sendiri aje ...

Alahai...komen saya xde mendanya...biasa aje...luahan rasa masa baca tuh aje...tak lebih2 pun...huhu....

Baca ke? Thanks so much ana........saja nak try bakt...citer tuh pun idea dr kawn...so garap & kembgkn jd citer...ahaks...

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 07:59 AM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 04:33 PM
muahaha.. kalau akak nak tahu, kena baca next entri dan seterusnya

Ok....baru nak baca nih...td akak tgh karg citer sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:46 AM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 10:54 PM
muahaha.. nanti sama2 kita pergi hospital cek ada diabetes ke tak.. Masalah? entahlah.. akak kena  ...

klu citer nie pendek sure sweet2 aje tp klu panjang then mmg akan ada konflik brlah rasa ngam yea x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:47 AM | Show all posts
sellie003 posted on 21-11-2012 07:57 AM
Alahai...komen saya xde mendanya...biasa aje...luahan rasa masa baca tuh aje...tak lebih2 pun...hu ...

sudah tentu baca
dan ttp akan jadi SR
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:57 AM | Show all posts
fatehana posted on 21-11-2012 10:47 AM
sudah tentu baca
dan ttp akan jadi SR

Tq, Tq....tak kisah ler SR...saja je  tuh mengarg suka2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:09 AM | Show all posts
mana adik suria nih...? bila nk sambung...atau pi sambung tido ke time2 cuti skool nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 12:33 PM | Show all posts
fatehana posted on 21-11-2012 10:46 AM
klu citer nie pendek sure sweet2 aje tp klu panjang then mmg akan ada konflik brlah rasa ngam yea  ...

naaa naaa.. cerita ni dah nak habis kak.. tak ada konflik bagai sangat.. takat cemburu buta ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2012 12:34 PM | Show all posts
sellie003 posted on 21-11-2012 11:09 AM
mana adik suria nih...? bila nk sambung...atau pi sambung tido ke time2 cuti skool nih...

hehe.. tunggu tunggu.. Ada ni.. tak tidur pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:48 PM | Show all posts
surianovember posted on 21-11-2012 12:34 PM
hehe.. tunggu tunggu.. Ada ni.. tak tidur pun

Hahahh...igt membuta waktu coti2...sorry ya akak gurau2 manja jek....

P/S Gambr jejaka jambu yg adik suria tepek tuh org yg sama ke degn avatar gambr belah tepi tuh? akak shuka mamat jambu tuh...muka lembut & menawan gituh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 01:11 PM | Show all posts
sellie003 posted on 21-11-2012 12:48 PM
Hahahh...igt membuta waktu coti2...sorry ya akak gurau2 manja jek....

P/S Gambr jejaka jambu yg ...

hehe.. tak pa.. gurau jek.. yepz.. orang yg sama.. abang hanna tu.. kekek
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 01:45 PM | Show all posts
surianovember posted on 21-11-2012 01:11 PM
hehe.. tak pa.. gurau jek.. yepz.. orang yg sama.. abang hanna tu.. kekek

Abg sayang ke...abg mintak duit..?... nama sebenr hanna ke? akak terpanggil suria lak...nasib x panggil november...huhu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.116823 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list