View: 2917|Reply: 2
|
[Jenayah]
POLIS KELANTAN CARI DUA LELAKI BANTU SIASATAN KES BUNUH BEKAS TENTERA DI BACHOK
[Copy link]
|
|
Kota Baharu 25 Feb - Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki
yang dipercayai boleh membantu siasatan kes tetak dan tembak mati seorang lelaki di Kampung Kemasin, Bachok pada 15 Feb lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Ali Amirul Aliff Rosdi, 19, dari Kampung Padang Lati, Bekelam, Bachok dan Hatim Mohd Zain, 24, dari Kampung Padang Lati Hilir, Bekelam, Bachok.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, seorang bekas anggota tentera, Sauti Muda, 57, ditembak dengan pistol dan ditetak dengan pedang oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika mangsa sedang bersarapan bersama isterinya di sebuah kedai makan, berhampiran rumahnya.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan polis mempercayai dendam sebagai motif kejadian itu.
Sehubungan itu, Lai meminta orang ramai yang mengenali atau mengetahui kedua-dua lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Bachok, ASP Mat Lias Abdullah melalui talian 09-7788222 atau balai polis berhampiran. -BERNAMA
p/s: abe keros ado lagi dok?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummah melayu kelantan bunuh melayu kelantan ummah jawa tongkang johor duduk tepi tepuk tangan sambil senyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Vokuro posted on 25-2-2013 11:20 PM
Ummah melayu kelantan bunuh melayu kelantan ummah jawa tongkang johor duduk tepi tepuk tangan sambil ...
aiyo.. sampai kesini penyakitnye.. ingatkan kat dlm stadium je nak becakau..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|