CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nmohdr

Terlanjur Cinta

[Copy link]
Post time 15-7-2013 09:53 AM | Show all posts
cegitu posted on 14-7-2013 05:25 PM
Takkan dok pulun buat kuih raya dah?

heheeeh tt update la cepat ye...x sabar nk tahu twin nurin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 05:56 PM | Show all posts
aik cik tt betul2 bz...tak sabarnyer....harap mlm ni cik tt terdaya update yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 09:10 AM | Show all posts
Bab 31

Zuhrin bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Jam baru menunjukkan pukul tiga pagi dan paginya dikejutkan dengan panggilan telefon.

Kata Kak Ina, Nurin dah sakit nak bersalin, air ketubannya dah pecah.

“Aku ni mimpi ka?” Zuhrin bertanya kepada dirinya sendiri.

Di capainya telefon, didailnya semula nombor telefon Kak Ina.

“Assalamualaikum, Kak Ina. Betoi ka tadi Kak Ina call bagitau Nurin nak bersalin?” Terpa Zuhrin sebaik sahaja mendengar telefon dijawab.

“Ya Allah, Zuhrin. Cepatlah balik, betoi aih...hang tak mimpi. Nurin sakit ni, Kak Ina tak tau nak buat apa.” Suara Kak Ina sedikit tinggi apabila mendengar soalan Zuhrin.

Bukan niat Ina mahu meninggikan suara kepada suami majikannya, namun dek kerana gementara, takut dan situasi yang tak pernah dilaluinya buatkan dirinya hilang kawalan.

Sebaik mendengar kata-kata Kak Ina, Zuhrin terus mencapai kunci keretanya. Kalau boleh terbang, ingin saja dia terbang ke sisi isterinya yang sedang bergelut dengan kesakitan.

Pergerakan Zuhrin mengejutkan mak dari tidur.

“Ayen nak pi mana pagi-pagi ni?” Mak hairan melihat Zuhrin dah siap berpakaian.

Zuhrin sangat terperanjat dengan kehadiran mak, sebolehnya dia memang tak mahu mak terjaga.

“Er....Ayen dapat call ada emergency. Ayen kena pi settle emergency tu. Ayen mintak maaf ya mak sebab kelam kabut sampai mak terjaga.” Sesungguhnya dia tersangat rasa bersalah kerana sekali lagi dia terpaksa berbohong.

“Takpalah kalau lagu tu, tapi Ayen jangan bawak kereta laju-laju.” Sambil Zuhrin menyalami tangan mak, mak sempat menitipkan pesan.

Zuhrin memeluk erat mak.

“Ayen sayang sangat kat mak. Maafkan Ayen ya mak.” Mak tersenyum lembut sambil menganggukkan kepalanya.

Zuhrin bergegas kembali ke rumahnya. Nasib baiklah rumah mak dengan rumah kelamin mereka hanyalah dua puluh minit jaraknya. Itupun dia rasanya sangat jauh. Zuhrin bagaikan menyesal meninggalkan Nurin selepas Zuhur tadi, selepas Nurin mendesaknya untuk pulang ke rumah mak dan bermalam apabila mak menyatakan kerinduannya.

Sebenarnya sejak dari selepas Asar lagi Nurin sudah turun tanda. Tanda ialah apabila terdapat mukus ataupun lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah tanda yang paling awal dan paling lazim berlaku.

Tak lama selepas itu, air ketubannya pula pecah. Tekanan disebabkan oleh pengecutan ataupun kontraksi rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

Namun syukurlah, air ketuban yang keluar hanya secara lelehan dan tidak berwarna membuatkan Nurin hanya mendiam di dalam bilik.

Namun apabila kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut), Nurin tak mampu bertahan lagi. Nasib baiklah Ina dan Seri hanya berbual-bual sambil menonton televisyen di ruang rehat tingkat atas. Mendengar suara Nurin yang kesakitan buatkan mereka terus menghubungi Zuhrin.

Kesakitan itu datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat.

Nurin merasakan masanya hampir tiba. Kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Apabila kesakitan ini tidak hilang apabila Nurin cuba berehat atau berjalan-jalan. Nurin cuba untuk tidak panik kerana tidak mahu menambahkan kepanikan Ina dan Seri yang melebihinya.

Selalunya, proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam).

Sebaik Zuhrin sampai, dia terus bergegas ke kamar utama dan berhati-hati mendukung isterinya yang sedang kesakitan.
Berhati-hati Zuhrin menuruni tangga, bimbang tersilap langkah. Nasib baiklah semua kelengkapan untuk dibawa ke hospital sudah Nurin siapkan sebaik kandungan mencecah sembilan bulan, bimbang kelahiran lebih awal ataupun terlupa mengenainya.

Beg yang berisi beberapa kelengkapan dirinya dan anak-anak yang bakal lahir dijinjing kemas oleh Seri dan Ina pula masih kelihatan panik.

Mereka mendaftar masuk ke hospital bersalin di Taman Patani Jaya yang jauhnya hampir setengah jam tapi oleh kerana mereka bergegas seawal empat pagi, perjalanan hanya menjadi lima belas minit.

Nurin ditolak masuk ke bilik bersalin sebaik sahaja sampai. Zuhrin tak sanggup berpisah dengan isterinya. Dia tak mahu melepaskan saat-saat indah bergelar bapa. Hampir sejam setengah berada di dalam bilik bersalin, Zuhrin keluar dengan senyuman.

Ina dan Seri yang berdebar-debar lega melihat senyuman Zuhrin.

“Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hidup kami dah lengkap kak.” Zuhrin masih bagaikan tidaak percaya, melihat dan melalui bersama pengalaman Nurin melahirkan kembar sulung mereka.

Sepasang cahayamata comel yang dilahirkan secara normal. Namun, Zuhrin insaf apabila melihat kesakitan dan kepayahan yang Nurin lalui sebelum kembarnya keluar. Pengalaman yang makin mencambahkan rasa kasihnya kepada Nurin.

Zuhrin mengazan dan mengiqamatkan anak-anaknya. Air matanya berlinang, tak terucap syukurnya atas nikmat dan kurniaan Allah kepadanya. Dia berazam untuk menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anaknya.

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 09:57 AM | Show all posts
nmohdr posted on 16-7-2013 09:10 AM
Bab 31

Zuhrin bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Jam baru menunjukkan pukul tiga ...

Errkkk satu entry je ke tt....kalau free smbg la lagi yee..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 01:40 PM | Show all posts
Please sambung lg.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 12:45 PM | Show all posts
Bab 32

Selepas tiga hari melahirkan kembar comel yang diberi nama Nurzaiham dan Nurzaihani barulah mereka berdua teringatkan keluarga di kampung.

“Cemana ni awak? Saya lupa la nak bagitau tok. Hari tu banyak kali tok pesan suruh bagitau bila saya nak bersalin. Dia nak suruh saya balik pantang kat kampung.” Zuhrin termenung panjang mendengar soalan daripada Nurin.

Dia tiada akal bagaimana nak menangani masalah mereka. Menghantar Nurin ke kampung bermakna, dia takkan berpeluang menghabiskan masa menjaga isteri dan anak-anaknya sedangkan dia mahu sangat memberikan tumpuannya kepada Nurin dan anak-anak yang baru dilahirkan.

“Saya tahu, awak belom sedia. Saya faham, saya tak marah.” Nurin melihat Zuhrin terhenti daripada mengemas barang-barangnya dan jugak anak-anak. Zuhrin yang sedang mengelamun tersentak.

Mereka akan keluar daripada hospital bersalin sekejap lagi. Zuhrin berkalih dan memandang sayu isterinya.

Nurin hanya mengukir senyum, dia tak mahu menambah beban atau masalah suami. Dia mahu jadi isteri yang menyenangkan hati suami, seorang isteri solehah.

“Maafkan saya.” Air mata Zuhrin bergenang.

Nurin menghulurkan tangannya dan tangannya disambut Zuhrin. Nurin menarik lembut Zuhrin untuk duduk di sisinya di atas katil hospital.

“Awak, saya tahu awak sentiasa cintakan saya. Kalau awak tak cintakan saya, awak takkan buat keputusan sebesar ni dalam hidup awak. Saya dah bersedia dengan segala kemungkinan asalkan saya tahu yang awak sentiasa cintakan saya.” Nurin meletakkan tangan mereka berdua di dada Zuhrin.

“Terima kasih.” Tiada kata-kata selain ucapan terima aksih yang mampu Zuhrin ucapkan atas tolak ansur Nurin.

“Macam nilah, awak hantaq saja saya balik rumah tok. Cakap saja, awak menunaikan amanah suami saya untuk hantaq saya balik rumah tok. Tapi tak perlulah awak huraikan siapa suami saya. Cukup sekadar itu. Kita tak perlu menambah dosa dengan berbohong lagi.” Zuhrin mengangguk lemah.

Seperti yang dijangka semua orang terperanjat apabila melihat Zuhrin membawa pulang Nurin balik ke rumah tok bersama dua orang anak mereka.

Seperti yang dikatakan Nurin, Zuhrin sekadar memberitahu dia menunaikan amanah suami Nurin untuk Nurin berpantang di kampung kerana dia tak dapat menunaikan tanggungjawabnya buat sementara. Hanya kemaafan dititip kerana ketidakupayaannya.

Tanpa soalan banyak, tok yang gembira melihat cicit-cicitnya pantas menyiapkan bilik di tingkat bawah bersama Maksu untuk Nurin berpantang.

Zuhrin perasan, ada banyak tanda soal di wajah beberapa bapa-bapa saudaranya. Namun sengaja dia menyibukkan diri dengan harapan dapat melepaskan diri buat sementara waktu. Dia tahu yang dia takkan berjaya melepaskan diri kalau terperangkap dengan soalan-soalan daripada mereka.

Azam Zuhrin, dia akan menyelesaikan semua masalah mereka secepat mungkin. Dia tak mahu terus melayan Nurin bagaikan kekasih gelap sedangkan Nurin isterinya yang sah.

Nurin mencuri pandang kepada Zuhrin dan sibuk mengangkat barang-barangnya dan anak-anak dari kereta ke dalam bilik yang baru disiapkan oleh tok. Sepantas internet berita kelahiran anak-anak mereka tersebar di seluruh kampung.

Rumah tok mula penuh dengan saudara mara dan tetangga untuk berziarah dan melihat orang baru. Nurin sangat-sangat terharu dengan perhatian yang diberikan. Oleh kerana Nurin bersalin secara normal, tok mula menyuruh Pak Tam mencari daun-daun kampung untuk dibuat mandi dan juga menempah bidan untuk mengurut Nurin selepas sepuluh hari.

Dalam kekalutan itu, Nurin sempat menitipkan sms buat Zuhrin.

“Terima kasih kerana mengahwini saya, terima kasih kerana memberikan saya kasih sayang sepenuhnya dan terima kasih kerana awak, saya kembali memiliki keluarga.”

Zuhrin tersenyum sendiri membaca sms Nurin.

“Terima kasih kerana menjadi suri hidup saya, terima kasih kerana melengkapkan hidup saya, semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati dan semoga cinta kita membawa ke syurga.” Balasan sms Zuhrin juga membuatkan Nurin tersenyum sendiri.



Last edited by nmohdr on 18-7-2013 12:47 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2013 12:46 PM | Show all posts
suria74 posted on 16-7-2013 09:57 AM
Errkkk satu entry je ke tt....kalau free smbg la lagi yee..

tq dan sorry kpd suma follower. kekangan masa buatkan x sempat nk mengarang. takut karang kalut, kartun lak jadiknya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 12:49 PM | Show all posts
1 soklan "cik tt" tu apa ya?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 01:18 PM | Show all posts
heheheh tt means "tuan tanah" kot....selalu tgk depa komen gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 01:52 PM | Show all posts
Lar awat sikit sangat?..tak puas baca dah habis....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 04:13 PM | Show all posts
Zuhrin.. cepatlah selesaikan masalah ni sbm jadi bertambah kusut
Nanti tenogk anak2 Nurin sebijik rupa Zurin... tak kalut.... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 04:18 PM | Show all posts
adoyaiiiii zuhrin... pasai pa tak bertrus trang taim tuh... macam jantan tak dak tulurrrrr plak zuhrin nih...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
tuan tt bkn tok tu bidan ke nape lak kena temph org len kan dulu nurin g berubat dgn dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 02:29 PM | Show all posts
whm posted on 19-7-2013 06:17 AM
tuan tt bkn tok tu bidan ke nape lak kena temph org len kan dulu nurin g berubat dgn dia?

tok menakan dia yg bidan, bukan tok...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 02:38 PM | Show all posts

Bab 33

Sejak Nurin dihantar ke kampung dan dijaga oleh tok, Zuhrin sentiasa resah apabila sendirian di rumah kelamin mereka. Dia rindukan isteri dan anak-anaknya. Dia mahu sangat berbakti di saat-saat Nurin berpantang dan tak mahu terlepas peluang melihat perkembangan anak-anak yang menurut Nurin sudah pandai tersenyum.

Walaupun dekat, keadaan sekarang bagaikan seorang di Sungai Petani dan seorang lagi di Adelaide seperti dulu.

Zuhrin mengeluh lagi, cuba mencari akal bagaimana untuk dia bersama isteri dan anak-anaknya.

Zuhrin tak mahu berfikir panjang lagi, dia mengemas sedikit sebanyak barang-barangnya, dia nekad untuk tinggal di rumah tok buat beberapa ketika. Jika tidak sepanjang Nurin berpantang, mungkin seminggu dua.

Nurin terkejut apabila melihat Zuhrin sampai di rumah tok dengan beg. Tok tak banyak soal kerana sebelum ini memang Zuhrin kerap bermalam di rumah tok, kadang-kadang sehingga berminggu-minggu Cuma sekembalinya dia ke Malaysia selepas tamat pengajian dia belum sempat bermalam di rumah tok, sekadar menjenguk.

Zuhrin tersenyum riang melihat isteri dan anak-anaknya. Walaupun tak dapat berbual mesra dengan Nurin seperti selalu, Zuhrin tersangat gembira kerana dapat meluangkan masa menimang anak-anaknya. Tambahan pula jika Nurin sedang menyusukan salah seorang pasti yang seorang lagi juga mintak diberikan perhatian.

Zuhrin mula belajar menukar lampin, menyediakan susu dan menidurkan anak-anak. Memandikan anak, tok tak mengizinkannya bahkan Nurin sendiri tidak diizinkan tok memandikan anak-anak.

Mujurlah di rumah tok yang ada hanyalah tok, maksu dan suaminya paksu bersama dua orang anak mereka yang baru berusia tiga dan empat tahun. Maksu suami isteri pula bukanlah jenis yang suka bergossip mahupun mengambil tahu hal orang lain.
Mereka tidak pernah bertanya tentang Nurin dan Zuhrin. Zuhrin mengharapkan keadaan itu kekal lama.

Dalam perasaan teruja, Zuhrin kagum melihat Nurin mengikut saranan tok untuk berpantang secara tradisional. Aspek  penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta.
Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Amalan-amalan biasa  ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang ialah seperti bertungku, mengurut untuk menyegarkan badan, mandi dedaun atau mandi susu, melulur badan, bertangas, berbengkung, bertasak, minum air akar kayu dan jamu dan juga makanan berkhasiat untuk yang berpantang.

Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam. Nurin pula rasa amat dihargai dan disayangi sepanjang masa dengan perhatian yang diberikan oleh tok dan juga Zuhrin. Sudah lama dia rindukan kasih saying keluarga.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian. Mereka memilih menggunakan set bersalin lengkap Nona Roguy seperti yang disarankan oleh tok. Tanpa banyak bicara, Zuhrin mencarinya untuk isteri yang amat dikasihi. Dia mahu Nurin sihat seperti dulu.

Bertungku dilakukan selama 44 hari berpantang menggunakan tungku besi yang sangat berat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.

Bertungku dilakukan dengan tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki. Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Nurin mendapatkan nasihat Tok Leha  tentang cara-cara bertungku, kerana jika tidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain batik yang telah dilapik dengan daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada maka daun atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Tok Leha juga mula mengurut Nurin selepas sepuluh hari bersalin, Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.

Kata Tok Leha, dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.

Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim. Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai, daun bonglai, daun mengkudu dan rempah halba.

Daun-daun itu dibasuh bersih-bersih dan dijerang bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air,  suam-suam kuku sahaja.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Nurin menurut tanpa membantah.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal.
Bertangas dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang. Zuhrin tersenyum mendengar kata-kata tok kepada Nurin.
Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, inai, halia dan biji manjakani.
Semua bahan direbus bersama air hingga mendidih meudian diangkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

Selain dari rawatan dalaman, Nurin juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.

Seterusnya sebelum memakai bengkung, perut disapukan dengan ubat barut untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kulit perut. Kata tok, bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. Zuhrin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin Nurin dihidangkan dengan makanan yang kering  bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Bila ditanya, tok mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Nurin mengiyakan saja walaupun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini.
Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkannya kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Nurin dihidangkan dengan pelbagai menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Tok juga menyelitkan ulaman seperti pegaga, kunyit, halia, mengkudu dan sebagainya kerana mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut tok, buah mengkudu jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar. Nurin menelan liur, seriau jika tok menyuruhnya makan buah mengkudu.

Makanan yang menyebabkan angin wajib dielakkan. Angin ialah situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut antaranya kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya, susu dan hasil susu seperti aiskrim dan keju, sayur-sayuran seperti kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli, sayuran berubi seperti kentang dan sengkuang, buah-buahan seeprti prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic, bijirin dan roti, makanan berlemak, makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar, minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk dan juga seserat (fiber) sperti kacang, oat, bran dan kacang panggang.

‛Seksa jugak rupanya pantang ni.’ Gumam Zuhrin.

Dia bersyukur dengan tindakan kamikazenya untuk tinggal di rumah tok, jika tidak dia takkan tahu semua yang perlu sepanjang berpantang. Dia pasti, tak semua lelaki tahu pantang larang dan segala yang perlu selepas isteri melahirkan anak.

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 02:44 PM | Show all posts
tq tt..byk info menarik tapiiiiiiiiiiiiiiiiii kurang bab zuhrin ngan nurin...hehehehe leh smbg lagi tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 03:12 PM | Show all posts
suria74 posted on 19-7-2013 02:44 PM
tq tt..byk info menarik tapiiiiiiiiiiiiiiiiii kurang bab zuhrin ngan nurin...hehehehe leh smbg lagi  ...

Saya setuju sangat..sangatlah kurang perihal mereka berdua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 04:35 PM | Show all posts
tatau la bila nak sambung lagi...harap diberikan keluangan masa untuk sambung crita ni...hehehe...Insya-Allah

Bab 34

Sengaja Zuhrin memandu Iffah ke Pantai Merdeka. Nurin berada di rumah tok sejak semalam, untuk membantu persiapan kenduri kesyukuran yang akan diadakan esok. Nurin kembali ke rumah mereka sebaik sahaja selesai berpantang. Zuhrin mengambil kesempatan dengan kesibukan kenduri untuk menjelaskan kekusutan hubungannya dengan Iffah sekarang. Dia tak mampu berselindung lagi.

“Awat abang bawa Iffah sampai sini?” Iffah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi batu replika kayu sebaik keluar dari kereta.
Zuhrin mengeluh.

“Abang tak pernah cintakan Iffah, kan?” Tanpa kias Iffah melontarkan soalan kerana dia amat menyedari hakikat itu.

Sekali lagi Zuhrin mengeluh. Keluhan Zuhrin bagaikan jawapan kepada semua persoalan Iffah.

“Satu saja yang Iffah nak tanya abang, apa kurangnya Iffah? Abang tak pernah cuba untuk mencintai Iffah. Abang tak pernah bagi peluang kepada Iffah.”

Zuhrin melabuhkan punggungnya di bangku yang sama. Tapi amat berjarak. Iffah mengalihkan badannya dan memandang
Zuhrin yang berada di tepinya. Hati wanitanya tersentuh apabila melihat Zuhrin duduk di hujung bangku.

“Aku dah cuba tapi tak boleh. Sejak dari dulu, aku dah anggap hang macam adik aku. Bila mak pak kita nak jodohkan kita, aku tak mampu nak bantah. Aku ingat, bila kita berjauhan aku boleh pupuk rasa cinta pada hang. Tapi, aku silap. Aku tak mampu sebenaqnya.”

“Apa yang abang cuba nak bagitau Iffah?” Iffah dapat rasakan apa yang bakal disampaikan oleh Zuhrin.

Satu kenyataan yang sangat ditakuti walaupun sudah lama dia mengetahui hakikat itu.

“Sekali lagi aku minta maaf. Aku akan selesaikan masalah kita. Tapi sebelum aku bagitau semua orang, aku rasa hang perlu tahu keputusan aku.” Suara Zuhrin perlahan, tapi tegas.

Iffah menundukkan kepalanya, debaran di hatinya bagaikan orang yang sedang menanti hukuman mati.

“Aku buat semua ni sebab aku tak boleh khianati insan-insan yang amat aku cintai dengan menikahi hang.”

“Insan-insan? Abang dah ada kekasih?” Iffah cuba mendapatkan kepastian walaupun dia cuba untuk menafikan maksud kata-kata yang didengarnya sebentar tadi.

“Bukan sekadar kekasih. Tapi seorang isteri dan sepasang cahaya mata.” Iffah bagaikan mahu pitam. Iffah menganggap gurauan Zuhrin sudah melampau.

“Kalau abang tak mau kahwin dengan Iffah pun, tak payahlah abang buat cerita macam ni.” Iffah cuba mengawal emosinya.

“Aku dah kahwin, di Adelaide. Kami baru saja menimang cahayamata, kembaq. Kami terpaksa rahsiakan pernikahan kami sebab pertunangan kita. Dia perempuan pertama yang aku cintai dan aku tak sanggup kehilangan dia.” Iffah menarik nafas panjang, untuk menenangkan dirinya.

“Aku akan bagitau semua, cuma aku nak bagitau hang dulu. Hang tunang aku, aku salah sebab tak berlaku adil pada hang. Hang tak kurang apa-apa Iffah, cuma aku yang tak pandai menilai. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh. Aku suka dan sayangkan hang, tapi hanya sebagai seorang abang kepada seorang adik. Moga hang akan bertemu dengan insan yang terbaik, jauh lebih baik dari aku.” Zuhrin masih menekan perkataan adik dan sememangnya itulah yang dirasakannya sejak dulu dan ia tak pernah berubah.

“Abang dah gila? Pernah dak abang pikiaq macamana penerimaan keluarga kita, terutamanya keluarga abang?”

“Takkan aku tak pernah pikiaq? Takkan aku tak rasa berdosa bila terpaksa sembunyikan perkara sebesaq ni daripada mak pak aku?” Soal Zuhrin kembali kepada Iffah.

“Aku cuma mampu berdoa depa dapat maafkan aku. Aku cuma buat pilihan untuk bersama orang yang aku cintai, secara halal.”

“Kalau Iffah sanggup bermadu?” Iffah cuba memprovok Zuhrin dan sememangnya Iffah sanggup bermadu, asalkan dia dapat hidup bersama Zuhrin.

Zuhrin tersentak, dia tak sanggup Iffah sanggup berfikir sejauh itu.

“Aku yang tak sanggup. Walaupun hang dan dia sanggup bermadu, aku tak sanggup bahagi-bahagikan kasih aku.” Zuhrin kembali tegas.

Bagi Zuhrin, isterinya hanya seorang. Kasihnya akan dibahagikan sama rata kepada Nurin dan anak-anak mereka bukannya kepada isteri-isteri.

Bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa bagaikan taufan yang menghentam, bagi Iffah. Dia tak sangka Zuhrin sanggup menolaknya hingga sebegitu. Dia ingat, dia mampu memiliki Zuhrin andaikata dia sanggup berkongsi kasih dengan isteri lelaki itu. Iffah rasa malu dan terhina, dia mengetap bibirnya kuat hingga hampir terluka.

Zuhrin segera mengajak Iffah beredar. Dia tak mahu melayan kegilaan Iffah dan dia juga tak mahu kehilangannya mencurigakan keluarganya. Iffah membisu sepanjang perjalanan. Zuhrin meninggalkan Iffah di hujung lorong bagi mengelakkan daripada dikesan keluarga Iffah.

Zuhrin bergegas kembali ke kampung yang hanya dua puluh minit berkereta. Dia memarkir kereta Honda City itu di padang di hadapan rumah tok bersama kereta-kereta lain, termasuklah Honda Civic Nurin. Zuhrin menyapu kenderaan ditepinya itu sekali lalu.

‘Tak dapat pegang tuan, pegang kereta pun jadilah.’ Hati Zuhrin berbisik, nakal.

Zuhrin mengangkat kotak yang berisi barang-barang yang dibeli berpandukan senarai pesanan yang diberi oleh mak. Zuhrin lalu di tepi Nurin dan mereka berbalas senyuman.

“I miss you.” Bisikan Zuhrin dengan senyuman nakalnya mengundang jelingan tajam Nurin.

“Ayen.” Zuhrin tersentak dengan laungan mak. Nurin tergelak kecil.

Tanpa menunggu lama, sambil menjinjing kotak barangan Zuhrin berjalan laju mencari mak.

“Hang pi cari nyok muda dengan abang hang. Nak jamu orang-orang yang buat kerja kat luaq tu.” Zuhrin terkejut.

‘Nurin suka minum nyok muda ni, tapi orang baru lepas pantang boleh minum ka?’ Zuhrin tak sanggup membiarkan Nurin terliur andai kata dia tak boleh menikmatinya. Dia tak sampai hati.

“Tak payahla cari ayaq nyok tu. Kan Nurin dengan kak cik tak boleh minum.” Kata-kata Mak Long melegakan hati Nurin, sekurang-kurangnya ada juga orang yang memikirkan tentang Nurin dan kakaknya yang baru habis pantang.

“La, kak long...yang tak boleh minum tu tak payahlah minum. Bagi la depa minum ayaq halia ka.” Jawab mak tak acuh.

Hati mak sakit apabila Mak Long menyebelahi Nurin. Tanpa memperdulikan mereka, mak terus menggoreng ayam dengan dibantu oleh Mak Tam.

“Hang pi buat laici kang dengan maksu, hang beli ikut senarai yang mak hang bagikan?” Zuhrin menganggukkan kepalanya sambil menyelongkar kotak besar yang di bawanya bersama, tadi.

Nurin melangkah masuk ke dapur dan menuju ke kabinet dapur.

“Awak cari apa?” Spontan Zuhrin bertanya apabila melihat Nurin bagaikan tercari-cari.

“Ayaq masak. Ayaq dalam bilik dah habis. Saya nak buat susu.” Nurin tersenyum sambil menunjukkan botol-botol susu yang dipegangnya.

Terdengar suara tangisan dari bilik.

“Awak pi tengok anak, nanti saya hantaq susu.” Cepat-cepat Zuhrin menyuruh Nurin berlalu sambil mengambil botol-botol susu dari pegangan Nurin.

“Sat na Mak Long. Sat lagi Ayen buat laici kang tu na.” Mak Long mengangguk, tapi terselit tanda tanya di fikirannya, tapi tidak pada maksu yang sudah biasa dengan keadaan itu sepanjang Nurin berpantang.

Kecekapan Zuhrin menyiapkan susu menambahkan kehairanan Mak Long. Zuhrin memang suka membantu di dapur, itu mereka tak nafikan tapi melihat kemesraan antara Zuhrin dengan Nurin dan anak-anaknya agak menghairankan mereka.

Zuhrin cepat-cepat mendapatkan Nurin kerana mendengar tangisan yang semakin kuat.

“Nurin, awat anak reyau kuat tu?” Laung tok yang sedang melihat orang bersiang di luar rumah.

“Tak dak apa tok. Lapaq ja ni.” Nurin sebenarnya kelam-kabut.

Dia hanya mampu menyusu seorang saja pada satu-satu masa, seorang lagi meraung. Dalam celah kekalutan itu Zuhrin menjenguk ke dalam bilik. Nurin sedang menyusu Nurzaiham dan Nurzaihani sedang menangis minta disusukan. Cepat-cepat Zuhrin mengangkat Nurzaihani yang sedang meragam dan disusukan.

“Ala sayang daddy, jangan nangis na. Mummy sibuk tu. Nani baik kan.” Zuhrin memujuk Nurzaihani dengan lembut dan suaranya diperlahankan untuk mengelakkan daripada didengari.

Nurin mengukir senyum apabila melihat Zuhrin datang menyelamatkan keadaan. Nurzaiham yang kembali terlena ketika disusukan dikembalikan ke sebelah adiknya.

“Dah lena balik budak-budak tu?” Tok yang tiba-tiba muncul benar-benar memeranjatkan mereka berdua.

“La...hang buat apa kat sini, Ayen?” Tok bertanya apabila melihatkan mereka berdua bersama anak-anak di bilik itu, walaupun pintunya tidak bertutup namun langsir yang labuh hingga melindung pandangan orang lain akan mengundang tanda tanya kepada hadirin apabila sepupu berlainan jantina di dalam satu bilik tanpa orang lain tambahan pula Nurin sedangkan menyusukan Nurzaiham.

“Dia tolong saya tok. Saya nak buat susu tadi, Am dengan Nani teriak. Ayen tolong buatkan susu dan hantaq mai.” Nurin berterus-terang.

Tok menganggukkan kepalanya.

“Hang pi la keluaq, tolong orang kat luaq nu. Nanti apa pulak orang kata.” Tanpa bantahan mahupun sebarang kata dari mulut Zuhrin melainkan senyuman, Zuhrin berlalu meninggalkan bilik itu sambil mengenyitkan matanya.

Tok tersenyum lagi melihat cicit-cicitnya yang sedang lena. Hatinya puas kerana dapat menjaga Nurin sepanjang dia berpantang. Namun, hatinya sayu apabila terkenangkan ibu Nurin, Nurhanis. Tok menyeka air matanya dengan mini telekung ungu yang dipakainya.

“Awat, tok?” Nurin hairan, dalam senyuman tok mengalirkan airmatanya.

“Tok teringat kat mak hang. Walaupun tok tak dak peluang nak jaga dia masa dia beranak kat hang dulu tok tetap bersyukur. Sebab umuq tok panjang lagi, tok boleh tengok hang dengan anak-anak hang. Tok rasa bersyukur sangat-sangat. Tok harap umuq tok cukup panjang untuk jumpa laki hang pulak lepaih ni.” Tok memeluk Nurin bersama kerinduannya kepada Nurhanis walaupun dulu dia teramat kecewa dengan tindakan anak kesayangannya itu.

Nurin membalas pelukan tok dengan penuh kasih sayang. Sekali lagi Nurin terasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk memiliki satu lagi kasih sayang.




Last edited by nmohdr on 19-7-2013 04:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Iffah hang jgn buat gila noooo....cian depa....kenduri kesyukuran dpt bb ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 11:09 PM | Show all posts
huissshhhhh... kompliketed sungguh si zuhrin n nurin nih, mcm ne hang nak bg tau dorang nih zuhrin... kalo bg tau awal2 ri tuh kan ke dah setel... ni timbul plak si iffah tuh... nanti masa mejlis si iffah kantoikan ko nanti... masakkkkkk la ko der....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.568234 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list