CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CaHaYa CiNtA ~TaMat~

[Copy link]
 Author| Post time 16-8-2013 02:53 PM | Show all posts
Sementara di kampung, ayah dan ibu Damia yang bekerja sebagai penoreh getah itu boleh dikatakan tidak pernah putus diberi duit oleh Damia. Memang pernah Damia hendak membawa ibu dan ayahnya tinggal bersama di Bandar tetapi seperti orang tua yang lain, mereka lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Lagipun salah satu tanah disitu adalah milik keluarga mereka. Lebih baik mereka usahakan sendiri! Damia juga punyai seorang adik lelaki yang masih belajar di tingkatan 5 di kampung itu.

Mak Mah merebahkan punggungnya di kerusi kayu di halaman rumah mereka itu. Kemudian dia memandang Pak Hassan, suaminya itu sedang membasuh motor Honda ‘petak’ yang berusia lebih 10 tahun itu.

“Rindu pula saya kat Damia, abang..” Mak Mah bersuara lemah. Air mata mula bertakung.

“Kalau rindu, telefon la.. Bukan macam zaman kita dulu nak kena tulis surat semua tu dah..” jawab Pak Hassan lalu menjirus air ke motornya.

“Abang, bila Damia nak kahwin ni? Umur dia pun dah nak cecah 28 tahun dah kan?”

“Mana la abang tahu bila dia nak kahwin. Nanti risik-risik la tanyakan dia. “

“Berkenan pula saya dengan Zizan anak si Razak tu!”

“Zizan budak tak semenggah tu? Adeh.. Tak kenan la saya!”

“Kenapa pula abang ni? Baik pe budak tu..Selalu juga la tolong kita kat kebun..”

“Budak tu tak de keja. Asyik lepak sana, lepak sini. Dia baik dengan awak tu pun sebab nak kan Damia la tu! Damia pun tak hingin la!”

Mak Mah hanya menggelengkan kepala. Dia malas hendak berbalas jawab dengan suaminya itu lagi. Sebab dia tahu, dia akan tewas akhirnya. Tewas di medan perang mulut! Hihihi..


                                                       ********************

Damia dan Aaron mula menjamu selera. Aaron mengambil peluang menatap wajah Damia puas-puas setelah seminggu menanggung rindu!

“Aaron, I nak tanya sikit bole?” tanya Damia yang bermata coklat itu.

“Tanya banyak pun tak pe.”

Damia mengambil tisu lalu mengelap mulutnya. Dia memandang Aaron.

“Dari sumber yang saya dapat tahu, U selalu lepak dekat pub erk?”

Aaron sudah menjangkakan soalan ini akan keluar dari mulut Damia. Dia menghirup jus limau lalu mengelap mulutnya.

“Ya. I selalu lepak kat sana.” Aaron jujur.

Damia sedikit kecewa. Bermakna Fahrin tidak bohong padanya!

“Sampai sekarang?”

“Setelah I jumpa U, boleh kira dengan jari la berape kerap I pegi sana..”

“Tentu U ramai girlfriend kan?”

“Semua tu dah tak wujud selepas I kenal U.”

“Dah tentu U pernah tido dengan mereka semua!”

“Cukup!” Aaron mula meninggikan suaranya.

“Betul la tu kan?” Damia terus bangun, ambil handbegnya lalu beredar keluar dari restoran itu.

Aaron bergegas bangun. Diletaknya sekeping duit RM50 diatas meja lalu mengejar Damia.


                                                           ********************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 03:00 PM | Show all posts
ish ish .. barannye Aaron ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 03:05 PM | Show all posts
redsentra posted on 16-8-2013 03:00 PM
ish ish .. barannye Aaron ni...

itu br ckit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 03:12 PM | Show all posts
Pintu bilik Adi diketuk. Adi yang tengah kusyuk melayan facebook pada waktu tengah hari itu terus minimizekan akaun itu.

“Masuk!” panggil Adi sambil membetulkan tali lehernya.

Muncul Anzalna di muka pintu. Tersenyum.

“Adoi, awak ke? Saya ingat Dato Mukriz tadi.. Nape?” Adi kembali duduk.

“Encik Adi tak keluar makan ke?” tanya Anzalna manja.

Adi istighfar laju di dalam hati setiap kali matanya liar memandang dada Anzalna yang gebu itu.

“Saya puasa!” Adi ada alasan untuk mengelak.

“Owh. Erm..”

“Ade apa-apa lagi ke?”

Anzalna menggelengkan kepalanya. Kemudian dia terus masuk ke dalam bilik Adi dan menutup pintu dan terus menguncinya. Adi berdiri! Dadanya kencang berdegup. Anzalna mengukir senyuman manja. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Adi.

“Awak nak ape ni?” tanya Adi yang sudah berpeluh itu walaupun aircond masih normal berfungsi dengan baik.

“Dah lama saya perhatikan Encik Adi..”

Adi menelan air liurnya.

“Saya rasa baik awak keluar dari bilik saya!”

“Jangan la macam ni, Encik Adi..” Anzalna memaut lengan Adi.

Adi menepis. Dengan pantas dia berjalan menuju ke pintu.

“Kalau awak tak nak keluar, biar saya yang keluar!” kata Adi lalu keluar dari biliknya itu.
Anzalna menghentakkan kakinya.

“Pelik r! Aku yang cantik macam ni pun dia tak nak?” Anzalna mencebik.


                                                               ********************

Aaron menarik lengan Damia.

“Ape ni? Sakit la!” jerit Damia lalu menolak tubuh badan Aaron.

“I dah banyak berubah, Damia! Semuanya setelah berjumpa dengan U.”

Damia langsung tidak memandang wajah Aaron. Dia menahan marah.

“I dah jujur dengan U. Tak boleh ke U terima kelemahan I yang lalu?”

Damia masih mendiamkan diri.

“Pandang I, Damia!” Aaron memegang kedua-dua bahu Damia.

Dengan automatik Damia memandang wajahnya.

“I sayangkan U! I sanggup buat apa saja demi U..” kata Aaron lalu ke bonet keretanya.

Aaron mengambil sebilah parang lalu di bawa ke Damia. Damia mula takut!

“Nah ambil parang ni..” Aaron menghulurkan parang itu.

“Eh, apa ni? Dah buang tabiat ke apa U ni?” Damia menolak tangan Aaron yang sedang memegang parang itu.

“Ambil parang ni belahlah dada I.”

“Merepek!” Damia berjalan menuju ke perhentian bas.

Aaron mengeluh. Sesekali dia ketawa kecil. Parang yang dipegangnya itu disimpan semula ke dalam bonet kereta lalu mengejar Damia.

“Please, Damia..” rayu Aaron.

“Mengerikan betul la U ni! Apa motif U simpan parang dalam bonet kereta U?”

“I keje dengan orang kenamaan. Banyak risiko! Perlu ada semua tu untuk pertahankan diri I..”

“Dah la, Aaron. I dah penat!”

Aaron diam. Damia degil orangnya!

“I hantar U balik opis. Jom!” ajak Aaron.

Damia diam. Dia memandang Aaron. Dia perlu fikir semasaknya jika Aaron yang dipilihnya!


                                                                 ********************
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 03:13 PM | Show all posts
lagiiiiiiiiiiii...............aduh damia dah mula nampak baran aaron...x pandai nak cover aaron nih...cepat beno nak melenting...huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 03:16 PM | Show all posts
suria74 posted on 16-8-2013 03:13 PM
lagiiiiiiiiiiii...............aduh damia dah mula nampak baran aaron...x pandai nak cover aaron nih. ...

hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2013 03:19 PM | Show all posts
Setibanya diperkarangan pejabat Damia, Damia dari tadi hanya diam membisu. Aaron menanggalkan kacamata hitamnya lalu memandang Damia.

“I minta maaf pasal tadi..” Aaron bernada perlahan.

Damia diam. Dia mengambil handbegnya lalu membuka pintu. Aarn sempat memaut lengan Damia yang berkemeja lengan panjang itu.

“I nak buat yang terbaik untuk U. I takkan sia-siakan hidup U. Love U so much!” luah Aaron sepenuh hati.

Damia memandang Aaron. Mereka berdua bertentangan mata. Berkaca mata Aaron menahan airmata dari mengalir keluar. Terharu Damia! Nampak Aaron begitu jujur di situ.


                                                            ********************


Sabtu yang dinantikan telah pun tiba. Damia menyiapkan dirinya. Membawa pulang beberapa helai pakaian pulang ke kampung halaman. Rindu mak ayah!

Damia kemudian terpandang handphone di atas katil. Terus dia teringat akan Aaron. Dia tersenyum sendirian.

“Aku ni dah angau kot!” bisik Damia sendirian.

Tiba-tiba handphonenya itu berdering. Aaron!

“Ya Allah..panjang betul umur mamat ni.” Damia menjawab panggilan telefon Aaron itu.

“Hai sayang..”

Tersenyum Damia mendengar Aaron memanggilnya sayang. Dia rindu akan panggilan itu.

“Hai..”

“Buat ape tu? Keluar nak? I free ni..”

“I tengah siap nak balik kampung ni.”

“Yeke? Nak ikut!”

“U nak ikut?”

“Ya”

“Risau U tak selesa je.. Kampung I memang betul-betul kampung. Banyak nyamuk waktu malam.” Damia cuba menahan ketawa.

“I kan hero! Jangan risaulah pasal semua tu.”

Damia memerkup mulutnya dengan tangan menahan dari terus ketawa.

“Kalau U tak kesah, I ambil U kat rumah. Ok?”

“Ha? U nak drive ke? Macam pelik plak rasa heroin drive, hero tido sebelah hihi”

“Kali ni biar I yang drive. U duduk je dediam kat sebelah.”

“Ok, no hal! I mesej U alamat I. Jangan lambat pulak!”

“Amboi, mengarah pula yee..”

Aaron dan Damia berbalas ketawa.


                                                                   ********************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 04:05 PM | Show all posts
Mak Mah sibuk di dapur masak lauk kegemaran Damia. Seronok dia dapat tahu anak kesayangannya itu mahu pulang. Pak Hassan hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Mak Mah.

“Senyum sampai ke telinga yee..” usik Pak Hassan lalu mengeluarkan rokok daun lalu dihisapnya.

“Anak saya nak balik. Ikut-ikut nak aje saya buat kenduri hihi”

“Amboi! Tu belum terima menantu lagi tu!”

“Eh, lupa pula nak bagi tahu Zizan..” Mak Mah meletakkan pisau di papan potong lalu bangun untuk mengambil handphonenya pemberian Damia.

“Mak Mah oii..nak buat apa tu?”

“Nak telefon Zizan la bagi tahu Damia nak balik.”

Tersembur rokok daun dari mulut Pak Hassan.

“Bagi handphone tu kat saya.”

“Abang nak buat apa?!”

“Nak bakar handphone tu!”

“Dah gila ke apa abang ni?”

“Tolong jangan sebut lagi nama Zizan tu! Saya tak suka. Sampai bila-bila pun dia tak akan jadi menantu kita!”

“Yang abang benci dia sangat kenapa?”

“Budak tak ada masa depan!” kata Pak Hassan lalu keluar dari rumah.

Mak Mah menggelengkan kepalanya.


                                                       ********************


Sesekali Aaron memandang Damia yang sedang memandu itu. Damia tersenyum.

“Lepas pegi kampung U, I akan bawa U jumpa my parents plak” ujar Aaron tegas.

“U tak rasa cepat ke?”

“Bawa jumpa je pun kan? Haaa tak sabar dah ke nak kahwin dengan I?” Aaron mula menyakat Damia.

Muka Damia kemerah-merahan.

“U berapa orang adik beradik?” tanya Aaron yang sudah lama meninggalkan rokok itu.

“Dua orang je. Adik I form 5 tahun ni. U?”

“Anak tunggal!”

“Hmm..dah agak!”

“Nape boleh agak pula? Belajar dari bomoh mane?”

“Bomoh siam!”

“Wow! Macam best je.. Nak join skali boleh?”

“U ni..” baru sahaja Damia hendak mencubit dagu Aaron, dia seolah ditahan dari menyentuh Aaron. Teringat dia akan pesanan ibunya bahawa kemana sahaja dia pergi, jaga tingkah laku.

“Nape ni? Are U ok, Damia?” tanya Aaron.

“Tak ada apa-apa.. Erm, nak berhenti makan tak?” Damia ubah topik.

“I kenyang lagi.”

Damia meneruskan perjalanan.


                                                              ********************


Setibanya sampai di kampung, Aaron memandang keliling kawasan kampung itu. Semuanya rumah berdindingkan kayu. Ada rumah yang tandasnya masih dibina di luar rumah.

“Damia..”

“Yup!”

“Tandas kat rumah U, kat dalam ke luar erk?”

“Hahaha..kat luar la! Nape?”

“Ha? Alamak..”

“U mesti kerap membuang ni..”

“Setiap pagi..”

“Haaaa..setiap pagi? Bahaya tu..”

“Bahaya? Kenapa?”

“Hahaha nape pucat muka U ni?”

“Betol-betol kampung, kampung U ni Damia..”

“Dah nama pun kampung kan?”

Damia memberhentikan keretanya di perkarangan halaman rumahnya yang luas itu. Kelihatan Mak Mah dan Pak Hassan sudah berdiri di tangga rumah. Damia dan Aaron keluar dari kereta.

“Mak!!” jerit Damia lalu berlari mendapatkan Mak Mah.

Mereka berdua berpelukan. Mak Mah sudah mengalirkan airmata. Pak Hassan mengusap manja kepala Damia. Damia mengucup tangan mak dan ayahnya itu.

“Bakal menantu ayah ke tu?” tanya Pak Hassan sambil memuncungkan mulutnya ke arah Aaron.

Damia menoleh ke belakang memandang Aaron. Aaron senyum sambil mengangkat tangan kearah Pak Hassan. Pak Hassan membalasnya.

“Mana ayah tahu?” jawab Damia sambil tersengih.

“Bakal menantu kita ke tu? Zizan macam mana?” tanya Mak Mah yang sudah berkerut mukanya itu.

“Apa, mak? Zizan??” Damia memandang ayahnya.

“Mak kau tu dah mabuk nak Zizan tu jadi laki kau!” jawab Pak Hassan sampai terjuih mulutnya.

“Ha? Tak nak la! Ape taste la mak ni..”

“Itu la.. ayah pun tak paham!”

Aaron yang dibiar keseorangan di kereta masih teguh berdiri. Dia hanya memandang dari jauh.

“Ape la dia orang anak beranak ni sembang. Sian aku terpacak setia macam tugu Negara dah ni..” bisik hati Aaron.

“Sape nama kawan kau ni, Damia?” tanya Mak Mah sambil tersenyum.

“Aaron, mak..”

“Hmm..sedap nama. Bila mak terpandang muka dia, mak rasa cancel la si Zizan tu! Hihihi” Mak Mah berseloroh.

“ahahaha..lawak la mak ni. “

“Dah..dah. Panggil si Aaron tu masuk dalam rumah. Sian dia, dah macam pak guard dah ayah tengok..”
Damia tergelak sendirian. Dia berjalan menuju ke arah Aaron.

“Jom masuk..” ajak Damia sambil mengambil beg pakaiannya di bonet kereta.

“Ingatkan dah lupa kita di sini..”

“Sorry la. Rindu sangat kat mak ngan ayah sampai biarkan U sendirian..hihi”

“Mujur la I ni kuat stamina!”

“Eeee tak abis-abis puji diri. Dah , jom masuk!”

Aaron ketawa sendirian. Dia dan Damia berjalan seiringan masuk ke dalam rumah. Aaron berjabat tangan dengan Pak Hassan. Pak Hassan mengganggam kuat tangan Aaron.

“Pegang tangan pun ayah dah tahu Aaron ni gagah orangnya..” Pak Hassan memuji Aaron lalu menepuk bahu Aaron.

“Berketul-ketul lengan. Makan ape?” tanya Pak Hassan lagi.

“Saya selalu pergi gym.” Jawab Aaron.

“Amboi, abang.. Ada hati tu nak badan berketul macam si Aaron ni” kata Mak Mah sambil merjerling tajam.

“Pegi gym? Bolehlah temankan pak cik lepas ni pegi gym sama-sama. Nak juga pak cik badan macam Aaron ni..”

“Jangan nak mengada la abang oii!!” Mak Mah mencubit lengan Pak Hassan.
Meronta-ronta Pak Hassan. Damia dan Aaron ketawa kecil.

“Mak dan ayah saya memang selalu macam ni..” kata Damia pada Aaron.

“Patutlah awak pun ceria orangnya. Beruntung dapat keluarga yang bahagia macam ni..”

Damia diam. Adakah keluarga Aaron tidak seperti keluarganya?


                                                                 ********************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 07:44 PM | Show all posts
tak suke betoi org laki baran2 neh
iskkk....tp kalo da hero cite baran nk wat cane
hekhek
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:21 AM | Show all posts
Adi tu watak sampingan atau bakal hero juga..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 01:12 PM | Show all posts
nak zizan jadi hero

nnt dia menang maharaja lawak
kayo tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 02:12 PM | Show all posts
yoozara posted on 16-8-2013 07:44 PM
tak suke betoi org laki baran2 neh
iskkk....tp kalo da hero cite baran nk wat cane
hekhek

hero? jeng3..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 02:13 PM | Show all posts
nallepooh posted on 19-8-2013 11:21 AM
Adi tu watak sampingan atau bakal hero juga..hehehe

waaaaa dh ade yg speku bgai dh ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 02:13 PM | Show all posts
mat_krai posted on 19-8-2013 01:12 PM
nak zizan jadi hero

nnt dia menang maharaja lawak

hahaha adehh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 12:25 AM | Show all posts
momey posted on 19-8-2013 06:12 AM
hero? jeng3..

aiyarkkkk...mukan hero ka?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 08:45 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-8-2013 12:25 AM
aiyarkkkk...mukan hero ka?

hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2013 08:47 AM | Show all posts
Damia membawa Aaron ke bilik adik bongsu lelakinya itu.

“Ni bilik adik bongsu I.. Daud nama dia. Dia duk asrama. Boleh la U tumpang bilik tido dia ni untuk malam ni..” kata Damia yang masih lagi berdiri di muka pintu bilik adiknya itu.

“Ok. Eh, tak Nampak pun tandas kat luar tadi..”

“Hahaha..U ni, Aaron. I usik U je la tadi. Tandas dekat belakang dapur rumah I ni..dalam rumah! Jangan risau k..”

“Nakal erk..”

Baru sahaja Aaron hendak mencubit hidung Damia, Damia cepat mengelak.

“Ni rumah mak ayah, I.. I harap U boleh paham apa maksud I..”

“Sorry..sorry..”

“U rehat-rehat dulu. I nak ke dapur tolong mak..”

“Ok, thanks.”

Damia sempat berbalas senyum dengan Aaron. Kemudian dia berlalu meninggalkan Aaron.


                                                               ********************


Sean menghempas gelas yang berada di atas meja makan itu. Nafasnya turun naik. Semua pelanggan di dalam restoran itu memandang ke arahnya.

“I dah agak dah! Semua ni rancangan U kan?!” jerkah Sean pada Fazura, bakal isterinya itu.

“I’m sorry, Sean..”

“Damia I macam mana? Arghhh!!” Sean menolak kuat meja makan di hadapannya itu menyebabkan Fazura sedikit ke belakang.

Sean beredar keluar dari restoran itu. Fazura memberi tanda syarat pada pekerja restoran di situ bahawa dia akan datang kembali.
Fazura berlari anak mendapatkan Sean. Dia menarik lengan Sean.

“Listen here, dear..”

“Nak dengar apa lagi?! I sanggup jadikan U isteri I setelah I tahu U mengandung. Mengandung pun bukan anak I pun. I tolong U sebab I pernah terhutang nyawa dengan U dulu. I ingat semuanya akan berakhir dengan bahagia. Tapi I silap! Rupanya U masih menduakan I!”

“Ayah kepada anak dalam kandungan I ni nak bertanggungjawab. Dia nak kahwin dengan I! Takkan I nak tolak pulak!”

Sean diam. Mengeluh jangan cakap la. Dia memandang Fazura.

“ I dah kehilangan Damia U tahu tak? Semuanya sebab U. Sebab nak tolong selamatkan maruah U dan anak dalam kandungan U tu.”

“I tahu..”

“Dah. Pergi! Pergi!!” Sean menghalau Fazura. Ditolaknya Fazura.

“Maafkan I, Sean.”

“Pergi! Aku cakap pergi!!!!!” jerit Sean.

Fazura menangis. Kemudian dia pergi meninggalkan Sean. Sean terduduk.


                                                                     ********************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 08:52 AM | Show all posts
Setelah selesai mandi, Aaron mengenakan t-shirt dan seluar pendek paras lutut. Sebaik rambut disikat rapi, dia berjalan menuju ke dapur. Dilihatnya Damia tengah sibuk memasak membantu ibunya.  Aaron tersenyum sendirian.

“Aku cukup bertuah dapat perempuan bernama Damia ni..”bisik hati Aaron.
Bahu Aaron tiba-tiba dirangkul kasar mengejutkannya dari lamunan.

“Pak cik..” terkejut Aaron tiba-tiba disapa Pak Hassan tanpa amaran.

“Jangan tenung lama-lama sangat. Bahaya!” Pak Hassan memberi amaran lalu menumbuk perut Aaron pula.

“Mak aii..ganasnya bapak mertua aku ni..” bisik hati Aaron lagi.

Damia dan Mak Mah sedar akan kehadiran Aaron dan Pak Hassan.

“Sikit je lagi ni. Nanti dah siap semua, mak cik panggil ya.. Aaron dah lapar ke?” tanya Mak Mah lalu membasuh pinggan.

“Eh, saya boleh tahan lagi ni..”

“Jom ikut pak cik!” panggil Pak Hassan sambil menepuk bahu Aaron.

Damia memberi syarat ‘thumbs-up’ pada Aaron. Aaron menjelir lidahnya. Damia ketawa kecil. Mak Mah perasan namun dia hanya melihat gelagat anaknya itu.


                                                         ********************


Pak Hassan berjalan menuju ke kerusi rehat di halaman rumahnya itu. Aaron mengikutnya dari belakang. Pak Hassan mula merebahkan punggungnya. Kemudian dikeluarkannya rokok daun.

“Nak?” Rokok daun dihulurkan pada Aaron.

Aaron menggelengkan kepalanya.

“Bagus!” Pak Hassan mula menyalakan rokok daunnya.

“Tenang pula saya rasa bila berada kat kampung ni..” ujar Aaron sambil memandang sekelilingnya.

“Dah lama kenal anak pak cik?” Pak Hassan menukar topik.

“Kami kenal dalam tahun ni juga..”

“Tahu tak dia sekarang tengah berkawan dengan Sean?”

Aaron terdiam. Maknanya dulu Sean betul-betul serius hendak jadikan Damia sebagai isteri.

“Saya rapat dengan Damia setelah saya tahu Damia dan Sean berpisah..” jawab Aaron.

“Ha? Dia orang dah tak kawan ke? Damia tak ceritakan pada pak cik apa-apa pun.”

“Selanjutnya pak cik boleh tanya Damia sendiri. Saya tak nak nanti Damia cakap saya memandai pula..”

Pak Hassan mendiamkan diri.


                                                                ********************
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 09:09 AM | Show all posts
huhuhu terkezut bapak damia ye...maknanya sean pernah dtg kg jugak la nih....tapi...sean dah x jadi kawen ngan aweks dia tuh...adakah sean akan kejar damia balik....haahahhah cinta bersegi2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 09:12 AM | Show all posts
suria74 posted on 20-8-2013 09:09 AM
huhuhu terkezut bapak damia ye...maknanya sean pernah dtg kg jugak la nih....tapi...sean dah x jadi  ...

hahaha bsegi gak la.. segi punya segi aku yg pening hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.065318 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list